CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kanak-kanak perempuan maut selepas terjatuh dari PPR

22-4-2025 02:31 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2844| Komen: 20|Original author: tatod

1000019790.jpg



KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat enam di kediamannya di PPR Batu Muda, Sentul, di sini, petang tadi.


Berdasarkan maklumat penduduk, kanak-kanak berusia dalam lingkungan 12 tahun itu dilaporkan sedang bermain bersama adik-adiknya di dalam rumahnya.


Seorang penduduk memaklumkan semasa sedang bermain, mangsa dilaporkan memanjat tembok sebelum terjatuh.


"Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap serta tidak sedarkan diri di bawah Blok C, sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.



"Berdasarkan kecederaan yang dialami, ada pendarahan pada bahagian belakang kepala," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.



Pemerhatian di lokasi kejadian juga mendapati tiada sebarang rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.


Sementara itu Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan menerima panggilan pada jam 2.24 petang tadi dan siasatan lanjut sedang dijalankan.


"Pada masa ini kes masih dalam siasatan dan untuk peringkat awal, kita klasifikasikan kes sebagai Kematian Mengejut (SDR)," katanya. - BH ONLINE



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sapeka 21-4-2025 06:20 PM
Lagi kes jatuh bangunan
Quote Decaffeinated 21-4-2025 07:00 PM
Jangan nanti ada yang bagi idea suruh wajibkan grill atas tembok pula.
Quote hiswife 21-4-2025 09:00 PM
Siannya.. salam takziah
Quote tahanie 21-4-2025 09:29 PM
Alahai anak
Quote akies 21-4-2025 11:26 PM
Panjat tembok ke dik?
Tau kan bahaya
Quote B40tastePosh 21-4-2025 11:35 PM
Senang sangat ke nak dapat anak???
Quote sukacactus 21-4-2025 11:41 PM
Bapak hantar ank blk dr skolah
Dah elok naik ats, waktu main tu la yg jatuh
Salan takziah buat keluarga arwah
Quote lanacondor 22-4-2025 02:52 PM
sukacactus: Bapak hantar ank blk dr skolah ...
Allah siannya.. mesti sedih bpknya.. Salam takziah buat keluarga mangsa
Quote afie_m 22-4-2025 03:23 PM
salam takziah utk keluarga mangsa..
Quote ninjago 22-4-2025 03:28 PM
Allahu sedihnya kes2 mcm nie. nape la main panjat2 tu dik.. moga mak ayah tabah & redha
Quote chikumanis 22-4-2025 03:30 PM
Allah...sedihnya la hai baca berita macam ni
Quote cikdot 22-4-2025 04:04 PM
12 tahun besar dah. patut dah boleh harap tengokkan adik2. tapi dia pulak manjat sampai jatuh. salam takziah
Quote misszazaz 22-4-2025 04:56 PM
Innalillah
Quote nisako 23-4-2025 03:54 PM
sedihnya
Quote pooh~key 23-4-2025 04:17 PM
Decaffeinated replied at 21-4-2025 07:00 PM
Jangan nanti ada yang bagi idea suruh wajibkan grill atas tembok pula.

Umurnya dah 12 tahun dah pun sister… kalau umur macam tu pun masih tak boleh fikir bahaya naik tembok, makna kata otaknya doesn’t fit untuk kehidupan mendatang jua sissy. My take is tak apa, nanti buat anak baharu jelah dan harapnya anak baharu itu well developed utaknya lah sissy.
Quote Decaffeinated 23-4-2025 04:40 PM
pooh~key replied at 23-4-2025 04:17 PM
Umurnya dah 12 tahun dah pun sister… kalau umur macam tu pun masih tak boleh fikir bahaya naik te ...

Think of it as natural selection sahaja lah sis puki. Cara alam semulajadi untuk upgrade dan upgrade keturunan.

Quote ifanonline 23-4-2025 04:47 PM
12 tahun ni sepatutnya able to take care the younger siblings
Quote IzzahF 24-4-2025 10:40 AM
dah besar budaknya
Quote IzzahF 24-4-2025 10:45 AM
kata jirannya lepas gaduh adik beradik, jiran lain plak cakap mana ada gaduh. ai rasa mebe dorang menjerit2 sbb nak terjatuh tu yg org igt gaduh

492099940_1212386530553578_443882533306645651_n.jpg

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2025 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.219003 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top