CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Bradley Cooper romantik sambut ‘birthday’ kekasih, mata netizen nampak cincin di jari manis Gigi Hadid

28-4-2025 08:51 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 572| Komen: 7|Original author: Raline


Screenshot 2025-04-28 083524.png

PENAMPILAN model Gigi Hadid menarik perhatian ramai apabila dia dilihat memakai cincin emas di jari manis sewaktu menyambut ulang tahun kelahirannya yang turut diraikan oleh teman lelaki iaitu pelakon Bradley Cooper.

Daily Mail melaporkan, menerusi beberapa video tular di media sosial, Gigi dan Bradley dilihat berpegangan tangan sewaktu berjalan menuju ke sebuah restoran di New York, Amerika Syarikat.

Gigi kelihatan bergaya dengan busana gaya potongan ringkas rona putih bersama seluar kulit dengan mengenakan aksesori barangan kemas.

Screenshot 2025-04-28 083620.png

Sementara itu, Bradley memakai jaket dengan kemeja hitam tersenyum sambil berjalan seiringan menuju ke restoran berkenaan.

Selain Bradley, beberapa selebriti lain turut menyertai acara sambutan ulang tahun tersebut termasuk kakak Gigi iaitu Bella Hadid, pelakon Anne Hathaway, Will Arnett, Tan France dan Martha Hunt.

Sebelum ini, Gigi dan Bradley mencetus khabar angin percintaan mereka pada awal Oktober 2023 apabila dilihat makan di sebuah lokasi terkenal di Via Carota dan pulang dengan kereta sama.

Pasangan ini kemudiannya dilihat kembali ke Big Apple selepas menghabiskan masa dengan percutian romantik.

Untuk rekod, Gigi mempunyai seorang cahaya bersama bekas kekasihnya Zayn Malik iaitu Khai yang kini berusia tiga tahun manakala Cooper dan bekas isterinya model Irina Shayk berkongsi anak perempuan berusia enam tahun iaitu Lea De Seine.

Sumber : mStar




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missyL 28-4-2025 09:12 AM
Aritu gigi masok kategori plus size model
Plus size mende keding je tu haha
Quote lasagna 28-4-2025 09:18 AM
ni kalau jd kawen,
bradley tu kena revert to muslim lah kan?
mampu kaa bradley ittew?
Quote kucingitam 28-4-2025 03:14 PM
ritu mcm ada terbaca bradley ni gay..bukan eh?
Quote imransulaiman 28-4-2025 03:52 PM
Serius gambar b&w tu tadi ingatkan Sharifah Zarina
Quote hokeypokey 28-4-2025 08:07 PM
huduh dah pok cik bradley ni masih nk memikat model2 muda..
Quote azimodin 29-4-2025 04:31 PM
missyL: Aritu gigi masok kategori plus ...


Gitu la beauty standard dunia sekarang ni chuols. Hanya size zero je dianggal ideal untuk model... Kena kurus keding macam kate moss suatu ketika dulu. Sebab tu ramai pakat2 pakai ozempic.
Quote I.K.A888990 2-5-2025 11:11 AM
ada la bradley ni iras bapak dia
sbb tu kut melekat haha

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2025 10:43 AM GMT+8 , Processed in 0.032921 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top