CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hati Abby Abadi dah tertutup, anggap langsung tak ada menantu

23-4-2025 08:00 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2235| Komen: 24|Original author: Raline

ab.PNG


Abby Abadi tidak lagi mahu menantunya iaitu Ahmad Aslam datang bertemunya untuk memohon maaf seperti diminta sebelum ini.

Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 48, sebaliknya menganggap tiada lagi keperluan untuk Aslam datang bertemu dengannya kerana dia tidak akan memaafkannya.

Malah Abby memberitahu dia tidak mempunyai menantu yang berstatus suami orang.



“Video siaran langsung yang saya kata suruh datang minta maaf itu tidak sah, ya.

“Jangan datang, tiada keperluan dan tiada maaf bagimu!

“Saya tiada menantu, lagi pula suami orang. Titik!,” katanya.

Abby meluahkan perkara itu menerusi hantaran di Threads miliknya pada malam Sabtu.



Bagaimanapun menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tetap berharap agar Aslam serta anaknya iaitu Marissa Dania Hakim tetap datang berjumpa dengan Abby.

Kata netizen luahan Abby itu sekadar rajuk seorang ibu dan jauh di sudut hati masih menyayangi anaknya.

“Tolong Marissa, sebelum terlambat. Bila ibumu bersuara maknanya masih ada peluang.

“Saya faham perasaan Abby, harap menantu dan anaknya datang memohon maaf atas segala kesilapan mereka,” tulis netizen di ruangan komen.

Sebelum ini Aslam, 26, tampil membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap Abby menerusi hantaran di Threads.



Bagaimanapun menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Abby meminta Aslam untuk menghadapnya di rumah dan memohon maaf secara berdepan.

Pada Selasa lalu, isu membabitkan mereka kembali hangat apabila Abby meluahkan rasa hairan ada pihak memintanya memohon maaf kepada madu Marissa iaitu Umisya Mazlan.



Marissa menerusi kenyataan yang dibuat pada Jumaat bagaimanapun memberitahu mahu mengambil pendekatan menyelesaikan kemelut keluarga secara peribadi dan bukannya melalui media sosial.

Untuk rekod, Marissa bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember 2023 tanpa pengetahuan keluarga.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote silampumeja 21-4-2025 09:57 AM
cantik dah baby si bongsu abby and normiang tu..harapnya menjadi harapan terbaik mama dik...sian jugak kat abby ni. banyak betul ujian keluarga untuk dia... tak tahu pun apa yg Tuhan siapkan utk dia..dia yang menanggungnya...mak mana lah kan tak sedih hadap benda mcm abby ni. kalau tak selebriti takpela.... ni selebriti pulak
Quote Kuin-Kepam 22-4-2025 11:53 PM
esok2 berbaik la tu.... org meniaga sembang. kan?
Quote doubleA 22-4-2025 11:59 PM
Harap markisa lebih bijak. Sementara mak ko masih ada. Mak tiri tak sama, takdanya dia kisah anak tiri nak terlungkup ke tertonggeng, dia pun ada anak kandung. Gen z ni pikir la panjang jangan pikir ego sendiri je
Quote ninja boy 23-4-2025 12:05 AM
Keluar cucu nnt comolot balik
Quote prince_marhaen 23-4-2025 09:29 AM
nasib baik tak jadi kena kenen kenen dengan anak akak nasi ayam paris tu... kemain menjual si markisa ni kekonon nak cucu mix...hujung2 markisa dah kena tebuk tupai grab masa underage lagi...
esok2 normiang ajak gi holiday menggelitat la bijik kak bakyah ikut anak beranak!
Quote KBW2 23-4-2025 09:34 AM
antara perangai toksik seorang mak, kalau anak tuh terbuka nak minta maaf dan perbaiki hubungan apsal kau tak sudi? dia ni mmg bodoh dan sendiri tak menjadi teladan yang baik untuk anak dia. so boleh paham kenapa juga tindak-tanduk anaknya sebegitu.
Quote Beribear 23-4-2025 09:48 AM
Paham jelah abby terluka, tp anak pon terluka jugak kalau mak nya kata dan doa buruk². Dah kahwin tu terima jelah. Aku anti dgn markisa ni sebab penyondol.. si selam tu pon aku geli. Tp kata² yg tak baik dari seorang mak sangat pedih ye.. buat anak tu lagi jauh je. Aku tak rasa lah markisa tu ada niat nak kurang ajar dgn abby, tp aku rasa markisa tu nak jalani hidup dia dgn tenang je sebab dah besar.. tak perlu kot mak nak tolong aturkan anak tu kena kawen dgn siapa² atau apa dia kena buat. So mak patut dah tua bangka patut lagi matang boleh berfikir. Ni tak ikut sangat lahh hasutan syaitan yg nak berpecah belah.. anak taknak dekat sebab nak jaga mental health dan nak circle yg positive je.. bukan toxic² ni
Quote apedehal 23-4-2025 10:06 AM
Kita kat sini boleh judge itu ini...yg hadap kak yebbi je tau sakit mcmana.. meol ni penah jumpa baik kak yebbi baik memey tu..so meol team kat yebbi..hahha tiber
Quote BoongaKertas 23-4-2025 10:11 AM
adik markisa lawa lg. muka mcm natural lawa. markisa memerlukan penataan lebih kan utk wajah sheols.
Quote cm_vungtau 23-4-2025 10:16 AM
Kalau ikut melayu, kawin tak payah mintak kebenaran mak Ni mulayu punya teori dia bawak turun temurun. Dulu Sol pun cakap benda sama masa dia lari ke Telen Ni pun Merkisa. Apa agaknya retis2 ni belajo bodo bebenor
Quote sangbara2020 23-4-2025 10:33 AM
kenapa byk sgt psl dia nih pdhal masalahnya satu itu je...fofuler sgt ke dia nih...rengsa iolls k
Quote Orix 23-4-2025 11:09 AM
Mesti yebby nyesal yakkmatt sbb berbaik sgat dgan ex. Udahnya sendiri tersakiti. Begitulah hidup. Moga kak yebby tabah
Quote vanilla_ice 23-4-2025 11:10 AM
aku tak paham kenapa tiba2 dia meroyan nak throwback, mulanya macamana??
yang aku tau tiba2 dia kata tak pernah bercakap dengan aslam....
Quote ashcroft86 23-4-2025 11:25 AM
Makin cantik abby ni. Semoga baik2 sahaja. Dugaan keluarga, esok2 ok la.
Quote nutcrack8 23-4-2025 11:48 AM
Menantu hantu die tu, kalo tau kisah mak mertua die, sure xkan buat mcm tu kat markisah.
Kisah hot kot mak mertua ngan bpak mertua die. Kalo x, xde la mak mertua p ungkit kisah2 dlm kain die. Die mcm tersakiti so sbb ko pon da berbini p bwk lari anak die kawin sempadan, ngan ngko2 skali kene.
Besele pompuan.

Yelah, kalo aku di tempt yebbi pon, mungkin aku pon x maafkan jantan tu.
Quote akies 23-4-2025 05:19 PM
Patut dr awal lagi ko biarkan je marissa dgn laki dia. Buat dek je. Lantak la kan sbb dh kawin.
Tanggungjawab skrg pada laki dia tu.
Pastu ko sibukkan diri dgn urusan lain.
Buat sakit mental je
Quote Alvida 23-4-2025 06:37 PM
akies replied at 23-4-2025 05:19 PM
Patut dr awal lagi ko biarkan je marissa dgn laki dia. Buat dek je. Lantak la kan sbb dh kawin.
Tang ...

Agak2 kalu berlaku kat  anak kau nanti biarkan. mcm tu gak ker mcm mana..anak org cpt sgt hukum kalu anak sendiri belum tentu
Quote mrsamz 23-4-2025 06:48 PM
agak agak marissa tu sendiri ada tak kisah hitam masa bawah jagaan maknya? mana lah tau kot kot ada apa apa kisah sebalik nya yang netizen tak tahu?
tanya jahhh..sis ebby kalau ada terbaca ni jangan la marah pulak meols just curious apa sebab marissa buat apa yang dia buat.
out of stupidity in teenage years atau pun sebab nak lepas dendam..ke apa apa je lah..mana lah kita tahu kan?
Quote L.U.S.M 25-4-2025 12:46 AM
Tertengok ank2 angkat dia 2P 1L dh mcm dia tgh cuba recreate blk masa utk besarkan ank..

Sebab dulu masa Danish Dania dgn sorg lg Danisha tu dia busy sgt berlakon, berpolitik dan berlari sambil kawin ramai ke

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-5-2025 12:24 PM GMT+8 , Processed in 0.056386 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top