CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Setahun lebih Halim Othman tidak jumpa Myra, mahu berbaik semula

25-4-2025 12:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1378| Komen: 14|Original author: tatod

1000021262.jpg



Kuala Lumpur : Pengacara dan bekas penyampai radio popular, Halim Othman mendedahkan sudah setahun lebih tidak berjumpa anaknya juga pelakon, Myra Natasya.


Halim atau nama sebenarnya, Abdul Halim Othman, 60, berkata dia masih berusaha dan meluahkan hasrat untuk berbaik semula dengan anak perempuannya itu.


"Tidak ada 'constant contact' (kerap berhubung) tapi saya ada hantar mesej kepadanya dengan harapan kita akan berjumpa untuk memulihkan semula hubungan.


"Sudah satu tahun lebih kami tidak berjumpa. Saya berikan dia peluang. Bagi dia bertenang dan ruang untuk kami berbaik semula," katanya.


1000021263.jpg



Hubungan dua beranak itu didakwa renggang selepas Myra atau nama lengkapnya Yusmyra Natasya Abdullah, 30, mengakui dirinya anak tidak sah taraf.


Malah Myra mendedahkan Halim dan ibunya iaitu Yusnita Omar tidak pernah berkahwin di Thailand seperti yang pernah diperkatakan serta mempersoalkan isu penamaan bapa dalam sijil kelahirannya.


Ditanya mengenai sambutan hari raya bersama keluarga, Halim memaklumkan sambutan Aidilfitri tahun ini baginya meriah apabila dapat pulang ke kampung halaman di Terengganu dan berjumpa seluruh keluarga.


"Saya tidak menyambut Hari Raya bersama anak tapi kami masing-masing ada mengucapkan selamat meraikan Hari Raya.


"Boleh dikatakan antara Hari Raya paling meriah. Saya pulang ke Terengganu 10 hari selepas Hari Raya," katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran treler filem Keluang Man di TRX, semalam.


Mengenai pembabitan dalam filem adiwira Keluang Man arahan Anwari Ashraf itu pula, Halim berkata sukar buat dirinya melepaskan peluang terbabit dalam filem hebat itu selepas pengarah memaklumkan akan mewujudkan satu watak khas yang diilham daripada identitinya.


"Macam mana untuk saya kata tidak apabila mereka katakan watak itu tidak ada siapa boleh buat selain saya sendiri.


"Jadi rasa sangat terharu dan terkesan dengan imaginasi Anwari Ashraf untuk meletakkan kenangan Malaysia pada tahun 1998 serta sekitar 2000 itu dalam filem superhero kita ini," katanya sambil mendedahkan beberapa watak akan mengimbau kenangan mengenai radio dan gayanya mengacara dalam filem adaptasi watak animasi popular 1990-an itu.


Tambahnya, dia dikehendaki berlakon dan ia bukan sesuatu yang mudah kerana perlu jadi watak dalam pemikiran teraju utama filem terbabit.


"Bukan mudah, ada dua watak berbeza dalam hero sebenarnya dengan salah satunya adalah saya tetapi gambar saya tiada dan hanya suara sahaja," tambahnya.


Mengulas sama ada pembabitannya itu sebagai kemunculan semula dalam dunia hiburan tanah air, Halim berkata sukar memberi penjelasan mengenai perkara itu dan menyifatkan melalui pengalaman menyeronokkan ketika bekerja dengan Anwari.


Keluang Man terbitan Astro Shaw menampilkan barisan pelakon hebat tanah air antaranya Nas Muammar Zar atau Nas-T, Datuk Remy Ishak, Datuk Rosyam Nor, Anwaar Beg Moghal, Shweta Sekhon dan ramai lagi.


Filem ini bakal ditayangkan di pawagam seluruh tanah air bermula 29 Mei nanti. - HARIAN METRO



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote L.U.S.M 25-4-2025 12:58 PM
Jantan sampah!!
Quote nuralisa 25-4-2025 02:18 PM
tak payah jumpa la
Quote cattiecute 25-4-2025 03:21 PM
anak ko tu dah bahagia ko takda
dari dulu kan ko takda
tiber nak claim lepas dia besar
memang kena bolayan la ko
apa function ko je
mak dia yang bela dia dari kecik sampai ke besor
kalau aku pun aku buat taktau je
nama ko pun takda dalam surat beranak dia
tiber nak claim balik
puiii la
Quote KamikuP 29-4-2025 12:53 PM
Dasar cret pastu tinggei.. very low down dirty shame on you HO
Quote makciktijah 29-4-2025 04:13 PM
nak berbaik buat apa? ko penyumbang sperma je. boleh menikah pun dengan dia. status bapa tu tak wujud pun la halim oii.
Quote Peachlilac 29-4-2025 07:19 PM
cattiecute replied at 25-4-2025 03:21 PM
anak ko tu dah bahagia ko takda
dari dulu kan ko takda
tiber nak claim lepas dia besar

kalau betul myra tu anak dot dot dot, halim takde hak nak tuntut  dia, claim dia as anak. myra tu bukan nasab keturunan dia pon kalau betul dia anak gitu. deep down, i kesian kat Myra ni
Quote scarflicious 29-4-2025 07:22 PM
soalan : maknya tu kahwen tak dgn uncle cina tu?
Quote sleepandream 29-4-2025 08:20 PM
salah teknik pujuk kot...
bgla hibah reta sikit kt myra tu siap2 dulu ke apa
Quote EncikRhoma 30-4-2025 10:34 PM
Dulu ingatkan HO ni ummah lemari sebab tak kawen2 sampai sekarang
Quote immortallez 30-4-2025 11:20 PM
Bila kau dah menua idup sorang tak ada isteri, tak ada anak, baru sibuk nak berbaik. Kesian kat Myra tu semua orang tau dia anak luar nikah. Bayangkan apa dia lalui masa kat sekolah bila cikgu2 & kawan2 tau status dia.
Quote jerukkedondong 1-5-2025 09:32 PM
tak sangka aku kau berzina smpai dpt anak pastu tinggal mcm tu aje..
Halim.. halim kesian arwah emak kau
Quote Fazzbulous 1-5-2025 09:39 PM
Allah nak tunjuk..fotostat abis muka dia...myra skrang keje apa eh?
Quote Joysparta 1-5-2025 11:18 PM
Igtkan bujang terlajak. Rupanya dalam diam dia buat kerja
Quote supernaturalee 2-5-2025 08:49 AM
kita putar halimmmmmmmmmm

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2025 07:40 PM GMT+8 , Processed in 0.048478 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top