CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Nothing Is Free..." Ayat Edika Yang Buat Bekas Isteri Kerja Walaupun Lumpuh, Tak Setuju Terlantar Dijaga Macam Bayi

6-5-2025 02:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2070| Komen: 12|Original author: tatod

1000029179.jpg



KUALA LUMPUR : Bekas isteri Edika Yusof, Nor Hidayah Yusri, 47, mendakwa sering diingatkan oleh pelakon itu mengenai tiada apa yang percuma di dunia ini sekali gus menjadi asbab dirinya sedar perlu bekerja meski keadaannya lumpuh separuh badan.


Menurut Nor Hidayah, berikutan itu dia tidak bersetuju dengan dakwaan Edika yang mengatakan dirinya terlantar di katil selain kononnya telah menjaganya umpama seorang ‘bayi’.


Sepanjang perkahwinan saya dengan dia (Edika), saya bekerja. Saya bukan terlantar saja. Dia ‘shooting’ ke apa, tapi saya yang menguruskan segalanya.


“Edika pun sejenis orang yang selalu sebut pada saya bahawa ‘nothing is free in this world’. Kalau nak duduk terlantar saja, pergi duduk di hospital. Jadi, saya bekerja dan keluarga dia (Edika) pun tahu.



1000029181.jpg


“Saya di rumah tak duduk diam-diam. Urusan di rumah lain, urusan kerja lain. Termasuk, urusan kerja dia (Edika) pun saya juga yang uruskan,” katanya.


Nor Hidayah berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, semalam.


Mengakui bahawa kata-kata Edika itu mengguris hati, namun Nor Hidayah tetap bersabar sepanjang 22 tahun perkahwinannya dengan lelaki tersebut.


Selain itu, Nor Hidayah juga menafikan dirinya mengalami masalah kesihatan mental sebagaimana yang didakwa oleh pelakon itu sebelum ini.


1000029182.jpg


Terdahulu, Edika dan Nor Hidayah sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini, pada jam 10.42 pagi, semalam.


Pada 23 April lalu, Edika tidak dapat melafazkan cerai terhadap Nor Hidayah pada tarikh itu kerana isterinya berada dalam keadaan tidak suci dan tarikh baru ditetapkan mahkamah pada hari ini.


Edika dan Nor Hidayah bernikah pada 2003 dan hasil perkongsian hidup bersama selama 22 tahun, mereka dikurniakan dua anak iaitu Fardeen Nasrulhaq, 21 dan Fereena Nurulhaq, 20. -UTUSAN




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote GummyBear123 6-5-2025 09:32 AM
The abuse is mental abuse. Semoga kuat.
Quote supernaturalee 6-5-2025 02:04 PM
adakah sejak heols aktif berlakon balik tu dorg dlm fasa2 nk berpisah
sabar sabar
until now

Quote syamzana 6-5-2025 03:36 PM
gittewwww..
nothing is free...

btw, bagus la bercerai dari dok simpan sakit hati lama2
Quote jlo 6-5-2025 03:40 PM
terus jijikkkk tengok muka edika ni
Quote manehnya 6-5-2025 03:43 PM
jd anak sulung tu bkn anak edika lah.. dua je anak nye

smgoa di permudahkan segalanya
Quote sarah_ary2 6-5-2025 05:04 PM
Cantiknya anak dia yg gurl tue
Quote adelea 6-5-2025 05:13 PM
Ohh bininya janda ke sblm kawen
bersyukur laaa kot si bujang rebutan pilih kau
jaga kau ... ishhh i tak sokong edika ni , tapi napa rasa wife dia bau benderamerah
Quote rayriff 6-5-2025 05:15 PM
Agak keji nya di situ. Padahal dalam islam, bini tu tanggungan kau. Boleh je pilih xnak keje. Lagi2 dengan keadaan camtu..
Quote exclusive_vvip 6-5-2025 08:35 PM
adelea replied at 6-5-2025 05:13 PM
Ohh bininya janda ke sblm kawen
bersyukur laaa kot si bujang rebutan pilih kau
jaga kau ... ishhh  ...

bujang rebutan ke heols time kawen ngan dayah ni? rasa mcm heols sendu je 22-23 tahun lepas(kalu ikut usia perkahwinan diorg)..filem maria mariana tu pun 29 tahun dah..ntah2 dayah ni yg ada income stabil masa diorg kawen..
Quote sleepandream 6-5-2025 09:07 PM
maybe wife dia tu nak hidup lebih comfortable la, hence si edika suruh keje utk duit poket lebih sendiri.... ha gittew... apapun dah selamat cerai pun khen? iols syak dedua akan kawen lain pasni
Quote kmbg 6-5-2025 09:14 PM
I dgr podcast masa tu mamat dgn soeb intvw la edika ni..dia cita la mcm mana dia kenal dayah ni 1st time nampak mcm da jatuh cinta la konon..pastu dia cite depa kawen majlis nikah simple je..lepas nikah g chow kit beli barang masak sama2 utk majlis mkn2.. pastu cite macam mana dayah ni start sakit sampai koma,kalau dgr tu mcm dia suami mithali betul la..terpedaya betui
Quote acikonion 7-5-2025 12:08 AM
Aku xtau la nape aku rasa both redflag...

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-5-2025 08:04 PM GMT+8 , Processed in 0.045212 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top