CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Aurel berjaya turun 30 kg berat badan selepas bersalin, terasa kembali remaja

28-4-2025 08:50 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 528| Komen: 6|Original author: Raline


Screenshot 2025-04-28 083752.png

PENYANYI Aurel Hermansyah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 30 kilogram (kg) selepas melahirkan anak keduanya.

Aurel berkata dia berasa dirinya kembali remaja selepas berat badannya itu kini mencecah 50 kilogram.

"Alhamdulillah selepas lahir anak kedua saya berjaya turunkan berat sebanyak 30 kilogram itu memang bersyukur sangat.

"Dulu saya 80 kg, sekarang sudah 50 kg," katanya memetik laporan Detik Hot.

Meskipun sudah mendapat berat ideal, dia bagaimanapun masih mahu mencapai berat sebanyak 47 kg.

Pun begitu, Aurel tidak berkongsi lebih lanjut kaedah yang digunakan untuk mendapatkan berat yang ideal.

"Saya mungkin perlu turun dua atau tiga kilogram lagi untuk dapatkan berat sebelum berkahwin," ujarnya.

Menurut Aurel, suaminya iaitu Atta Halilintar meminta agar dia berhenti menurunkan berat badan kerana bimbang dengan kesihatan isterinya.

"Suami memang sudah banyak kali nasihat jangan terlalu kurus tapi biasalah perempuan pasti nak lebih kurus," luahnya.

Sebelum ini, penampilan Aurel yang berisi sering kali menjadi bahan ejekan netizen.

Screenshot 2025-04-28 083819.png

Disebabkan kata-kata negatif itu membuatkan Aurel tekad untuk menurunkan berat badan selepas melahirkan anak keduanya.

Untuk rekod, Aurel dan Atta, 30, berkahwin pada 2021 dan pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Ameena, 3 dan Azura yang kini berusia 1 tahun.

Sumber : mStar




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 28-4-2025 09:46 AM
Proses dia kurus tu laju sangat, so nak speku. Tak mungkin biatric but she has done something la.

Kesian sheols stress nak kurus, maknya bukan main complaint sheols tak jaga badan. Padahal atta ok jah bini gemuk
Quote Nuyak 28-4-2025 12:08 PM
Better dia kurus..bila gemuk dia nampak tua dari usia...
Quote fofuler 28-4-2025 01:34 PM
Biasa lah tu lepas bersalin jadi gemuk, kalau dia orang awam biasa tak kisah sangat, ini sebab mak dia KD yang sentiasa penampilan terbaik, jadi netz pun sedap jelah nak compare. Tabahlah dik
Quote dewi_rina 28-4-2025 02:35 PM
Sebelum mengandung berat dia berapa?
Quote prince_marhaen 28-4-2025 02:43 PM
kurus ke gemuk tetap muka indon pekat ye...
Quote KamikuP 28-4-2025 02:45 PM
Sapo ni acik tak kenai..dari negara konoha kah?

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2025 01:05 PM GMT+8 , Processed in 0.057091 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top