CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Bekas suami Kim Seri ditahan kes penipuan pakej pelancongan Korea

28-4-2025 08:50 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1033| Komen: 13|Original author: Raline



Screenshot 2025-04-28 084136.png

POLIS menahan bekas suami kepada pempengaruh yang dikenali sebagai Kim Seri berhubung siasatan terhadap kes penipuan pakej pelancongan ke Korea Selatan.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, suspek berusia 41 tahun itu merupakan pemilik akaun yang digunakan untuk menerima pembayaran daripada mangsa yang terpedaya melalui promosi di aplikasi TikTok.

"Suspek ialah pemilik akaun kepada sebuah syarikat yang digunakan untuk menerima bayaran daripada mangsa yang didakwa terpedaya dengan tawaran pakej pelancongan itu.

"Tangkapan pertama terhadap suspek dibuat pada 21 April lalu dan dia kini masih dalam tahanan polis Johor untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Kumar berkata, semakan mendapati lapan kertas siasatan dibuka berhubung akaun terlibat di beberapa daerah, termasuk Johor Baru Selatan, Kota Tinggi, Seri Alam, Iskandar Puteri, Muar dan Kluang.

"Kertas siasatan akan diserahkan kepada pejabat timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut," katanya.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, yang membawa hukuman penjara selama tempoh tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun serta sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Kumar juga berkata, suspek dipercayai turut terlibat dengan modus operandi sama di kontinjen lain.

"Siasatan terhadap kes itu diteruskan," katanya.

Sumber : mStar




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 28-4-2025 09:44 AM
The real bekas bini setan
Quote Nadiabella 28-4-2025 09:50 AM
Kalau dia betul lah dia jadi scapegoat, memang busuk betul si kim seri. Sekarang senang2 kim seri bina hidup baru.
Quote Sesuatu… 28-4-2025 09:39 PM
Ade baca katanya ex laki yg scam psl investment restaurant, seri scam psl TA. Aku nk dgr ape hasil siasatan pulis…kalu innocent ex nya moga dibebaskn segera la. Kesian anak2…
Quote Carcosa 29-4-2025 11:05 PM
Binatang apa Kim Seri ni hoiii?
Quote Zeelalala 30-4-2025 02:26 AM
Baca kat IG kakak sulung bekas laki dia, teruk juga scam si kimark tu buat. Ex dia kene seksyen "keldai akaun" bukan penipuan
Quote JahLupa 1-5-2025 12:37 AM
Dia mcm xde hati perut ek. Mangsa2 scam tu dah kire tolak tepi dah. Mmg dia x kisah pun. Tp ni ex husband kot. Org penah tdo sekatil sebantal. Bapak anak2 dia. X pikir ke camne anak2. Dah la dia pun x kisah kat anak. Harap bapak nak jaga anak. Ni bapak pun kat dalam dah.
Quote tukul 4-5-2025 01:37 PM
Kim seri ni macamana kisahnya boleh duduk di Korea ni eh...
Quote fattymah 5-5-2025 05:55 AM
tukul replied at 4-5-2025 01:37 PM
Kim seri ni macamana kisahnya boleh duduk di Korea ni eh...

Dia asalnya cikgu.. pastu dapat biasiswa kpm ke apa ntah belajar bahasa korea konon esok bolehla jadik cikgu bahasa korea.. tapi topik pun fail banyak kali.. dah kena panggil balik tu asalnya
Quote tukul 5-5-2025 07:59 AM
fattymah replied at 5-5-2025 05:55 AM
Dia asalnya cikgu.. pastu dapat biasiswa kpm ke apa ntah belajar bahasa korea konon esok bolehla j ...

Chittt...perabis duit negara je anto org gini belajar..
Quote Kuin-Kepam 5-5-2025 08:35 AM
Kimak sesuai dgn nama gituu
Quote fattymah 5-5-2025 08:41 AM
tukul replied at 5-5-2025 07:59 AM
Chittt...perabis duit negara je anto org gini belajar..

TOPIK tu cam ielts ha.. kena pass untuk enroll univ korea.. iols tak paham awat gomen tak hantar dulu masuk intec ke unikl sebelum terus p sana.. bo gak ah pada pandangan iols.. at least nak hantar bagila lepas topik tu band 4.. nih terus p hantar sana watpe
Quote fattymah 5-5-2025 08:43 AM
Resto tu iols ulam siaran ya dia bukan share partner.. owner sebenar pakai nama dia untuk marketing je kekdahnya
Quote Cpkay 5-5-2025 09:44 AM
sian ex nya kalau betullah teraniaya..
kabornya semua mangsa TA kim ni tak dapat lagi refund sesen pun..

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2025 09:03 PM GMT+8 , Processed in 0.580750 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top