CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Terlanjur cakap petik nama Jamal Abdillah, Farid Kamil dah minta maaf tapi tak dilayan

25-4-2025 11:29 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1759| Komen: 14|Original author: Raline


fd.PNG


Menyesali tindakannya, pelakon Farid Kamil sudah pun membuat permohonan maaf kepada Datuk Jamal Abdillah selepas terlanjur cakap memetik nama penyanyi tersebut dalam satu rakaman podcast sehingga menerima kecaman ramai.

Kata Farid atau Farid Kamil Zahari, 44, penyanyi legenda itu juga sudah membaca mesej yang dihantar, namun  sehingga kini masih belum menerima respons balas.

“Sejujurnya video itu saya telah arah untuk turunkan kerana keterlanjuran saya bercakap. Saya menyesali jalan cerita yang saya kongsikan itu.

“Saya sudah pun berhubung dengan Datuk untuk penjelasan dan permohonan maaf. Dia sudah baca, tetapi tiada respons. Saya akui silap,” katanya kepada mStar.

  

Farid berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa sesi sidang media selepas Majlis Tayangan Perdana Filem Telaga Suriram di Dadi Cinema Pvillion, Kuala Lumpur pada Khamis.

Sebelum ini, tular satu video temu bual Farid Kamil yang memetik nama Jamal dan ia dikaitkan dengan barangan terlarang.

Dalam perkembangan lain, Farid membintangi filem Telaga Suriram yang bakal ditayangkan bermula 1 Mei ini.

Selain Farid, ia turut dibintangi oleh Nabila Huda, Maya Karin, Ellie Suriaty, Scha Alyahya dan ramai lagi.

Sumber: mStar



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 26-4-2025 05:25 AM
Mat dadih hurt perasaan bekas Mat dadih tua.
Dua2 boleh pegi jahanam. Aku mmg tak laluhhhh dgn sampah2 dadih ni. Diorang ni semua taik dan waste of space.
Quote mizzmimi 26-4-2025 07:37 AM
Lenkali petik nama sendiri je lah..
Quote Barebow77 26-4-2025 07:41 AM
Adik kecik tag abg besar la nie kekdahnya..hehehe..kau nie pon parid..nak busuk sensorang dah lah..nak jugak celet taik kat orang lain bagi busuk bersama together gether..
Quote zehra2 26-4-2025 07:51 AM
yeah alumni yang tak teringin nak join
Quote Orix 26-4-2025 08:17 AM
Sejak pegang watak bangnon, makin menjadi2 bioll dia
Quote Orenn1 26-4-2025 08:27 AM
Dia ni kan dulu dia petik nama sol, ni nama tok jamal pulak. Aku ada tgk podcast tu kat tt, mmg selamba je dia guna nama org tu utk gambarkan benda tak elok sampai anak jamal dtg komen. Agak2lah kan tok jamal tu mcm dah lama nmpk ok je, takde pulak nmpk laluk2 ke apa
Quote rukia2 26-4-2025 09:00 AM
Orenn1 replied at 26-4-2025 08:27 AM
Dia ni kan dulu dia petik nama sol, ni nama tok jamal pulak. Aku ada tgk podcast tu kat tt, mmg sela ...

Dia sembang apetah??
Quote Orenn1 26-4-2025 09:02 AM

Sembang psl pengalaman dia kena tangkap polis tu lah. Tapi klu tgk kat situ pun nampak dia yg pelik mcm ambil brg cara cakap
Quote Prickford 26-4-2025 10:07 AM
Bongok FK ni. Belajar tinggi, ada bakat, rupa pon elok, main taik buat apa. Ingat la dulu Tok Ram penah tegur Zamani pasal ada bakat tapi waste kan (pepaham la Zamani dgn hal mendadih dia tu). Ni sama la dgn FK, waste apa yg Allah dah bagi.
Quote noor2 26-4-2025 10:16 AM
Jamal kan ego tinggi...silap la petik nama beliau
Quote nolya 26-4-2025 02:08 PM
noor2: Jamal kan ego tinggi...silap la petik nama beliau


Dlm situasi apapun, sangat tidak beretika kita memetik nama orang lain utuk dikait2kan dgn khilafan kita, sekalipun orang itu pernah khilaf yg sama. Mana tau orang yg disebut sudah insaf, bertaubat, dn move on kpd kehidupan yg lebih baik. Yg ko pergi petik nama orang tu buat ape.  Silap besar tu.
Quote azimodin 26-4-2025 02:52 PM
I pon rasa x perlu la nak petik nama pengguna dadih yang lain. Tok Mal dah la public figure, ada family pulak tu. Nak cerita pasal hal sendiri, silakan. Ameng dulu pon ada cerita pengalaman kena sebat kan, tapi dia x petik nama retis lain
Quote sleepandream 26-4-2025 06:21 PM
podcast yang mana chuols tepek la sini...
iols penah tengok podcast heols jd guest heols kata heols mula2 jadi pemes org kenal start heols berlakon dgn siti dalam klip muzik video
Quote Carcosa 27-4-2025 10:05 PM
sleepandream: podcast yang mana chuols tepek ...


Nah chuols. Meols tgh rajin ni
[tiktok]7486346950934072594[/tiktok]

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2025 12:56 AM GMT+8 , Processed in 0.088418 second(s), 43 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top