CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Majikan balas dendam, bayar gaji terakhir dengan syiling

25-4-2025 11:30 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1024| Komen: 5|Original author: tatod

1000022355.jpg


Taipei: Seorang bekas pekerja kedai minuman di Taiwan menerima gaji terakhirnya sebanyak NT$6,972 (RM938) sepenuhnya dalam bentuk syiling, susulan perselisihan dengan majikannya.


Wanita berusia 19 tahun dikenali sebagai Liu berkongsi di media sosial bahawa selepas meletakkan jawatan, dia menerima gaji terakhirnya dalam beg plastik mengandungi syiling daripada majikannya di Tainan, lapor South China Morning Post.

.

Menurut laporan EBC News, syiling itu terdiri daripada syiling NT$1, NT$5 dan NT$10 dan mengambil masa hampir sejam untuk dimasukkan ke dalam bank.


"Saya dapati NT$20 (kira-kira RM2.69) tidak cukup dan apabila saya bertanya kepada majikan, dia bergurau dengan orang lain, 'ada pengemis datang, beri dia NT$20'," kata Liu.



Majikan kedai itu mempertahankan tindakannya dengan menyatakan ia adalah bentuk 'pendidikan mengejut' terhadap Liu yang menurutnya mempunyai sikap buruk terhadap rakan sekerja dan sering ponteng kerja.



"Saya beritahu dia, apabila kita bekerja, kita perlu hormat orang lain dan berkomunikasi dengan baik. Tapi dia jawab dengan acuh tak acuh, katanya dia tak sabar sebab baru bangun tidur," ujar majikan itu kepada TVBS News.


Majikan berkenaan turut mendakwa Liu meminta pendahuluan gaji walaupun baru bekerja sebulan, dan tidak hadir tanpa makluman selama tiga hari.


Dia juga menggesa supaya undang-undang buruh di Taiwan dikaji semula dengan menekankan bahawa pekerja juga perlu bertanggungjawab atas sikap mereka.


Wanita itu turut mendedahkan bahawa majikannya menawarkan untuk menukar syiling kepada wang kertas jika dia memohon maaf, namun Liu menolak tawaran terbabit.


Menurut Li Xuanchang, Pesuruhjaya Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Biro Hal Ehwal Buruh di Tainan, secara teknikalnya, majikan itu tidak melanggar undang-undang buruh.


Katanya, ini kerana pembayaran tidak ditangguh atau dikurangkan, namun pendekatan itu jelas tidak beretika dan tidak bertimbang rasa.


Kes itu mengundang kecaman meluas rakyat Taiwan dengan ramai yang menyelar tindakan majikan berkenaan sebagai menghina dan tidak profesional.- HARIAN METRO





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 26-4-2025 01:32 AM
Bagus, majikan mendidik.

Kita bila bekerja adab dan komunikasi kena jaga...hubungan sosial kena jaga
Quote Carcosa 26-4-2025 05:11 AM
Mula2 mcm nak maki majikan.
Dah baca abis, terus rasa nak pijak2 je muka budak tak guna ni. Anjing pemalas! Dahla miskin, attitude mcm kaulah billionaire. Kurang ajar plk tu. Sepatutnya kau dpt taik je dlm plastik tu.
Bagus majikan tu! At least dia tak langgar undang2.
Hina je dia! Hahahhaha padan muka kena panggil pengemis.
Quote Mary_jane 26-4-2025 07:45 AM
Padan muka.
Quote supernaturalee 26-4-2025 10:23 PM
Teringat Erma byr Saman guna duit syiling

Quote hyie 27-4-2025 01:16 AM
patutnya bagi NT$1 je semuanya duit syiling kalau kita bank in kat bank, akan kena caj sikit.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2025 05:35 AM GMT+8 , Processed in 0.033503 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top