CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Tiket konsert Beyonce tak laku, penganjur buat potongan harga penuhkan stadium

2-5-2025 09:38 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 967| Komen: 12|Original author: Raline


Screenshot 2025-05-02 092811.png


KONSERT jelajah penyanyi terkenal Beyonce yang mula berlangsung pada 28 April lalu dilaporkan berdepan masalah apabila tiket tidak berjaya dijual.

Daily Mail melaporkan, beberapa jam sebelum ‘Cowboy Carter Tour’ berlangsung di Stadium SoFi di Los Angeles bermula, ribuan tempat duduk masih kosong sehingga menyebabkan penganjur panik.

Ia turut memaksa penganjur membuat potongan harga tiket sehingga AS$20 atau RM85 sebagai cara menarik perhatian pembeli.

Malah bagi memenuhi ruang yang kosong, penonton dipindahkan ke bahagian tiket lebih mahal bagi mengelak stadium kelihatan kosong.

Screenshot 2025-05-02 092906.png

Dalam pada itu, Beyonce dan suaminya iaitu penyanyi rap Jay-Z mendakwa masalah itu berlaku disebabkan kemunculan penjual semula tiket (resellers).

Difahamkan, penjual tiket semula ini dipercayai menaikkan harga tiket terlalu tinggi sehingga menyebabkan peminat ragu-ragu untuk membeli.

Pun begitu, terdapat dakwaan bahawa sambutan hambar terhadap konsert jelajah ini dipengaruhi skandal membabitkan Sean Diddy yang terlibat dalam kes jenayah seksual.

Nama besar lain seperti Jay-Z dan Beyonce turut terpalit dengan kontroversi itu sehingga menjejaskan reputasi mereka berdua.

Diddy kini sedang ditahan di sebuah penjara di Brooklyn, Amerika Syarikat sementara menunggu perbicaraan atas tuduhan berat termasuk pemerdangan seks dan pemerasan.

Pada Disember tahun lalu, nama Jay-Z turut terpalit dengan kontroversi melibatkan Diddy yang membabitkan tuduhan keganasan seks terhadap remaja bawah umur pada tahun 2000.

Bagaimanapun, Jay-Z menafikan tuduhan itu dan kes tersebut digugurkan sepenuhnya dua bulan kemudian.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote I.K.A888990 2-5-2025 11:06 AM
gitu acik beyonce jgn dibunuh pulak fans yg tak pergi haha

btw anak dia pergh kalau tak tgk umur ingatkan dah 20 thn tgknya
Quote alesandra 2-5-2025 10:13 PM
kalo kat LA pun tak laku bersedia la zaman kejatuhan.taylor swift you're next....
Quote Ctfantasi 3-5-2025 01:49 AM
No, thank you Beyonce?
Quote Namasayaomel 3-5-2025 02:06 PM
nak tgok pulak lady gagah concert in singapore....full house x?
Quote JahLupa 4-5-2025 06:48 PM
Mastermind. Takottt
Quote annehuda 4-5-2025 07:38 PM
Tiket die tak laku sbb mahal sgt katenye. Meanwhile Lady Gaga buat konsert free kt Brazil 2 juta org dtg kot
Quote hyie 5-5-2025 03:44 AM
suara sheols bingit
Quote royaldanish 5-5-2025 10:36 AM
anak sheols rumi tu mcm ada ADHD
ke terrrr over excited
Quote fadz84 5-5-2025 12:15 PM
I.K.A888990 replied at 2-5-2025 11:06 AM
gitu acik beyonce jgn dibunuh pulak fans yg tak pergi haha

btw anak dia pergh kalau tak tgk umur in ...

padahal umur baru 13 kan.. nepo baby sgt si Blue Ivy tu.. untung la blh masuk industri ngan tiket besar pengaruh mak bapak..
Quote Prickford 5-5-2025 02:30 PM
fadz84 replied at 5-5-2025 04:15 AM
padahal umur baru 13 kan.. nepo baby sgt si Blue Ivy tu.. untung la blh masuk industri ngan tiket  ...

Iolls ada tengok satu video, Blu tengah terkinja2 atas stage time konsert mak sheolls. Jadi jemputan agaknya, kena tour sama2. Teruk nau kena kecam. Padahal sheolls budak 13 tahun je. Yg patut kena kecam, parents dia sbb child labour haha
Quote dekmieDandy 5-5-2025 04:01 PM
mahal sangat tiketnya, pre-sale sampai ribu riban

btw tiket 20usd tu ada berapa ketul je, tiket ribu riban tu back ke harga asal je, sebab time pre-sale tak habis
Quote KirazMevsimi 6-5-2025 07:57 AM
hai blue ivy. cantik ye. menurun mak nye. fizikal macam dewasa, nampak matang

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2025 09:53 PM GMT+8 , Processed in 0.050290 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top