CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Cerai Adira peristiwa hitam dalam hidup, Datuk Red anggap hukuman atas kealpaan

26-4-2025 04:20 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1201| Komen: 18|Original author: Raline


Screenshot 2025-04-26 151019.png

GENAP setahun penceraian, usahawan Datuk Seri Adnan Abu menganggap perpisahan dengan penyanyi Adira Suhaimi adalah satu peristiwa hitam dalam hidupnya.

Adnan atau mesra disapa Datuk Red, 47, berkata, dia menerima penceraian itu sebagai hukuman atas segala kekhilafan yang dilakukan sebelum ini.

Usahawan berkenaan turut mengucapkan terima kasih kepada Adira kerana sudah menjadi isteri terbaik dan memberi gambaran akan memperbaiki hubungan mereka selepas ini.

“Genap setahun peristiwa hitam (bercerai) saya, ini pengajaran dan hukuman ke atas saya yang alpa.

“Terima kasih Adira selama ini menjadi isteri saya. Semoga awak berbahagia dan yang penting sihat dan yang penting sihat untuk menjaga anak-anak saya. Saya akan kembali nanti,” katanya.

Adnan berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di TikTok miliknya.

Tidak hanya itu, penggunaan tanda pagar yang dimuat naik turut mendapat perhatian ramai menunjukkan kesungguhan Adnan membuktikan cintanya kepada penyanyi lagu Milik Kita ini.

Screenshot 2025-04-26 151043.png


Antara tanda pagar yang digunakan termasuk #sumpahakutakcarilain #tapitunggujodoh #misihabiskanjualanbaju #akutakakandudukdikerusitulagi #akuakankembalimenjadisuamiyangbertanggungjawab #jikatidakakurelamendude #wanitelainjanganteraiaku #akusucidansetia.

Pada Julai tahun lalu, Adnan meluahkan hasrat mahu berkahwin semula dengan Adira pada Aidilfitri tahun 2025.

Bagaimanapun, hasratnya itu tidak kesampaian atas faktor kewangan menjadi salah satu punca dia membuat keputusan untuk tangguhkan niat menikahi semula Adira.

Untuk rekod, Adnan dan Adira pernah berkahwin pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua, namun bercerai pada 24 April tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob yang kini berusia 3 tahun.

Perkahwinan Adnan bersama isteri pertama iaitu Datin Seri Sharifah Norshafil Hassim juga berakhir dengan penceraian pada 13 Mei tahun sama dan mereka dikurniakan luma orang cahaya mata.

Malah Adnan juga pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun namun bercerai selepas lima tahun bersama dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eyansss 26-4-2025 07:51 PM
asyik adira je…  bekas sorang lagi tu takde ke ko rasa menyesal ceraikan?
Quote mrsLucky 26-4-2025 07:57 PM
Edited by mrsLucky at 26-4-2025 08:49 PM

Datin Red tak terasa hati ker....owh ya..he nak guna Adira untuk dapat sales...
Dulu bukan he ada kes scam tanah ker?


https://www.mstar.com.my/spotlight/sensasi/2024/03/28/dakwa-kena-tipu-beli-tanah-rm60000-dengan-datuk-red-lelaki-ini-menyirap-kenang-ibu-keluar-duit-kwsphttps://www.mstar.com.my/spotlig ... bu-keluar-duit-kwsp
Quote MollyShannon 26-4-2025 08:22 PM
Sbb banker
Quote acikonion 27-4-2025 02:59 AM
Rasa mcm teringin nk tgk ex-wife lg satu merempan. Ekekeke
Quote Momohizan 27-4-2025 03:02 AM
Menumpang glamer ex wife dengan buat drama air mata boya. Geli
Quote makita 27-4-2025 02:39 PM
Dah menipu duit org, xkan la x terfikir akan dpt balasan dunia. Bajet inesen je neh
Quote MisXoXo 28-4-2025 02:33 AM
Kalau Adira terima mmg bodoh.boikot aja Adira ni.melalut kalau nikah tokred ni adira oiii..dah laahhh
Quote QueenPlatypus 28-4-2025 02:39 AM
Sape la yang bangang sangat duk support mangkuk² hayun yang hidup asyik bergantung dengan content je ni? Semak betul!
Quote timah03 28-4-2025 04:24 AM
eyansss replied at 26-4-2025 07:51 PM
asyik adira je…  bekas sorang lagi tu takde ke ko rasa menyesal ceraikan?

Tak ada la kot...
Yg first tu pun sblm cerai...selalu cakap besar...ckp dato red ni takut dgn dia...dia selalu cakap lepas je...garang...sekali kena cerai sekali...
Yg adira pula lemah lembut...
Quote Tiggybiru 28-4-2025 05:43 AM
Red
P la cari kerja red
Udah2 la tu up cerita ex bini nombor 2
Ex bini nombor 1 hang tu mcm kain buruk ka? Habeh guna tauk buang dlm tong sampah?
Quote missyL 28-4-2025 09:18 AM
Red ni asek sebut adira je haha
Bini2 lain yg kene cerai tu xde kesah la ye
Quote justchu 28-4-2025 09:32 AM
yg 2 orang lg kena cerai tu
peristiwa apa pulak?
Quote slyfynx 28-4-2025 09:40 AM
Maknanya adira ni yang ketiga la ye
1st 2 anak
2nd 5 anak
3rd 4 anak

Jenuh aih nak bayo nafkah (kalau bayar la tapi)
Quote Nuyak 28-4-2025 02:58 PM
Datin Red  kalau live kat tik tok pun nampk garang jee..
Quote eyansss 28-4-2025 06:54 PM
timah03 replied at 28-4-2025 04:24 AM
Tak ada la kot...
Yg first tu pun sblm cerai...selalu cakap besar...ckp dato red ni takut dgn dia. ...

hangin la yang bekas satu lagi tu...  dah la salahkan adira masa dia bakalan bercerai jugak...  pastu sekarang bekas laki sikit tak mention kemeranaan menceraikan beliau...  hehehe...
Quote MissVixen 28-4-2025 06:57 PM
Sebut nama adira je sebab itu je boleh ditunggang populariti untuk jual barang dan scam orang. Sekufu dua orang ni
Quote awenda507 29-4-2025 04:02 PM
Terpaling bercerai ke dia ni? Move on ajelah. klu dh tak mampu tu hidup jela sendiri cari duit bayar nafkah utk anak2. takyah nk sibuk nk remarried lg. drama lebih la
Quote bankerpencen 30-4-2025 06:25 AM
Dah la scammer, miang pulak. Beranak nak banyak2. Padan muka

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2025 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.118568 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top