CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Leona nak kahwin tapi jumpa lelaki perangai hauk

26-4-2025 04:17 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1412| Komen: 22|Original author: Raline

dt.PNG

Kasih Iris Leona meluahkan rasa kesal terhadap segelintir lelaki yang disifatkan tidak sesuai untuk dijadikan suami.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Leona melabel lelaki yang pernah menjalinkan hubungan dengannya sebagai sampah kerana sikap buruk mereka.

Tahu tak apa masalah yang sedang saya hadap? Semua lelaki yang saya date, mereka seperti sampah dan saya pun rasa mahu berhenti berdating.

Tetapi kalau saya berhenti berdating, macam mana saya nak kahwin? Adakah saya patut single sahaja dan tak perlu kahwin?

Dalam pada itu, gadis berusia 23 tahun tersebut menegaskan bahawa dia sangat bersungguh-sungguh untuk mencari jodoh dan mendirikan rumah tangga.

Saya akan bergraduasi dan tamat pengajian. Saya sangat serius untuk berkahwin tahun ini.

Saya tak kisah sangat tentang rupa paras tetapi apa yang saya patut buat bila personaliti lagi teruk dari rupa.

Sudahlah muka tak comel sangat, personaliti sampah pula. Macam itu rupanya standard lelaki sekarang.

Sementara itu, anak kepada aktor Azhar Sulaiman tersebut turut berkongsi nasihat daripada ibunya tentang mencari calon suami.

Jadi saya fikir tak perlu dan perbaiki diri sendiri sahaja, tetapi kalau tak pergi datang macam mana saya nak jumpa jodoh?

Mak saya kata, saya kena berusaha mencari seorang lelaki yang terbaik.

Terdahulu, Leona pernah memberitahu kepada umum bahawa dia berhasrat untuk mendirikan rumah tangga pada tahun ini selain mahu menjadi isteri sepenuh masa meskipun diusia yang sangat muda.

Sumber: OhBulan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukanyanyi 25-4-2025 07:27 PM
I feel u, leona. Umur2 mcm uols mmg mostly akan jumpa laki yg lahanat jilake je. Sudahnya, 3 series ler baru jumpe yg ok n kawen
Quote Farnor 26-4-2025 08:57 PM
Alahai Leona.. Tak perlu tergesa2 nak kahwin..biasalah awal2 20 an belum terjumpa yg sesuai.. Bila dah meningkat dewasa sedikit 20 ke atas baru.. U meet someone yg betul2 u rasa ok n sekepala. Guwe dulu pun nk kawin awai, juga tp kerana ada komitmen yg tinggi n hutang terpksa hold dlu hehe sbb tak nak terbeban lpas mendirikan rumah tangga.. Lewat dah kwin tapi takpe juga.. Rasa lega sedikit bila dah selesai semua..
Quote DARSITA 27-4-2025 08:14 AM

Orang lelaki yang awak kata sampah yang awak kata tak berguna itu tgk awak jenis murahan jadi salahkan la diri itu juga ya.

Cuba tak terdedah, cuba tak mengeletis pasti ada lelaki yang tak malu bawa awak jumpa emak ayah mereka utk dijadikan menantu.
Quote orkid_amani 27-4-2025 08:52 AM
Edited by orkid_amani at 27-4-2025 08:55 AM

Classmates yona takdak ka yg husband material tu? Aii pulak terjumpak husband masa sibuk buat assignment dekat KLIA sana dulu..gigih kn dari UiTM Shah Alam naik ke Puncak Alam masih ber assignment kat KLIA Mas kargo, Brahim Sky Chief catering, customer service MAS, tak sempat nk ke pilot training school dah terjumpak husband aii tengah training dekat CS MAS tp tuu laa husband aii dah confirm dia kena balik Penang..ingatkan boleh laa huha huha dekat KL rupanya airport Penang dok tunggu..tp sebetulnya dia classmate masa F4 dulu kitanya crush dgn org lain tp berjodoh dgn og lain
Quote slyfynx 27-4-2025 09:35 AM
Jap. Dgn berkata begitu, adekah anda sendiri berlian yang tergilap?
Quote Kancilkering 27-4-2025 09:57 AM
nak ready made husband material ….
Quote Piramida 27-4-2025 10:04 AM
Dari hari tu lagi dok buat advertisement nak kawin.. kawin.. kawin tak habis2...
Dah gatal betul badan dia nak merasa..

Tapi oklah tu ada stand nak yg mcm mana mcm mana kan... Idokklerrr main sauk atas reason I MUST get married... gitew...
Atau umur dah sekian sekian mesti kawin so belasah je sapa yg ada.

Tetek mu terlalu selambak ko dok dedah...Org yg jujur takut dan segan nak rapat kot.
Quote miamiot 27-4-2025 12:40 PM
Tak perlu desperate sgt nk nikoh. Jodoh tu akan dtg bila tiba masa
Quote cm_vungtau 27-4-2025 01:12 PM
Sebab pakaian kau macam nak terbeluak. Tu pasal yang pervert aje yang datang
Quote kaoru44 27-4-2025 02:17 PM
ntah la dik...doa byk2..kalau ditakdirkan rezeki mudah dpt jodoh,insyallah xlama dh tu..sama la mcm kita tengok org hat senang menikah sampai dua tiga kali kawen,tp ada jgk org hat xdpt2 nk kawen lg..walaupun sekali..ni secara umum la..xnak sentuh bab peel,n isu  lain
Quote Incanto 27-4-2025 03:51 PM
Pilih betul bettul laki yg boleh jadi yr soulmate

Jgn terdesak nak kawin cepat
Quote fattymah 27-4-2025 06:47 PM
Iols dengan anak nyembang camnala dia nak tahu laki tu sayang dia ke duit dia.. cam susahnya jadi leona
Quote gideoncross 28-4-2025 04:01 AM
Bru 23 thun dh busy hamak nak khwin, anak2 jaman now
Quote Minami2013 28-4-2025 06:25 AM
Dah nk graduate pun. Ok je nak kahwin lagipun dia perempuan.
Quote lipans 28-4-2025 09:47 AM
bapak dia kan maf14.
Quote kucingitam 28-4-2025 10:05 AM
jgn terbulu-bulu, yona.. enjoy your time first. berhati2 sebab org tau kau berharta, lelaki2 sampah tu aim reta kau je nanti...
Quote intan244 28-4-2025 11:14 PM
agaknya lelaki baik2x semua, kau bukan taste dorg. berusaha baiki diri.
Quote Lula2 29-4-2025 12:01 AM
Sesuai je umur 23 kahwin.
Parents dia pun kahwin umur2 macam tu.
Leona ni dah experience and achieve macam-macam. So okay je dia berusaha untuk jodoh dia.
Quote naina 29-4-2025 01:10 AM
Umur macam Leona ni la rasa menggebu2 nak kawen. Dah rasa nk hidup berpasangan. Nak shopping dgn husband. Duduk runah berdua dgn husband. Aku faham je sebab masa umur cmni pun aku dh ajak bf (now laki) kawen. Hormon tengah membara.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2025 11:02 AM GMT+8 , Processed in 0.123656 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top