CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hubungan dingin, Aliff Syukri tetap doakan kebahagiaan ibu

26-4-2025 04:20 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2315| Komen: 14|Original author: Raline


Screenshot 2025-04-26 151305.png

KONFLIK yang berlaku dalam keluarga usahawan Datuk Seri Aliff Syukri turut memberi kesan terhadap hubungannya dengan ibu.

Akui hubungan sedikit dingin, Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 38, tetap mendoakan yang terbaik buat ibunya iaitu Rozita Ibrahim.

"Sejujurnya hubungan dengan ibu sedikit dingin.

"Adat dalam keluarga, ada pasangn surutnya. Apa yang penting dalam doa saya tidak pernah melupakan ibu," katanya kepada mStar.

Aliff mengulas tentang kekecohan yang berlaku selepas ada dalam kalangan keluarganya saling berbalas kenyataan di media sosial.

Isu ini berbangkit selepas Rozita mengumumkan kembali berumah tangga bersama seorang usahawan yang juga merupakan abang kepada pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam.

Sementara itu, Aliff sebagai anak berkata dia kurang bersetuju dengan beberapa kenyataan Rozita yang bercerita tentang perihal keluarga.

"Ada kenyataan yang tidak perlu ditularkan seperti katanya dia gagal mendidik anak-anak. Itu agak memalukan saya.

"Suami baru dia juga tahu sepatutnya perkahwinan ini tidak perlu dihebohkan. Sebagai anak saya agak sedih.

"Nak lawan lebih-lebih, dia itu ibu saya. Saya hanya mahukan yang terbaik untuk keluarga," jelasnya.

Dalam pada itu, Aliff juga memainkan peranan sebagai suami ketika isterinya iaitu Datin Seri Shahida turut terpalit dengan kontroversi yang berlaku.

Screenshot 2025-04-26 151407.png

Bagi dirinya yang dikenali, dia juga sedar setiap apa yang berlaku sering menjadi perhatian ramai.

"Isteri saya agak 'melatah' juga. Siapa senang kalau kena kecam? Saya tidak boleh nak burukkan lagi keadaan. Saya tenangkan apabila isteri sedang emosi.

"Apa yang berlaku ini bukan satu drama yang kami cipta. Ia berlaku secara kebetulan. Saya tidak mahu panjangkan dan keruhkan lagi keadaan. Biarlah masa tentukan semua," jelasnya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Piramida 26-4-2025 03:24 PM
Drama realiti....
Oklah tu... Netizen terhibur...
Org suka nak dengar hal gaduh2 ko mengata aku.. aku mengata ko..
Barang2 korang jual pun laris. Tahniah.
Quote nolya 26-4-2025 06:42 PM
Edited by nolya at 26-4-2025 06:43 PM

Apa yg sepatutnya tak perlu masyarakat dengar  telah pun terdengar.  OKlah, anggap sudah terlanjur/terlepas  cakap.  Lepas ni, jgnlah ulas-mengulas apa2 lebih2 lagi di socmed. Nak gaduh, nak bertengkar, biarlah di kalanga keluarga sahaja.
Wartawa pun, silalah hormati privacy kehidupan rumahtangga Bonda Rozita dn hubungan anak beranak dia.  
Walaupun Datuk Alif Shukri tigkahnya begitu, bukan bererti kita boleh tambahkan lagi keburukan dia. Kelakunya tak semenggah, berilah teguran yg munasabah.
Quote Purplehaz 26-4-2025 06:53 PM
tgh angau diulit cinta baru..mcm tulah , lama2 nnti baru la ada 'episod baru'.
Quote bottombikini 26-4-2025 07:11 PM
lama2 nanti laki yg ni pun akan dpt title laki tak guna jugakkk
Quote izzah_mia 26-4-2025 09:43 PM
hari ni nampak bonda join sukan sekolah anak dato aliff. ok dah kot
Quote acikonion 27-4-2025 02:58 AM
Ok, dh boleh senyap. Tutup buku. Bg laluan kt family lain pula. Haha
Quote QueenPlatypus 28-4-2025 02:42 AM
Ko bukak aib aku, aku bukak aib ko..
Hujung² marketing jual barang..
Dia sefamily kaya raya..
yang duk support kais la sana sini duk bagi gift..semak betol la founder² Malaysia ni..yihhhhhh!
Quote lipans 28-4-2025 09:53 AM
Business harumanis ok?
Quote prince_marhaen 28-4-2025 03:13 PM
Mak tengah seronok dapat lemang baru....menggelitis cikpek buat live jerit2 macam orang muda...
Quote Manusiabesa 28-4-2025 03:19 PM
Sbnarnya.... ni aturan tuhan. Sblum ni hg propa mcm2....cipta story gaduh sana gaduh sini ujung2 sbnrya content..... abis 1 malaya tertipu... dah engko syok sgt menipu... ujung2 tuhan izinkan benda yg hg permainkan selama ni jd kenyataan....jenuh la hg nk buktikan pulak kt netizen yg kalini bkn content.... jgn main2 sgt dgn sesuatu....kelak binasa... mkn diri... kerap sgt menipu....bila trjdi betul...org dh xpercaya....gitu aku tarbiyyah...

Bonda byk bercakap byk sakiti org lain. Jujur aku suka live bonda... penuh dgn ilmu..xbosan..dia xkn mmbawang psl org lain.... smua ilmu.. ilmu alam... ilmu hutan... herba...mcm2.. hasil titik peluh sndiri dpt menetap dkt ats bukit di pahang...aman2... tua2 pun ada hak nk cari kbhgiaan..kita blum smpai usia tu..kita xtahu rasa mcmana... suami baru pun sbnrya ok... segak energetik.

Xdak mana2 pihak yg salah. Adat dlm keluarga kejap ok kejap dingin. Esok2 comolot balik lah tu. Cuma adik2 kri yg masih kolej, sek men..ckup2 la main live tt... nth mcm bebudak ajak mmbe tingkatan 3 begaduh..... bkn level la nk fight dgn acik2 baya tin shida... huhu lawak betol.
Quote beatgirlX 28-4-2025 03:20 PM
Moga baik2 je family ni..moga kak yati plk lepas ni lembut hati pulak
Quote awenda507 29-4-2025 04:00 PM
Ntah kenapa nak berBonda2 pulak. padahal jual produk je pun. Tapi gaya terpaling tau pasal kesihatan. hmmm~
Quote azimodin 29-4-2025 04:21 PM
Aku bagi less than 5 tahun je si bunda denga VT temu ni. Lama2 mula la nampak keburukan suami pastu mintak cerai sebab nak cari kebahagian sendiri. Ulang2 gitu je la.. penangan banyak makan jamu agaknya.
Quote Namasayaomel 3-5-2025 02:00 PM
mak dia ni dr ke..i mean rozita ni...dia leh declare sakit eczema or sakit kulit boleh baik dgn product dia nyah...

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2025 01:08 AM GMT+8 , Processed in 0.037275 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top