CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zoey Rahman cemburu tengok kebahagiaan rakan bersama keluarga, ingin tamatkan zaman bujang

5-5-2025 08:15 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1350| Komen: 26|Original author: tatod

1000027916.jpg



MENGINJAK usia 40 tahun, pelakon dan usahawan Zoey Rahman masih lagi belum berputus asa untuk mencari pasangan hidup.


Tanpa berselindung, Zoey atau Mohd Hairey Azhar Abdul Rahman, mengaku dia kini sedang berkawan rapat dengan seorang wanita.


Zoey mendedahkan mereka banyak bekerjasama mempromosikan produk keluarannya menerusi sesi siaran langsung di TikTok.




“Kami berkawan sahaja, boleh dikatakan ‘teman tapi mesra’.


“Orang dalam industri juga, kami memang bersetuju buat live sama-sama bagi mempromosikan produk terbaharu saya.


“Setiap hari memang kami akan buat live dan content bersama. Jadi kami mula rapat. Doakan semoga kami dipermudahkan segala urusan,” katanya kepada mStar.




Dalam pada itu, pelakon drama From Saga With Love ini hubungannya bersama wanita tersebut bukanlah satu gimik, malah mengakui dia kini memang sedang mencari pasangan sesuai.


Malah sekiranya mereka mahu meneruskan hubungan ke fasa lebih serius, Zoey memberitahu dia tidak teragak-agak untuk berkongsi berita gembira secara umum.


“Saya masih lagi mencari, bila balik kampung ramai tanya bila saya nak kahwin. Kita hanya merancang tetapi Tuhan menentukan.


“Kalau memang saya benar-benar dengan wanita itu, semua orang pasti tahu nanti. Saya tidaklah berahsia.


“Ini bukan gimik, hubungan ini memang betul-betul dari hati. Saya tertarik dengan sikap manja dan perwatakannya yang lemah lembut. Lagi pun kami memang serasi bersama ,” ujarnya.




Zoey bagaimanapun tidak menafikan timbul rasa cemburu melihat rakan-rakan yang sudah berumah tangga, sekali gus membuatkan dirinya terasa mahu menamatkan zaman bujang.


“Orang kata kalau berkawan biarlah beribu. Sekarang ini kami masih lagi mengenali hati budi masing-masing. Kalau ada jodoh insya-Allah dipermudahkan kahwinlah kami.


“Umur pun dah tua kan, saya cemburu tengok kawan-kawan pergi bercuti dengan anak isteri, pergi umrah pegang tangan depan Kaabah. Kita? Sedih,” katanya. - mStar




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fadz84 4-5-2025 09:35 AM
Apsal la pegi ubah muka tu.. Kalau tgk gmbar baju purple tu xtulis nama xtau Itu Zoey.. huhuhu
Quote noor2 4-5-2025 09:43 AM
Lelaki lembut ke dia ni...elokla muka mcm.tansri p.ramlee tu..lelaki sejati
Quote nuhanis 4-5-2025 10:23 AM
Yang ni elok2 muka macam hero anime, saja2 pi ubah. Kehkeh

Ingat lagi dia masuk majalah remaja kot, zaman tok kaduk. Hensem, jambu. Semua dia tapau.
Quote chinta89 4-5-2025 12:21 PM
siapa dia ni ye. soalan jujur.
Quote adeqbun 4-5-2025 12:42 PM
Jgnlah..kot bengkok,seksa kat bini je
Quote slyfynx 4-5-2025 12:55 PM
X payah la seksa perempuan semata2 sbb ko nk tutup mata masyarakat weh
Quote t_hahahaha 4-5-2025 01:21 PM
teman tapi mesra time usia nak 40 ni, konsep aniaya anak orang je lah..
Quote immortallez 4-5-2025 01:38 PM
Kalau rasa tak bernafsu kat perempuan, tak payah paksa diri kawin. Jangan sebab nak zuriat, seksa idup seorang perempuan. Dah ada contoh artis2 lelaki yg kelempuk tapi gigih kawin, end up bercerai. Muka dia yg asli dah elok, sekarang berubah habis muka kau Zoey
Quote SherryZass 4-5-2025 01:48 PM
Dia ni muka herlok jah, kenapa nak revovate nyahh
Quote Hoola 4-5-2025 01:52 PM
both tu dia ke
ishishishish beda sungguh yaaaaaa

baidaway warga F buka la kertas siasatn
siapakah wanita yg sllu live bsamanya
nk tau jg
Quote Bebawang 4-5-2025 01:53 PM
Ke nak kahwin dgn yg sorang lg tu yg ngaku hati dah dimiliki dan xlama lg nk kahwin
Quote Freezies 4-5-2025 02:05 PM
Bakalan nazimah 2.0 kah??
Quote emma.giggs 4-5-2025 02:15 PM
Alahai, muka asal dh hensem kot, tgk hidung bru pun….
Quote KamikuP 5-5-2025 09:17 AM
Takyah le kawin noks aniaya anak dara org jahh.. dari kejauhan dah tau ko ni boti.. ekekekekek
Quote babelina 5-5-2025 03:03 PM
sapa la yg rajin interview dia nie.. hmmmm
Quote newyork 5-5-2025 03:15 PM
Dah renovate mcm handsome squidward plak ropenyee
Quote azimodin 5-5-2025 05:53 PM
Terobek wajah purbakala. Herlokkk dikkk...
Quote heythere123 5-5-2025 05:59 PM
benci la. Kenapa heols kenapa ubah muka ya Allah
Quote TMZ.com 5-5-2025 10:40 PM
Adakah bersama dgn mas factorz? Ku rap ku rap yo hahaha. Dulu tertengok dia rajin bethol melayan mas tu dekat live TT.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2025 10:39 AM GMT+8 , Processed in 0.047247 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top