CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Saya tak pernah guna nama Tok Ram untuk dapatkan dana-Alyah

26-4-2025 04:17 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 190| Komen: 1|Original author: Raline

al.PNG

"Saya tak pernah guna nama Tok Ram (Datuk Ramli MS) untuk dapatkan dana," kata penyanyi, Datin Alyah, 44, ketika ditanya sama ada dia menggunakan nama suaminya yang juga pengkritik dan penggubah lagu terkenal, Datuk Ramli MS untuk memohon Dana Kandungan Digital (DKD).

Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan berkata, dia akui pernah bertanya kepada suaminya itu mengenai cara untuk memohon dana DKD (kategori persembahan muzik) sebelum ini.

"Saya pernah tanya dia pasal dana tapi dia pula bertanya pada saya boleh ke untuk mohon dan apa syarat dan kertas kerjanya?

"Ramai artis yang memohon dana meletak nama Tok Ram tapi bila buat 'show' (persembahan) tiada pun nama dia," katanya ketika ditemui pada showcase An Evening To Remember with Ayu, Idayu & Alyah yang berlangsung di Park Inn by Radisson Putrajaya di sini.

Mengenai Tok Ram lagi, Alyah mengakui dari dulu sampai sekarang orang masih mengaitkan namanya dengan suaminya itu.

"Kalau dulu saya rimas bila orang asyik tanya pasal Tok Ram dan kenapa nama saya tidak boleh berdiri sendiri?

"Hakikatnya, memang dia suami dan saya kena akur perkara itu tapi usaha tetap kena usaha. Walaupun sudah berkahwin, saya tetap berusaha sendiri dalam industri muzik dan ia tetap tak berubah," katanya.

Alyah berkata, suaminya juga tidak terbabit dalam projek An Evening To Remember with Ayu, Idayu & Alyah.

"Sebagai isteri, memang saya ada beritahu dia mengenai projek bersama Idayu dan Ayu Damit ini.

Saya ada meminta pandangan Tok Ram tapi dia tidak terbabit dalam projek ini. Memang saya boleh letak nama Tok Ram kat depan untuk persembahan ini tapi saya tak gunakan.

"Projek ini cara saya kongsi rezeki bersama rakan artis dan saya mahu bekerjasama dengan artis yang sanggup susah senang dengan saya untuk menjadikan projek ini sebagai jenama," katanya.

Showcase An Evening To Remember ini akan berlangsung di Hotel Park Inn by Radisson Putrajaya selama dua hari pada 21 dan 22 Jun depan.

Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lovelytouch 25-4-2025 07:45 PM
Edited by lovelytouch at 25-4-2025 07:46 PM

Mmglah x dapat nak amik suami hang sbb bila mintak dana ke geran mohon 200 300k tp bukan dpt penuh apa yg kita mintak. Kdg dpt below the budget so terpaksa ler potong mana2 yg over terutama retis2 dgn rate kayangan dah kalau bayaran kau je half cost yg lulus.. Dlm paper mmg boleh segalanya indah dek non hakikatnya bergantung kpd final cost.. gitchu akaq nasihatkan tin yah

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-5-2025 11:43 PM GMT+8 , Processed in 0.040026 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top