CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pasangan tunang ‘lalok’ curi duit tabung surau, pecah kedai dicekup

25-4-2025 11:30 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1165| Komen: 13|Original author: tatod

1000022327.jpg



KLUANG – Sepasang kekasih dicekup polis awal pagi hari ini selepas dipercayai terlibat dalam beberapa kes jenayah termasuk mencuri duit tabung surau serta pecah masuk kedai di sekitar daerah ini.


Pasangan berusia 21 dan 22 tahun itu diberkas kira-kira pukul 1 pagi di Ladang Sungai Kluang, Jalan Padang Tambak di sini.


Difahamkan, mereka menjalankan ‘kerja’ itu sebagai modal membeli dadah serta simpanan untuk berkahwin.


Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, hasil semakan rekod lampau mendapati tangkapan suspek lelaki mempunyai enam rekod berkaitan jenayah dan tiga rekod berkaitan dadah.


“Suspek wanita pula mempunyai dua rekod berkaitan penyalahgunaan dadah.



“Saringan air kencing mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Tambah Bahrin, kes disiasat bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan kedua-dua suspek direman selama tujuh hari sehingga 1 Mei depan.


Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi IPD Kluang di talian 07-7784222, 07-7784256 (direct line), 07-7766822 (hotline) serta 014-3656822. – KOSMO! ONLINE



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SalenaGomez 26-4-2025 12:19 PM
Couple mcm ni kalau kawen n ada anak, mmg kesian laa anak2 nya tu. Maybe terbiar, jadi gangster ke. Hope jab agama tgk juga kelayakan latar belakang pasangan. Kalau yg gini, baik x yah lah, kesian kat anak2 yg bakal lahir nanti
Quote glump 26-4-2025 01:02 PM
Edited by glump at 26-4-2025 01:11 PM

macam pengasuh cucu tu lah..akak tu membela sorang anak perempun berusia 7 tahun di diabaikan oleh maknya. lahir budak  tu mak buat tak tau, nenak tak larat nak jaga ..si pengasuh ni kesian bantu2 si nenek , sekali nagan nenek ngan mak lepas tangan. biar je budak tu kat pengasuh ni jaga sampai dah masuk sekolah. budak ni lahir sbg anak tak sah taraf ..masa umur 5 tahun mak dia kahwin ngan bapak budak tu..sekali tak sampai 6 bulan cerai. sampai sekarang kesian budak tu masih dok ngan pengasuh sampai skrg.
Quote Decaffeinated 26-4-2025 01:21 PM
Aku tak faham kenapa dorang gigih juga nak kawin, untuk menghalalkan jimak is it?
Quote sukacactus 26-4-2025 09:23 PM
Wah! Ada jg niat tu nak menghalalkan hubungan
Quote B40tastePosh 26-4-2025 09:31 PM
Adoiiii...ko pergi pejabat kadi jelah bodohhhh.

Gigih kumpul duit nak berhantaran kenduri bagai.

Nak jemput penagih dadah dan staf AADK lain datang kenduri ke camne???

Serious tak paham
Quote B40tastePosh 26-4-2025 09:34 PM
Konferm acik tak pergi kenduri korang sebab suudzon dalam nasi minyak kau dan gulai kawah kau ada daun ganja
Quote Kitty_catz 26-4-2025 11:25 PM
wahh hat fomfuan tu free hair ye. jaga2.. sure kena hencap 3x ganda uii dr ahli2 nurakajen
Quote acikonion 27-4-2025 03:15 AM
Sekufu
Quote _blackbird 27-4-2025 08:56 AM
Nasihat utk taik2 dadah. Jgn kahwin, mereka lebih sesuai co-living je. Nnt pas kahwin tak best. Percayalaaaahhhhhh. Sekian
Quote KamikuP 29-4-2025 11:37 AM
Pompuan rempit untuk lelaki yg rempit.. gitulah cuolls
Quote midori888 29-4-2025 11:52 AM
woww..match made in heaven...
Quote azimodin 29-4-2025 04:49 PM
Dua2 taik dadah, sibuk nak kawen. Kalau x kawen pon nanti saling membonceng jugak. Pastu beranak macam tikus. Mencuri lagi.... Nanti kena tangkap guna alasan ada anak untuk mintak hukuman ringan. Koser
Quote B40tastePosh 29-4-2025 06:09 PM
azimodin replied at 29-4-2025 04:49 PM
Dua2 taik dadah, sibuk nak kawen. Kalau x kawen pon nanti saling membonceng jugak. Pastu beranak mac ...

Lepastu Majistrate muka macam kaki ketum terharu sedih bagi kurang hukuman.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2025 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.035024 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top