CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Birthday ke-17, bapa hadiahkan Alyssa Dezek Proton X50

26-4-2025 04:16 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2112| Komen: 32|Original author: Raline

SA.PNG

Sempena ulang tahun kelahiran ke-17, penyanyi Alyssa Dezek menerima hadiah berupa kereta jenis Proton X50 daripada bapanya iaitu Hafidz Dezek.

Menurut ibu Alyssa iaitu Suzanne Sahri, suaminya memberikan hadiah kereta bagi memudahkan penyanyi berkenaan memandu sendiri untuk meneruskan pengajian di kolej nanti.

Malah, Suzanne berkata dia dan suami turut menghadiahkan nombor pendaftaran kereta bersempena dengan nama anak perempuan mereka itu.



"Ayah dia belikan kereta sempena hadiah hari lahir ke-17, jadi selepas ini bolehlah dia memandu kereta sendiri.

"Dia pun dah ada kereta Vellfire tetapi kereta baru ini lebih sesuai untuk dia bawa ke kolej nanti. Takkanlah nak bawa Vellfire besar sangat.

“Insya-Allah bulan ini dia akan ambil lesen memandu. Nombor plat kereta itu pun memang kami hadiahkan sempena nama dia,” katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat.

Dalam pada itu, Suzanne memberitahu sebelum ini Alyssa pernah menyatakan hasrat untuk membeli kereta baharu namun dia menasihatkan anaknya itu menghabiskan persekolahan terlebih dahulu.

Bagaimanapun, impian anaknya itu akhirnya direalisasikan dengan kejutan yang dilakukan di sebuah bilik pameran kenderaan di ibu kota.

“Sebelum ini memang dia ada berkongsi hasrat untuk memiliki sebuah kereta lagi. Saya cakap nanti tunggulah lepas habis sekolah.

“Jadi semalam (Khamis) selepas dia habis shooting drama, saya kata makcik dia minta tolong buat reviu kereta untuk content.

“Kami rekod video seperti biasa dan kemudian buat kejutan untuknya. Dia terharu sangat sebab tak sangka pula dia pergi tempat itu untuk ambil kereta,” ujarnya.

Pada Julai 2020, Alyssa atau Aryanna Alyssa membeli sebuah kereta jenis Toyota Vellfire menggunakan wang yang diperolehi daripada video-video nyanyian dimuat naik di saluran YouTube.

Ketika itu, Alyssa baharu berusia 12 tahun dan keputusan membeli kereta tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen.

Segelintir netizen menganggap, tindakan ibu bapa penyanyi berkenaan membeli sebuah kereta adalah tidak wajar berikutan pendapatan tersebut seharusnya digunakan untuk tujuan pelaburan masa hadapan.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JunkMail 25-4-2025 08:30 PM
Kau dgn bapak kau both acik tak kenal dikk.
Quote hmmlantakko 26-4-2025 07:53 PM
duit ayh kau ke dikkk??? kesahhh pulak aku dgn budak dagu ni
Quote hmmlantakko 26-4-2025 07:53 PM
duit ayh kau ke dikkk??? kesahhh pulak aku dgn budak dagu ni
Quote slyfynx 26-4-2025 08:49 PM
Alyssa Dezek
Suzanne Sahri
Hafidz Dezek

Sape 3 3 orang neh?
Quote sayawifenikmie 27-4-2025 12:42 AM
saya + suami kiranya dah dekat 12 kali kot belikereta .. semua kereta baru .. hampehhh sekali tak pernah dapat reben besor ni ...
Quote acikonion 27-4-2025 03:10 AM
Dh 17 tahun dh rupanya budak ni…
Quote DARSITA 27-4-2025 07:28 AM

Ini la sepatutnya parents yang berkemampuan buat. Belikan kereta utk anak .. tak bayar penuh tolong bayarkan duit down payments pun cukup. Jangan la kedekut dgn duit dan biarkan anak ambil loan 9 tahun mcm anak Abby.

Quote kucingitam 28-4-2025 11:00 AM
tahla..product apa kau dik? eh..apa product kau, dik?
Quote ibu_haritz 28-4-2025 03:49 PM
17th dah boleh buat lesen keta ke?
Thn lps anak iols nak buat tak boleh..
Tak cukup umur..
Quote belilies 28-4-2025 04:16 PM
Sibuk je NYETIZEN komen situ suruh makpak alyza ni melabur ke tempat lain. Eh ko laburlah senirik duit tu tapayah nak sibuk duit org. Geram pulak iols walopun tak kenal budak ni sapa.
Quote selipar_hijau 28-4-2025 04:26 PM
tak kenal wei sape ni adakah aku ketinggalannnnn
Quote KamikuP 28-4-2025 04:48 PM
Ya amporn... ko dan mak bapak ko siapakah dek? Acik x kenal langsung sampai berita ini boleh masuk dalam forum Cari nih.. huhuhuhu
Quote shernazz 28-4-2025 07:08 PM
Takpelah
Iols kenal dia neh
Suka main ukulele kat youtube
Iols.kenal dalam.forum.ni juga..masa tu dia kecik lg..sekolah rendah

Iols.okay je sebab nampak dia takde kontroversi sgt...
Dia nyanyi lagu nyam nyam kan?
Quote mzzenma 28-4-2025 08:15 PM
dia nyanyi lagu kami raya genz apa tu kan

lepas tu ada acik tiktok rupa mcm sheolls..yg suka pakai eyeshadow terang2

btw ok lah tu parents belikan kereta local je sbb dah ada vellfire seketol
Quote pocongkiutss 28-4-2025 08:24 PM
bukan ke dulu dia beli vellfire..i mean budak ni yg beli hasil income youtube dia
Quote pocongkiutss 28-4-2025 08:25 PM
kucingitam replied at 28-4-2025 11:00 AM
tahla..product apa kau dik? eh..apa product kau, dik?

youtuber kanak2 sisthur

yindon bnyk minat budak ni
Quote honeybee1802 28-4-2025 08:33 PM
pocongkiutss replied at 28-4-2025 08:25 PM
youtuber kanak2 sisthur

yindon bnyk minat budak ni

Ms kecik2 berlakon kan dak ni..comel ms tu..boleh nyanyi boleh main alat muzik..tapi tatau la buat album idoo
Quote Glass_shoes 28-4-2025 08:34 PM
[youtube]TQakdFNBjac?si=fQljsuJ6SP3Hs2By[/youtube]
Quote pocongkiutss 28-4-2025 09:25 PM
honeybee1802 replied at 28-4-2025 08:33 PM
Ms kecik2 berlakon kan dak ni..comel ms tu..boleh nyanyi boleh main alat muzik..tapi tatau la buat ...

Ada buat album indo ke? Yg pastinya yindon bnyk komen kt youtube dia dulu2..hehe.. peminat gitew

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-5-2025 11:41 PM GMT+8 , Processed in 0.050657 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top