CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shuib bayar gaji lantik anak jadi duta

23-4-2025 07:58 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1582| Komen: 20|Original author: Raline

sh.PNG


Shuib mempunyai alasan melantik anak ketiganya iaitu Ariq Matin sebagai duta restoran Nasi Bakar Bangkit.

Sebaliknya kata Shuib atau Shahmira Muhamad, 41, perlantikan itu secara tidak langsung sebagai proses pembelajaran buat Matin untuk bergelar usahawan berjaya satu hari nanti.

Malah Shuib berkata Matin menerima gaji setiap bulan atas usaha yang dibuat untuk menaikkan restoran tersebut.



“Bila saya cipta Nasi Bakar Bangkit ini dan letak Matin sebagai muka depan, ia secara tak langsung mengajar dia macam mana buat bisnes sebab dia memang minat bidang perniagaan.

“Pada awalnya anak saya ni malu untuk ke hadapan tapi saya kata dekat Matin yang dia ada tanggungjawab, dia juga terima gaji setiap bulan bukan buat percuma.

“Walaupun masih muda, apa yang dia buat sekarang adalah proses untuk dia berjaya di kemudian hari,” katanya kepada mStar.

Shuib berkongsi perkara itu ketika ditemui pada pelancaran restoran Nasi Bakar Bangkit di Cheras, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Sementara itu, Matin, 10, berasa seronok apabila bergelar duta dan diberi tanggungjawab menguruskan perniagaan bapanya pada usia muda.



Ditanya mengenai apa mahu dibeli dengan gaji yang diterima, Matin memasang impian membina sebuah masjid suatu hari nanti.

“Saya seronok dan gembira jadi duta, dapat pengalaman baharu belajar meniaga.

“Memang suka berniaga sebab boleh dapat duit… Saya jadikan Daddy sebagai idola.

“Bila sudah ada banyak duit, saya nak bina sebuah masjid,” ujarnya.”



Untuk rekod, Matin adalah anak hasil perkahwinan Shuib dengan Allayarham Siti Sarah Raisuddin.

Bagaimanapun penyanyi berkenaan meninggal dunia pada 9 0gos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Selain Matin, hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 13, Dzahira Talita Zahra, 12, dan Ayash Affan, 4 tahun.

Kemudian Shuib kembali bertemu jodoh dengan Watie Hanifiah pada Jun 2023.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jemahjacjon 21-4-2025 05:58 PM
Habis semua anak2 kne kerah.

Dah takde bnda lain ke boleh dijual?
Quote prince_marhaen 23-4-2025 09:23 AM
si ketot ni yang mulut cakap lepas suka buat henjut2 tu kan? habis kena kerah jugak ye, yang pompuan dah berjaya mencapub nyanyi konsert Ajai... yang sulong suka ketiak atok Sudin tak kena kerja ke???
Quote MistrezHermanaz 23-4-2025 11:48 AM
bg review pun nk merenyam..aiskrim bubblebee pun duk jual dlm kedai nasi bakar ni ye..tgk video mateen td
Quote MakcikTermenong 23-4-2025 12:12 PM
Penunggang..semua benda dia nak tunggang..
Quote amyfaha 23-4-2025 07:45 PM
Dia suka puji anak dia yg ni handsome. Eeeeeeee.. yeeeekkkk
Quote Haibara-san 23-4-2025 08:27 PM
drpd dia suh anak dia kje, baik dia sekolahkan dulu budak tu.. jgn ajar henjut2 je
Quote tigerads 23-4-2025 08:57 PM
pusing² masuk dlm rumah sama juga kisahnya...under 18 sapa kontrol akaun dia?
Quote 3chanceno 23-4-2025 09:58 PM
Gaji & kwsp pekerja yang tertunggak dah settle? #tanyajer
Quote exclusive_vvip 23-4-2025 10:35 PM
pelik jgk org buat bisnes asyik tukar2 ni..pandai bisnes ke tak?..sbb dlm family iols jenis survive buat bisnes yg sama..mcm my uncle kategori business tycoon jgk kat malaysia ni..core business dia cecah 40 tahun dah..business lain pun ada la..tapi yg utama tu mmg sama since 40 tahun lepas…pastu ayah iols contractor, since 30 tahun lepas..takde tutup buka bisnes..adik lelaki iols skrg pun jadi kontraktor, muda2 lagi dia dah amik lesen kontraktor utk buat projek2 di seluruh negeri..asalnya engineer pastu kekadang dia tlg ayah iols..skrg dia pun terjebak jd kontraktor..
Quote lostnfaun 24-4-2025 07:44 AM
Alasan nak anak jadi usahawan berjaya nnt mcm cliche sgt.

Dia nie kira dah senang jadi takde masalah utk anak² fokus pd pelajaran. Lain la mcm org yg nak bantu ekonomi keluarga so anak terjun ke bidang seni, untung sabut boleh la keluarga merasa senang sikit.
Quote Mekgadis16 24-4-2025 08:58 AM
Dik matin, dapat gaji jadi duta tu jangan lupa declare cukai bayar zakat tau. Jangan tak jalankan tanggungjawab macam hmmmm pandai2 la sambung
Quote azimodin 24-4-2025 11:19 AM
Bayar dulu caruman pekerja yang tertunggak. Maaf cakap la... Selagi dia "berhutang" dengan bekas pekerja tu, selagi tu la perniagaan dia akan kelaut. Bak kata makcik geng marhaban, hidup tak ada berkat
Quote babyorange 24-4-2025 02:47 PM
Die bkk bisnes mknn indon ni sbb tiru ajak la tu. Ajak kan tgh maju dgn bisnes Bumbu Babah nasi padang. Ajak pon guna ank pmpn die jd muka dpn bisnes die jgk. Sbb ajak kata anak die yg pencetus idea utk bkk bisnes nasi padang ni
Quote MistrezHermanaz 24-4-2025 02:50 PM
babyorange replied at 24-4-2025 02:47 PM
Die bkk bisnes mknn indon ni sbb tiru ajak la tu. Ajak kan tgh maju dgn bisnes Bumbu Babah nasi pada ...

nmpk sgt xde idea sendiri kan
Quote cattiecute 24-4-2025 04:02 PM
ada injet modal or kedai dobi ke ? haritu nak bukak sepah penyet tu
pastu restoran ni pula
2 restoran bukak dalam 1 masa ke?
Quote Kitty_catz 24-4-2025 06:40 PM
tunggeng selagi buleh

dulu arwah bini

skang hapgred anak2 pulak

buah kana dah potong elaun ke cemaner?
Quote JahLupa 24-4-2025 10:32 PM
Susah nak berkat kalau ada hak orang kita sekat. Buatlah bisnes apa pun.. bayar dulu hak orang
Quote anony-mous 25-4-2025 12:21 AM
X sangka ada org bodoh yg masih support soeb. Matin ni dlu mcm hensem jgk now dah arah rupa soeb.  Gitu je dia gula2 kan netizen bodoh dgn “jual” ank
Quote LadyCarefree 25-4-2025 12:48 AM
repot pejabat buruh. underage worker.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2025 04:29 AM GMT+8 , Processed in 0.042782 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top