CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 98|Reply: 1

[Tempatan] Dibalut kain batik, kotor dan bersemut- bayi dibuang depan rumah orang

[Copy link]
Post time 6-5-2025 10:24 PM | Show all posts |Read mode


SEGAMAT – Seorang bayi malang ditemui dibalut kain batik yang kotor dan dihurung semut ditinggalkan di sebuah rumah di Felda Redong, di sini, Sabtu lalu.

Insiden malang yang dipercayai baharu dilahirkan kira-kira empat jam itu disedari pemilik kediaman terbabit yang berusia 60-an.

Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah, lelaki warga emas itu menyedari bayi itu berada di rumahnya kira-kira pukul 7.45 malam ketika mahu keluar untuk ke masjid.

“Hasil siasatan, pemilik rumah seorang lelaki warga tempatan sebelum itu, ada terdengar bunyi tangisan bayi malang berkenaan. Kira-kira pukul 7.45 malam, dia menemui bayi lelaki dengan dibaluti kain batik, kotor dan bersemut ketika keluar untuk ke masjid menunaikan solat magrib.

“Dia kemudian membersihkannya sebelum membawa bayi ke dalam rumah dan menghubungi anak perempuannya bagi memaklumkan kejadian itu,”katanya ketika di temui ketika sidang akhbar di IPD Segamat di sini, hari ini.

Tambah Ahmad Zamry, hasil pemeriksaan mendapati bayi lelaki itu cukup sifat dan baru dilahirkan kira-kira empat jam berdasarkan keadaan bayi itu masih bertali pusat mempunyai kesan darah.

“Tiada sebarang nota ditinggalkan sekitar lokasi penemuan bayi tersebut. Bayi tersebut kini diletakkan bawah pengawasan pihak Hospital Segamat untuk pemeriksaan lanjut.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2025 01:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Gen Z la ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-5-2025 07:59 AM GMT+8 , Processed in 0.055228 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list