CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Letak Tracker Di Dompet, Pergi Kelab Malam Tinggal Anak, Shahrul Nasrun Dakwa Bekas Isteri Ada Gangguan Personaliti Narsistik

9-5-2025 07:58 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1461| Komen: 30|Original author: tatod

1000031233.jpg



Kecoh baru-baru ini mengenai kemelut antara ahli politik, Datuk Shahrul Nasrun dan bekas isterinya Fatin Amyra.


Tidak berdiam diri, Ahli politik Datuk Shahrul Nasrun tampil membalas kenyataan yang dilakukan Amyra.


Menerusi perkongsian di instagram Story, Exco Pemuda Umno Malaysia menjelaskan bahawa dia tidak mahu lagi terlibat dalam drama dan permainan media sosial bekas isterinya.


"Stop faking and drama. Jangan tunjuk kita baik sangat.

"I'm not your victim anymore. Stop trying to create drama. Just move on," ujarnya.


1000031235.jpg



Lebih mengejutkan lagi, menerusi perkongsian sama, Shahrul juga mendakwa bekas isterinya menghadapi masalah 'Narcissistic Personality Disorder' (NPD).

Selain itu, Shahrul turut mendakwa Amyra telah keluar berhibur di kelab malam dan meninggalkan anak-anak di rumah.


"Kesian bila awak masih cuba cari perhatian murahan sedangkan semua orang tahu awak keluar ke kelab minum dan tinggalkan anak saya berjaga sampai pukul 4 pagi. Babe, awak ada NPD.


"Tak ada siapa pun beritahu awak tentang saya. Kita dah bercerai sejak 30 Julai 2024 dan saya masih jaga awak sampai saya tinggalkan masalah gangguan personaliti narsistik awak pada Mac 2025," tulisnya.




Bukan itu sahaja, Shahrul turut mendedahkan bahawa bekas isterinya masih menyimpan 'tracker card' dalam pemegang kadnya, yang dikesan selepas dia pulang ke kampung untuk sambutan Raya.


Menurutnya, perbuatan tersebut adalah sesuatu yang pelik dan tidak wajar, terutamanya apabila kedua-dua mereka sudah bercerai.


1000031237.jpg


"Your so called MOVE ON, please take back your tracker card that u hide inside my card holder ya. This is something new for me. Sorry I'm so outdated," jelas Shahrul.


Menerusi hantaran Instagram Story yang lain, Shahrul bagaimanapun akur bahawa bekas isteri, Fatin Amyera tetap ibu kepada anak- anak mereka, dan tidak pernah menganggap wanita itu sebagai musuh dan mendoakan yang terbaik buat kehidupan bekas isterinya.


Sebelum ini, Fatin Amyra memuatnaik kenyataan menyatakan bahawa dia tidak mahu dikaitkan lagi dengan bekas suaminya Shahrul Nasrun.


Kenyataan itu dilakukan selepas difahamkan ada individu yang masih melaporkan aktiviti yang dilakukan bekas suaminya. - GEMPAK





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote daiman 8-5-2025 07:33 PM
akhirnya bekas laki dia yg suka gro ni bukak mulut
Quote irvene 8-5-2025 07:42 PM
londeh lagi. gosip mcm ni la yang kita mau. baru best.
Quote dagusengett 8-5-2025 10:24 PM
He said She said
To live is to fight, to fight is to live!
Quote melinda_kerr 8-5-2025 11:41 PM
Oloh sek budu ni…
Quote babynina30 8-5-2025 11:52 PM
30 jul 2024 dh serai. Gi japan end jan 2025 tu kiro lagu mano gakkkk wehh ?  
Quote Fazuratah 8-5-2025 11:59 PM
tula hidup ni jgn londehkan org lain tup2 aib sndiri jugak terbuka..
Quote bitterchoc 9-5-2025 12:03 AM

Sapo sheols? Memang asal mixed atau jadian?
Quote acikonion 9-5-2025 07:25 AM
Datuk... Duk diam2 sudah. Report polis pasal tracker... Ambil perintah court kalau tak nak ur janda bercakap any aib pasal datuk kt media sosial. Ehh... Tp, xpe la. Ikut suka datuk la.
Quote royaldanish 9-5-2025 07:35 AM
itu dia... mula dah
Quote black_handbag 9-5-2025 08:17 AM
Wow ada teh baru..

Gitu bila ex suami meluah perasaan. Balik rumah pun order grab je.. tinpit mmg malas masak ye sheols suka baking je sambil tayang baju tido cekci buat cake
Quote kmbg 9-5-2025 08:34 AM
black_handbag replied at 9-5-2025 08:17 AM
Wow ada teh baru..

Gitu bila ex suami meluah perasaan. Balik rumah pun order grab je.. tinpit ...

Lah patutla tengok tinpit kemain sexy buat kek..dia fefeling nara tu ke?da mcm apa dgn night dress
Quote AbukRokok 9-5-2025 09:08 AM
ehh kata pompuan tgk poket
dah dpt poket tebal apa lagi mau?
Quote prince_marhaen 9-5-2025 10:00 AM
track record jantan ni pun kaki betina jugak...so----sepadan lah... haha
Quote aryyan 9-5-2025 10:12 AM
prince_marhaen replied at 9-5-2025 10:00 AM
track record jantan ni pun kaki betina jugak...so----sepadan lah... haha

itu la ptt dh sekufu.
si laki suka mkn luaq; open relationship kekdah nya.
si bini suka bjimba.

ptt nya give n take la kan.

pndai plak si laki, suruh bini dk rumah jaga anak, dia dk hepihour ngn callgirl.

ksimpulannya elok dua2 ni xyah membiak.
Quote KamikuP 9-5-2025 10:16 AM
Walaweh... gosip mcm ni yg kami dahagakan.. lebih2 lagi sek sek skjp.. ekekekeke
Quote Cpkay 9-5-2025 10:25 AM
dua dua ni sskjp ke ?
Quote prince_marhaen 9-5-2025 10:34 AM
aryyan replied at 9-5-2025 10:12 AM
itu la ptt dh sekufu.
si laki suka mkn luaq; open relationship kekdah nya.
si bini suka bjimba.

bukan callgirl je nok.... adik2 bottom pun heols layan je.. hahahaha!
Quote aryyan 9-5-2025 10:36 AM
prince_marhaen replied at 9-5-2025 10:34 AM
bukan callgirl je nok.... adik2 bottom pun heols layan je.. hahahaha!

weh. chinchaaaaa? arraaaasoooo?
gila la. takda penyakit ka?

beriya la dok buat selawat/ usrah bagai. rupanya nk cuci2 stain kt hati kot.
Quote Shayang 9-5-2025 10:51 AM
Aik bila masa seraii?
Aku langsung la taktau cite pasal dorang ni
Kenal pun gituh2 jelaa

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2025 12:17 AM GMT+8 , Processed in 0.042767 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top