View: 398|Reply: 7
|
Bradley Cooper romantik sambut ‘birthday’ kekasih, mata netizen nampak cincin di jari manis Gigi Hadid
[Copy link]
|
|
PENAMPILAN model Gigi Hadid menarik perhatian ramai apabila dia dilihat memakai cincin emas di jari manis sewaktu menyambut ulang tahun kelahirannya yang turut diraikan oleh teman lelaki iaitu pelakon Bradley Cooper.
Daily Mail melaporkan, menerusi beberapa video tular di media sosial, Gigi dan Bradley dilihat berpegangan tangan sewaktu berjalan menuju ke sebuah restoran di New York, Amerika Syarikat.
Gigi kelihatan bergaya dengan busana gaya potongan ringkas rona putih bersama seluar kulit dengan mengenakan aksesori barangan kemas.
Sementara itu, Bradley memakai jaket dengan kemeja hitam tersenyum sambil berjalan seiringan menuju ke restoran berkenaan.
Selain Bradley, beberapa selebriti lain turut menyertai acara sambutan ulang tahun tersebut termasuk kakak Gigi iaitu Bella Hadid, pelakon Anne Hathaway, Will Arnett, Tan France dan Martha Hunt.
Sebelum ini, Gigi dan Bradley mencetus khabar angin percintaan mereka pada awal Oktober 2023 apabila dilihat makan di sebuah lokasi terkenal di Via Carota dan pulang dengan kereta sama.
Pasangan ini kemudiannya dilihat kembali ke Big Apple selepas menghabiskan masa dengan percutian romantik.
Untuk rekod, Gigi mempunyai seorang cahaya bersama bekas kekasihnya Zayn Malik iaitu Khai yang kini berusia tiga tahun manakala Cooper dan bekas isterinya model Irina Shayk berkongsi anak perempuan berusia enam tahun iaitu Lea De Seine.
Sumber : mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Aritu gigi masok kategori plus size model
Plus size mende keding je tu haha |
|
|
|
|
|
|
|
ni kalau jd kawen,
bradley tu kena revert to muslim lah kan?
mampu kaa bradley ittew? |
|
|
|
|
|
|
|
ritu mcm ada terbaca bradley ni gay..bukan eh? |
|
|
|
|
|
|
|
Serius gambar b&w tu tadi ingatkan Sharifah Zarina |
|
|
|
|
|
|
|
huduh dah pok cik bradley ni masih nk memikat model2 muda.. |
|
|
|
|
|
|
|
missyL: Aritu gigi masok kategori plus ...
Gitu la beauty standard dunia sekarang ni chuols. Hanya size zero je dianggal ideal untuk model... Kena kurus keding macam kate moss suatu ketika dulu. Sebab tu ramai pakat2 pakai ozempic. |
|
|
|
|
|
|
|
ada la bradley ni iras bapak dia
sbb tu kut melekat haha |
|
|
|
|
|
|
| |
|