CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dibalut kain batik, kotor dan bersemut- bayi dibuang depan rumah orang

7-5-2025 05:31 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1135| Komen: 22|Original author: Raline

1.png


SEGAMAT – Seorang bayi malang ditemui dibalut kain batik yang kotor dan dihurung semut ditinggalkan di sebuah rumah di Felda Redong, di sini, Sabtu lalu.

Insiden malang yang dipercayai baharu dilahirkan kira-kira empat jam itu disedari pemilik kediaman terbabit yang berusia 60-an.

Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah, lelaki warga emas itu menyedari bayi itu berada di rumahnya kira-kira pukul 7.45 malam ketika mahu keluar untuk ke masjid.

“Hasil siasatan, pemilik rumah seorang lelaki warga tempatan sebelum itu, ada terdengar bunyi tangisan bayi malang berkenaan. Kira-kira pukul 7.45 malam, dia menemui bayi lelaki dengan dibaluti kain batik, kotor dan bersemut ketika keluar untuk ke masjid menunaikan solat magrib.

“Dia kemudian membersihkannya sebelum membawa bayi ke dalam rumah dan menghubungi anak perempuannya bagi memaklumkan kejadian itu,”katanya ketika di temui ketika sidang akhbar di IPD Segamat di sini, hari ini.

Tambah Ahmad Zamry, hasil pemeriksaan mendapati bayi lelaki itu cukup sifat dan baru dilahirkan kira-kira empat jam berdasarkan keadaan bayi itu masih bertali pusat mempunyai kesan darah.

“Tiada sebarang nota ditinggalkan sekitar lokasi penemuan bayi tersebut. Bayi tersebut kini diletakkan bawah pengawasan pihak Hospital Segamat untuk pemeriksaan lanjut.

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote saliv 7-5-2025 01:33 AM
Gen Z la ni.
Quote delsmomm 7-5-2025 09:44 AM
allahuakbar..kesian nya baby.. putih mulus..

nmpk besar mcm almost 3kg tu.. maknya masa pregnant tentu dah nmpk perut..

kesian nya kau dik..moga kehidupanmu terbela & membesar jadi manusia berguna ya dik..
Quote syamzana 7-5-2025 09:54 AM
kesiannya baby
acik doakan semoga hidup kamu dipermudah dan diberkati sepanjang hayat
celaka hanat mana laa main buang laguni
Quote pooh~key 7-5-2025 10:03 AM
delsmomm replied at 7-5-2025 09:44 AM
allahuakbar..kesian nya baby.. putih mulus..

nmpk besar mcm almost 3kg tu.. maknya masa pregnant te ...

Kalau hitam kau tulis apa sissy? Allahuakbar..kesian nya baby.. hitam legam..




Sisssssss?
Quote delsmomm 7-5-2025 10:10 AM
pooh~key replied at 7-5-2025 02:03 AM
Kalau hitam kau tulis apa sissy? Allahuakbar..kesian nya baby.. hitam legam..

kenape sissy..
kalau hitam legam pon kesian jgk..mak dia buang kott..

nanti iol tulis laa gini..kesiannya baby, hitam berkilat..

Quote TeropongThaico 7-5-2025 06:26 PM
Kesiannya...
Rumah tu jauh dr rumah2 jiran lain ke takde sapa nampak waktu baby diletakkan di situ
Quote QueenIsolde 7-5-2025 06:47 PM
Aku ni teringin sgt nak anak angkat, ada org boleh main buang gitu je
Quote plywood 7-5-2025 06:48 PM
pooh~key replied at 7-5-2025 10:03 AM
Kalau hitam kau tulis apa sissy? Allahuakbar..kesian nya baby.. hitam legam..

.. soalan ni betul mengundang permasalahan falsafah kehidupan.. hahah
Quote silance 7-5-2025 07:03 PM
ambah Ahmad Zamry, hasil pemeriksaan mendapati bayi lelaki itu cukup sifat dan baru dilahirkan kira-kira empat jam berdasarkan keadaan bayi itu masih bertali pusat mempunyai kesan darah.

Beranak dalam semak ke? Bakal penjaga baby ini disarankan supaya simpan keratan berita ini. Kalau nanti dia nak cari mana ibu kandung tunjuk berita inni. Sesungguhnya ibu kamu buang kamu right after kau lahir ke dunia nak.
Quote B40tastePosh 7-5-2025 07:04 PM
Segar Amat baby nye

Quote B40tastePosh 7-5-2025 07:05 PM
QueenIsolde replied at 7-5-2025 06:47 PM
Aku ni teringin sgt nak anak angkat, ada org boleh main buang gitu je


Iols sudi jadi anak angkat uols
Quote elnor_81 7-5-2025 07:24 PM
Aku bkn nk ckp apa la...klo dh buang cmni..walaupun bdk tu warganegara malaysia, jpn n jkm akan aggp anak pendatang asing. Sian baby tu.
Quote Pearla 8-5-2025 02:50 AM
Aku tak boleh la berita camni... Allahu..

Kesedihan ini terlalu dalam,
bukan hanya untuk bayi itu,
tapi untuk hati manusia yang hilang rasa.
Betapa mudahnya kau buang dia,
seolah nyawa itu tiada nilai.
Quote Zeelalala 8-5-2025 04:06 AM
Mudah sangat ye dorang ni beranak. Lepas tu main letak camtu je. Tak rasa bersalah ke. Seumur hidup akan dihantui ketakutan
Quote justchu 8-5-2025 06:59 AM
sihat baby nya

kenapalahhhhhh
Quote supernaturalee 8-5-2025 12:12 PM
delsmomm replied at 7-5-2025 10:10 AM
kenape sissy..
kalau hitam legam pon kesian jgk..mak dia buang kott..

Bukan asam sebarang asam
Asam kandis dari seberang
Bukan hitam sebarang hitam
Tidak puas mata memandang





hagitchewwwwwww utk baby2 hitam




Quote midori888 8-5-2025 12:14 PM
kesiannya baby...
Quote A-Are 8-5-2025 12:15 PM
Edited by A-Are at 8-5-2025 04:18 AM

Punyalah ramai org kita xda anak..que dekat pusat kebajikan utk ambik anak angkat punya lah panjang & strict hang sesuka je buang gitu....hospital pon da ada baby hatch letak jela situ..
Quote tumpanglalu74 8-5-2025 12:40 PM
[tiktok]7477396947230313736[/tiktok]
https://vt.tiktok.com/ZShB41MMg/

Anak kabo ayah yang kasi bunting, ibu tak pecaye..

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2025 01:46 AM GMT+8 , Processed in 0.039467 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top