AJAL maut, jodoh dan pertemuan semuanya ketentuan Allah.
Jadi, tidak semestinya orang yang cantik sentiasa 'laris' dan mudah untuk mencari pasangan hidup.
Begitu juga dengan insan berwajah 'biasa-biasa' kerana ada kalanya mereka yang lebih cepat berjumpa jodoh.
Di aplikasi TikTok, seorang wanita dikecam netizen selepas dia membangkitkan isu jodoh yang dikaitkan dengan rupa paras seseorang.
Dalam hantaran itu, dia membangkitkan persoalan mengenai rakan-rakannya yang dilabelnya sebagai tiada rupa, tetapi diberi rezeki mendirikan rumah tangga lebih awal.
"Kadang hairan dengan kawan-kawan yang senang je jumpa jodoh. Walaupun tiada rupa, tetap berkahwin.
Untuk dapat jodoh yang baik... cermin diri sendiri, perbaiki akhlak dan betulkan niat. - WANITA LAMBAT JODOH
"Kenapa diri ini susah sangat nak jumpa orang yang tepat? Tapi jumpa (lelaki) yang otak kuning, biawak hidup, pinjam duit dan tak reti menghargai," tulisnya.
Hingga kini hantaran video itu menerima lebih 110,000 tontonan.
Malah, ia turut dibanjiri teguran netizen terhadap wanita itu.

"Ayat 'yang tiada rupa pun berkahwin' merupakan jawapan kepada persoalan kamu. Perbaiki diri anda, Allah akan beri kalau kita dah bersedia dan sampai waktunya.
"Orang tiada rupa tu mungkin baik akhlak dan peribadi. Untuk dapat jodoh yang baik, cermin diri sendiri, perbaiki akhlak dan betulkan niat.
"Kenapa nak sebut pasal yang tiada rupa tu? Something wrong betul," tulis beberapa netizen.
Namun, ramai juga netizen yang memberikan sokongan dan meminta wanita itu bersangka baik dengan aturan Allah.
"Percayalah kita akan diuji dengan macam-macam jenis lelaki untuk pengajaran sebelum dipertemukan dengan yang tepat.
"Ada yang terbaik untuk awak, cuma masa belum tiba," komen netizen lagi.
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|