CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Zaman sekarang mana cukup hantaran RM10,000 - Penuntut universiti awam

9-5-2025 08:16 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2429| Komen: 58|Original author: Raline


hantaran-nilai-hantaran.jpeg


PETALING JAYA – Kadar nilai hantaran menjadi perdebatan di media sosial apabila rata-rata orang ramai terutama bakal pengantin menyifatkan jumlah yang ideal pada masa ini antara RM15,000 hingga RM20,000.

Nilai hantaran RM10,000 yang suatu ketika dahulu dianggap tinggi, dirasakan tidak lagi relevan dan mencukupi berdasarkan kos sara hidup semasa.

Seorang penuntut universiti awam dikenali Aina, 23, menyifatkan nilai RM10,000 tidak mencukupi bagi menampung kos perkahwinan jika semua urusan ditanggung sendiri oleh pihak perempuan.

“Saya minta RM10,000 je, tapi akhirnya dia bagi RM13,000 sebab saya yang uruskan semuanya daripada katering, pelamin sampai ke majlis nikah dan sanding. Kos keseluruhan pun cecah RM15,000.

“Kalau nak diikutkan, RM10,000 tu memang tak cukup langsung. Tapi saya faham kemampuan pasangan, jadi kita bincang elok-elok. Bukan nak ‘cekik darah’, tapi biar adil,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Nuraina turut menyelar pandangan sesetengah pihak yang menganggap wanita tidak sepatutnya mengenakan hantaran yang tinggi kerana baginya nilai diberi melambangkan penghargaan terhadap insan dicintai.

“Orang selalu kata perempuan tak patut minta lebih, tapi siapa yang berhabis? Ada yang cadang ‘split’ hantaran, tapi kebanyakan perempuan tak setuju. Hantaran tu lambang penghargaan, bukan sekadar duit semata-mata.

“Lepas kahwin lagi banyak nak pakai duit. Jadi jangan pelik kalau perempuan sekarang letak nilai yang lebih realistik,” katanya.

Bagi bakal pengantin dikenali Rin, 23, keluarganya sendiri menganggap nilai RM10,000 sebagai jumlah minimum yang boleh diterima, namun masih menjadi punca perbalahan kecil antara ahli keluarga.

“Bukan sebab ‘demand’ sangat, tapi realitinya zaman sekarang, kos semua benda dah mahal. RM10,000 itu macam hantaran zaman dulu. Kalau ikutkan hati, saya nak juga minta RM20,000 tengok pada keadaan sekarang,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, jumlah tersebut hanya ditetapkan sebagai hantaran, bukan termasuk kos majlis perkahwinan.

“Jadi, kalau dikira hanya untuk hantaran, RM10,000 itu boleh dikira mencukupi juga,” jelasnya.

Pekerja swasta yang hanya mahu dikenali, Adam, 25, dia menyedari nilai RM10,000 tidak mencukupi untuk menampung semua perbelanjaan, namun bersyukur keluarga pihak perempuan tidak meletakkan hantaran yang tinggi.

“RM10,000 sudah tentunya tidak mencukupi lagi-lagi zaman sekarang. Tapi saya sangat bersyukur sebab keluarga pihak perempuan tak ‘demand’ banyak dan memahami keadaan kewangan saya.

“Saya pun berpegang pada prinsip ukur baju di badan sendiri, jadi kami cuba meminimumkan kos sebaik mungkin,” ujarnya.

Adam turut berkongsi bahawa pada awalnya dia ingin memberikan hantaran sebanyak RM25,000 sebagai simbolik usia mereka, namun hasrat itu ditolak oleh isterinya, yang hanya mahukan RM10,000.

Isterinya Alisa Mahzan, 25, berkata, dia tidak mahu membebankan pasangannya yang telah banyak berkorban sepanjang enam tahun mereka bersama.

“Saya tak mahu susahkan dia. Sejak kami bersama, dia sentiasa mendahulukan saya, termasuk pergi makan pun dia tak pernah bagi saya bayar.

“Makin tinggi saya minta, makin besar tekanan dia mungkin rasa. Jadi saya rasa RM10,000 sudah lebih daripada mencukupi,” katanya. – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninja boy 8-5-2025 06:54 PM
Edited by ninja boy at 8-5-2025 11:24 PM

Kalau kereta motor dah ada, kerja stabil, rumah dah ada, rumah cukup serba serbi perabot petias dapur washing machine tv aircond dll no problem 10k
Ini kalau ptptn x abis bayar, xde harta, xde kerja kukuh 10k mana cukup
10k tu guna utk apa kenduri cukup saudara mara ja, atau nikah koboi spt p ramlee 10k itu 5k makpak ambil 5k pi honeymoon thailand
Quote Decaffeinated 8-5-2025 07:04 PM
10k tu untuk apa? Then kita bincang cukup tak cukup.
Quote mrseller 8-5-2025 07:55 PM
Wang hantaran tu buat cover majlis okeh
Quote aechae 8-5-2025 10:59 PM
Mak ayah yg beria nk buat majlis makan pastu mintak duit kt bakal menantu pulak? Yihhhh xbyk duit buat ala kadar dh lah..
10k komplen xckup bagai
Quote sapeka 8-5-2025 11:13 PM
Ye la tu
Quote slyfynx 8-5-2025 11:58 PM
Sejak bile duit hantaran = belanja kahwin
Setahu aku hantaran ni hadiah je, yang da2 pihak setuju nilainye.
Kau offer ape smpi nk demand?
Quote syamzana 9-5-2025 07:14 AM
slyfynx replied at 8-5-2025 11:58 PM
Sejak bile duit hantaran = belanja kahwin
Setahu aku hantaran ni hadiah je, yang da2 pihak setuju ni ...

betul...
dah tau nak nikoh laki&pompuan sama2 cari duit la utk buat kenduri rumah masing2 dah nape laki je kene bagi duit?
ni adat semata (dari mana tatau la) kenduri rumah pompuan kalut suh laki bayarkan (hantaran). pastu mula la ckp tak cukup pdhal kalau belah pompuan tu pemalas/takde duit takyah buat kenduri la hebahkan aje kat medsoc anak dah kawen.
lain la kalau mas kawen pihak laki ckp tak mampu tu wajib tinggalkan aje
Quote mejaputih 9-5-2025 08:55 AM
syamzana replied at 9-5-2025 07:14 AM
betul...
dah tau nak nikoh laki&pompuan sama2 cari duit la utk buat kenduri rumah masing2 dah nape ...

sib baik terengganu hantaran = mas kawin kan...dpt la sbgi hadiah utk isteri.
Quote midori888 9-5-2025 08:58 AM
meols bakal meminang anak dara org setahun dua lagi...setahu meols kenduri belah ppuan parents ppuan kena sponsor, kalu takde duit bole guna duit hantaran kalau bakal pengantin ppuan setuju.
Quote azimodin 9-5-2025 09:03 AM
Mak ayah perempuan kena sedar yg duit hantaran bukan untuk pakai belanja kawen & tak wajib pon. Mas kawen 100% untuk pengantin perempuan. Tapi kena la check jugak yg lelaki tu mampu ke tak nak sara anak bini lepas kawen. Kalau mas kawen ikut nilai wajib yg jabatan agama dah tetapkan pon tak mampu, rijek je la.
Yang makcik2 pakcik2 jangan kepoci pasal hantaran anak2 sedara. Macam kes aku wali bagi discount sebab bakal suami baru je beli rumah tapi makcik2 memekak sebab jatuh standard katanya.
Quote syamzana 9-5-2025 09:04 AM
mejaputih replied at 9-5-2025 08:55 AM
sib baik terengganu hantaran = mas kawin kan...dpt la sbgi hadiah utk isteri.

itu la...so logik la kalau org ckp 15k tu mahal sbb mas kawen
ini guna utk buat kenduri umah dia pun kalut suh org byrkan pdhal dah terangan dlm islam inform makpak wajib tunaikan seadanya. x cukup duit, kenduri makan bihun sudah jamu sedara mara.
Quote chandrahusin 9-5-2025 09:05 AM
klu tak cukup duit hantaran RM10k
kau cari lah duit sndr dekk
1 hal plk anak jantan org
kena siap2 duit byk2 utk kau
baik la dia siapkan rumah dulu
Quote lifeline 9-5-2025 09:36 AM
mak pak pon kena stndby duit sama utk kenduri anak2
klo mak pak x mampu, anak2 buat la setakat mana yang mampu
jgn la mak pak hg x mampu mana, dgn duit hntran 10k tu hg nk buat mjlis ala2 omputih
setting ala2 beach vibe ala apa bagai
mmg la hg akan runtun belah lakiiiiii

x berdosa pon la kawin simple2 ni
org kagum pon sat ja
balik rumah masing2 org dh lupa
klo org igt balik pon org akan fikir mana hg dpt duit
mesti buat loan klo famili biasa2 ajahhhh
Quote n3ar 9-5-2025 09:36 AM
sebab tu ramai jadi andartu kepam bela kucing, hari2 tengok drama melayu, korea sampai ajal...


bdoh, kalau ko nk simpan duit utk kenduri sendiri pun rasa susah, bayangkan lelaki nak kumpul sampai RM20,000 untuk ko, lepas tu kena kumpul lagi duit kurang2 RM10,000 untuk majlis sendiri...


penyudahnya dia tengah membanting tulang cari duit, ko keluar dgn jantan lain hora horey kt hotel...
Quote Ai_kiu 9-5-2025 09:39 AM
Edited by Ai_kiu at 9-5-2025 09:43 AM

Pada aku la duit hantaran ni bila sebelah pompuan mintak tinggi utk cover kos majlis dia, family pompuan biasa diam tak berkutik.
Tp cuba try tgk kalo bila kena turn family dia as sebelah lelaki yg kena provide kos duit hantaran tinggi tu, kompom berbunyik meratib kos tinggi sgt tak mampu.....
Padahal kalau kedua pihak lelaki & perempuan tu belajar & faham agama isu hantaran tinggi ke rendah ke apa takde hal pun......
Tambah sikit, kpd semua kapel yg terfikir nk kawen tolong jgn mulakan agenda 50-50 / kongsi2 lepas kawen sbb benda ni lah permulaan kpd masalah2 dlm rumahtangga kalian kelak.
Selamat bernikah kawen kpd bakal2 pengantin. Shape your future path wisely.
Quote asudau 9-5-2025 11:26 AM
x yah buat kenduri dik, nikah aja la..duit RM10K tu ko guna untuk bina hidup selepas kawin...lagi bagus.
Quote farlis 9-5-2025 11:48 AM
Edited by farlis at 9-5-2025 11:52 AM

anak i ckp dia nk buat majlis kawen google meet aja hahahahahaha...yg penting nikah katanya...

for me, hantaran tu terpulang lah..kalau mampu bg banyak, ok je.

Utk kenduri, i setuju ja mmg parents yg kena tanggung ikut kemampuan. ini kalau ikut tekak mak bapak nk panggil sekampung datang, nak show off majlis anak ko la paling hebat, kerah anak yg x mampu bergolok gadai, mmg tak patut.
i mmg ckp kt anak2 i, hidup lepas kawen tu yg lebih penting
Quote nw111 9-5-2025 12:10 PM
ninja boy replied at 8-5-2025 06:54 PM
Kalau kereta motor dah ada, kerja stabil, rumah dah ada, rumah cukup serba serbi perabot petias dapu ...

Kalau x mampu buat akad nikah n kenduri 100pax cukup le...jgn la nk tiru org yg mampu buat garden wedding ajak 1000 org bagai..
Yg penting lps kawin tak berperang laki bini sbb duit..
Quote nw111 9-5-2025 12:16 PM
syamzana replied at 9-5-2025 07:14 AM
betul...
dah tau nak nikoh laki&pompuan sama2 cari duit la utk buat kenduri rumah masing2 dah nape ...

Kalau belah pompuan awal2 dh pau belah laki utk sponsor kenduri depa, kira redflag dh ni...nanti lps kawin pun sure tak aman..elok awal2 angkat kaki dulu...

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2025 06:50 AM GMT+8 , Processed in 0.045024 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top