CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 633|Reply: 9

Shuib bayar gaji lantik anak jadi duta

[Copy link]
Post time 21-4-2025 05:50 PM | Show all posts |Read mode


Shuib mempunyai alasan melantik anak ketiganya iaitu Ariq Matin sebagai duta restoran Nasi Bakar Bangkit.

Sebaliknya kata Shuib atau Shahmira Muhamad, 41, perlantikan itu secara tidak langsung sebagai proses pembelajaran buat Matin untuk bergelar usahawan berjaya satu hari nanti.

Malah Shuib berkata Matin menerima gaji setiap bulan atas usaha yang dibuat untuk menaikkan restoran tersebut.

  


“Bila saya cipta Nasi Bakar Bangkit ini dan letak Matin sebagai muka depan, ia secara tak langsung mengajar dia macam mana buat bisnes sebab dia memang minat bidang perniagaan.

“Pada awalnya anak saya ni malu untuk ke hadapan tapi saya kata dekat Matin yang dia ada tanggungjawab, dia juga terima gaji setiap bulan bukan buat percuma.

“Walaupun masih muda, apa yang dia buat sekarang adalah proses untuk dia berjaya di kemudian hari,” katanya kepada mStar.

Shuib berkongsi perkara itu ketika ditemui pada pelancaran restoran Nasi Bakar Bangkit di Cheras, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Sementara itu, Matin, 10, berasa seronok apabila bergelar duta dan diberi tanggungjawab menguruskan perniagaan bapanya pada usia muda.

  


Ditanya mengenai apa mahu dibeli dengan gaji yang diterima, Matin memasang impian membina sebuah masjid suatu hari nanti.

“Saya seronok dan gembira jadi duta, dapat pengalaman baharu belajar meniaga.

“Memang suka berniaga sebab boleh dapat duit… Saya jadikan Daddy sebagai idola.

“Bila sudah ada banyak duit, saya nak bina sebuah masjid,” ujarnya.”

  


Untuk rekod, Matin adalah anak hasil perkahwinan Shuib dengan Allayarham Siti Sarah Raisuddin.

Bagaimanapun penyanyi berkenaan meninggal dunia pada 9 0gos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Selain Matin, hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 13, Dzahira Talita Zahra, 12, dan Ayash Affan, 4 tahun.

Kemudian Shuib kembali bertemu jodoh dengan Watie Hanifiah pada Jun 2023.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2025 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Habis semua anak2 kne kerah.

Dah takde bnda lain ke boleh dijual?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2025 09:23 AM | Show all posts
si ketot ni yang mulut cakap lepas suka buat henjut2 tu kan? habis kena kerah jugak ye, yang pompuan dah berjaya mencapub nyanyi konsert Ajai... yang sulong suka ketiak atok Sudin tak kena kerja ke???
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2025 11:48 AM | Show all posts
bg review pun nk merenyam..aiskrim bubblebee pun duk jual dlm kedai nasi bakar ni ye..tgk video mateen td
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2025 12:12 PM | Show all posts
Penunggang..semua benda dia nak tunggang..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2025 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia suka puji anak dia yg ni handsome. Eeeeeeee.. yeeeekkkk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2025 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
drpd dia suh anak dia kje, baik dia sekolahkan dulu budak tu.. jgn ajar henjut2 je
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2025 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
pusing² masuk dlm rumah sama juga kisahnya...under 18 sapa kontrol akaun dia?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2025 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Gaji & kwsp pekerja yang tertunggak dah settle? #tanyajer
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2025 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
pelik jgk org buat bisnes asyik tukar2 ni..pandai bisnes ke tak?..sbb dlm family iols jenis survive buat bisnes yg sama..mcm my uncle kategori business tycoon jgk kat malaysia ni..core business dia cecah 40 tahun dah..business lain pun ada la..tapi yg utama tu mmg sama since 40 tahun lepas…pastu ayah iols contractor, since 30 tahun lepas..takde tutup buka bisnes..adik lelaki iols skrg pun jadi kontraktor, muda2 lagi dia dah amik lesen kontraktor utk buat projek2 di seluruh negeri..asalnya engineer pastu kekadang dia tlg ayah iols..skrg dia pun terjebak jd kontraktor..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-4-2025 03:28 AM GMT+8 , Processed in 0.596038 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list