CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shima luah rasa kecewa belum terima royalti RPM

8-5-2025 04:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 716| Komen: 13|Original author: tatod

1000030831.jpg



KUALA LUMPUR: Penyanyi Shima, 56, tampil bersuara berhubung bayaran royalti yang belum diterima daripada Recording Performers Malaysia Berhad (RPM) sejak mendaftar sebagai ahli organisasi pengurusan kolektif industri muzik ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2021.


Sambil meluahkan perasaan kecewa, penyanyi lagu Teringin itu meminta pihak berkaitan supaya menunaikan janji untuk membantu golongan penyanyi mendapatkan hak mereka.


"Saya dapat royalti sekali sahaja dalam anggaran RM2,000. Itu pun sudah lama. Kalau komposer yang mencipta lagu Teringin iaitu Fauzi Marzuki boleh dapat royalti setiap tahun, takkan saya tak dapat.


"Mustahil RPM tak ada simpan laporan atau maklumat. Sedangkan, lagu saya selalu diputarkan di stesen radio dan pusat karaoke. Buskers pun ada nyanyi lagu saya.



"Janganlah buat saya seperti anak tiri. Saya bukan orang baharu dalam industri. Ini bukan macam zaman Allahyarham Tan Si P Ramlee," dakwanya kepada BH Online.


1000030832.jpg


Dalam pada itu, pemilik nama lengkap Ku Nazhatul Shima Ku Kamaruzzaman mendakwa dia juga sudah cuba menghubungi pihak terbabit untuk mendapatkan penjelasan, namun gagal.


"Saya ada hubungi mereka, namun panggilan tidak berjawab. Kali terakhir mereka hubungi saya menerusi e-mel, beberapa tahun lalu.


"Itupun sebab nak jemput saya hadir ke mesyuarat agung tahunan. Kononnya, jika tidak hadir, saya tak boleh dapat royalti. Tapi bila pergi, ini pula yang terjadi.


"Lebih membuatkan kecewa, saya dapat maklumat RPM ada anjurkan jamuan hari raya, baru-baru ini. Tapi, saya langsung tak dapat jemputan sama ada menerusi e-mel ataupun aplikasi WhatsApp.


"Buat majlis gah, siap ada persembahan. Beri bantuan sana sini, tapi kebajikan ahli seperti saya langsung tak terjaga," dakwa bekas vokalis kumpulan The Boys itu.


Dengan luahan itu, Shima berharap pihak berkenaan dapat bertindak segera untuk menyelesaikan isu yang sudah sekian lama membelenggu golongan anak seni


"Bukan saya seorang sahaja yang menghadapi masalah ini, tapi ramai juga artis lain. Cuma, mereka mungkin tidak berani bersuara.


"Apapun, saya harap RPM dapat menyelesaikan masalah lapuk ini. Janganlah dilengahkan. Saya hanya menuntut hak saya," dakwa Shima lagi.


Pada 2023, media melaporkan Shima pernah membangkitkan isu sama kepada kepimpinan RPM dan jawapan diterima adalah badan pelesenan itu sedang mengumpul maklumat daripada stesen radio dan pusat karaoke sebelum pembayaran royalti diagihkan.


Sementara itu, BH masih berusaha mendapatkan RPM untuk penjelasan lanjut.  - BH ONLINE



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sleepandream 8-5-2025 11:30 AM
lerrr... dah dpt rm2k tu pun dah bagus... ingat dekat dunia ni ada berapa juta lagu pulak... lagu pun masuk top spotify ke? kalau pusat karoke jamban tu takde maknanya nak bayar copyright... apatah lagi busking depan lot10
Quote pencintaABC 8-5-2025 01:35 PM
sleepandream replied at 8-5-2025 11:30 AM
lerrr... dah dpt rm2k tu pun dah bagus... ingat dekat dunia ni ada berapa juta lagu pulak... lagu pu ...

Kalau royalti pun rasanya komposer dan penulis lirik akan dapat lagi banyak kan, dan recording company. Portion retis skit je.
Quote supernaturalee 8-5-2025 05:51 PM
sbb ni jgk ramai artis skrg compose dan produce lagu sendiri
so that hak cipta solely or partly dpt kt dorg


Quote zeetot 8-5-2025 06:48 PM
Org industri swndiri yg taknak tau cara nak dapatkan royalty. Lepastu sibuk salahkan rpm la macp la. Ingat boleh terus process masuk terus akaun?
Quote zeetot 8-5-2025 06:49 PM
Dah lah semuanya nak kena suap. Sikit pun taknak usaha. Nak senang je. Entah2 mandate pun tak sign.
Quote alesandra 8-5-2025 08:28 PM
mcm mana diorg kira utk penyanyi?berapa percentage dapat?mmg kurang la cik kak oiii.adake patut ko nak bandingkan dgn composer?
Quote slyfynx 9-5-2025 12:02 AM
Begitu lah kata makcik yang bukak tudung sbb migraine
Quote BlackpingU 9-5-2025 01:18 AM
Bekas vokalis kumpulan The Boys?

Bukan acik Ella ke?

Ella & The Boys
Quote Orenn1 9-5-2025 03:46 AM
Bukqn shima ni hari tu dah gems mcm makcik2 pakai tudung bagai ke
Quote siasia 9-5-2025 06:02 AM
Ooo tatau plak penyanyi bole dpt royalti igtkan komposer je. Knp pulak dia nk bandingkan dgn fauzi marzuki. Yg tu mmg la lagu dia byk bukan buat lagu shima je oooi.
Quote adelea 9-5-2025 09:17 AM
sleepandream replied at 8-5-2025 11:30 AM
lerrr... dah dpt rm2k tu pun dah bagus... ingat dekat dunia ni ada berapa juta lagu pulak... lagu pu ...

aku ingat tomok pernah kata royalti dia RM 17 hengget je ...
sbb tu kannn , artis muda nowadays byk side hustle ...
joli ..joli jugak , tapi byk yg beli rumah and invest ..
and most of them dr latar anak org berada ... so money not an issue ,
klu tua pon x akan hidup melarat ...
Quote MistrezHermanaz 9-5-2025 04:40 PM
acik shima salu je live malam2 kt tiktok nyanyi,nape meols tgk bila dia buka mulut mcm org xde gigi padahal ada je gigi, x reti nk explain, nnt chuols tgk
Quote noell 9-5-2025 05:03 PM
BlackpingU replied at 9-5-2025 01:18 AM
Bekas vokalis kumpulan The Boys?

Bukan acik Ella ke?

acik neh ganti ella sekejap laaa lps tuh the boys jd the bapaks trus tersungkur

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2025 01:48 PM GMT+8 , Processed in 0.043078 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top