CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Transgender bukan wanita atau lelaki secara biologi – Mahkamah Agung UK

18-4-2025 11:15 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 947| Komen: 15|Original author: tatod

1000017687.jpg



LONDON: Keputusan bersejarah oleh Mahkamah Agung United Kingdom (UK) menetapkan istilah ‘wanita’ dalam Akta Kesamarataan 2010 merujuk kepada wanita dari segi biologi, bukan identiti jantina.


Lima hakim Mahkamah Agung termasuk Lord Hodge, membuat keputusan sebulat suara bahawa wanita dan jantina dalam Akta Kesamarataan bermaksud wanita dan jantina secara biologikal.


Dalam keputusan 88 halaman, hakim-hakim menyatakan definisi jantina dalam Akta Kesamarataan 2010 menjelaskan konsep jantina adalah binari iaitu seseorang sama ada wanita atau lelaki.


Keputusan ini boleh memberi kesan besar terhadap hak berasaskan jantina, termasuk pengurusan ruang eksklusif untuk wanita.


Pemimpin Konservatif, Kemi Badenoch memuji keputusan itu sebagai kemenangan untuk wanita dan menyatakan era di mana Keir Starmer (pemimpin Buruh) mendakwa wanita boleh menjadi lelaki sudah berakhir.



Kes ini bermula daripada pertikaian antara kerajaan Scotland dan kumpulan hak wanita For Women Scotland (FWS) mengenai definisi wanita dalam undang-undang Scotland yang mewajibkan 50 peratus perwakilan wanita dalam lembaga awam.


Isu utama adalah sama ada seseorang yang mempunyai Sijil Pengiktirafan Jantina (GRC) sebagai perempuan harus dianggap sebagai wanita di bawah Akta Kesamarataan.


Kerajaan Scotland berhujah mereka berhak mendapat perlindungan berasaskan jantina, manakala FWS mendakwa hak itu hanya untuk individu yang dilahirkan sebagai perempuan.


Keputusan Mahkamah Agung ini membatalkan keputusan mahkamah Scotland pada 2023 yang menyatakan bahawa mengiktiraf GRC sebagai wanita adalah sah di bawah Akta Kesamarataan.


Lord Hodge menekankan keputusan ini bukan kemenangan satu pihak ke atas yang lain, sambil mengingatkan komuniti transgender tetap dilindungi daripada diskriminasi di bawah undang-undang sedia ada.


“Akta Kesamarataan melin­dungi orang transgender bukan sahaja daripada diskriminasi berdasarkan ciri ‘penukaran jantina’, tetapi juga daripada diskriminasi langsung, tidak langsung, dan gangguan dalam gender yang mereka iktiraf.


“Di satu pihak iaitu wanita terdiri daripada separuh daripada populasi telah berjuang lebih 150 tahun untuk kesamarataan dengan lelaki. Di pihak lain, iaitu minoriti transgender sering menghadapi diskriminasi berusaha hidup dengan bermaruah,” katanya yang mengakui sensitiviti isu ini. - Utusan




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airfilterkotor 18-4-2025 04:26 PM
Ada kes bapok yang disumbat dalam cell pompoan, telah merogol banduan pompoan.
Kalau campak dalam cell lelaki, kawatir dia yang kena rogol.

Serupa hantu raya laa... ke kiri pun tak kena, ke kanan pun tak kena.
Terapung antara dua alam gitu.
Quote dani-rox 18-4-2025 10:54 PM
Benda paling basic dlm ilmu biologi pun kena bawak bincang kat court. Gitulah org jantan, dah tukar jadi betina pun terbawak2 sifat agresif dan entitled nya tuh

Lord Hodge menekankan keputusan ini bukan kemenangan satu pihak ke atas yang lain, sambil mengingatkan komuniti transgender tetap dilindungi daripada diskriminasi di bawah undang-undang sedia ada.


Betul lah tu. Bukankah sebelum ni memang dah ada akta utk menjamin kebebasan mereka hidup sbg transgender, tanpa diskriminasi. Tp org kata dah diberi betis, nak mintak peha la pulak kan - nak pengiktirafan sbg wanita secara rasmi. isu nilah punca kejatuhan kerjaya politik acik nicola sturgeon.
Quote Decaffeinated 18-4-2025 11:17 PM
'Kerajaan Scotland berhujah 'mereka' berhak mendapat perlindungan berasaskan jantina, manakala FWS mendakwa hak itu hanya untuk individu yang dilahirkan sebagai perempuan.'

Berapa kali ulang baca baru faham. 'mereka' dalam petikan di atas bermaksud transgender la kan?
Quote acikonion 19-4-2025 06:22 AM
Transgender ni merujuk pd lelaki berpakaian seperti wanita kn? X semestinya dia dh ptg anu dia... Acik teringat kejadian terserempak dlm tandas pompuan dgn pereka fesyen tersohor yg dulunya berpakaian wanita. Serba salah acik nk masuk tp acik butakan mata je la & terus g shishi. Nape pula acik yg nk kena rasa malu dlm tandas tu
Quote Decaffeinated 19-4-2025 12:37 PM
acikonion replied at 19-4-2025 06:22 AM
Transgender ni merujuk pd lelaki berpakaian seperti wanita kn? X semestinya dia dh ptg anu dia... Ac ...

Umbrella term untuk mereka yang merasa jantina heshe tak seperti yang ditulis dalam surat beranak. Contoh SB kata jantan tapi dia rasa (dan consistently and persistantly insist) dia seorang wanita. Dah potong atau tidak itu irrelevant. Can happen both ways juga.
Quote kakikuDibibirmu 19-4-2025 01:28 PM
dani-rox replied at 18-4-2025 10:54 PM
Benda paling basic dlm ilmu biologi pun kena bawak bincang kat court. Gitulah org jantan, dah tukar  ...

Do you like teabagging?

[youtube]jog03z-lOKM[/youtube]
Quote alesandra 20-4-2025 12:37 AM
Edited by alesandra at 20-4-2025 12:40 AM
acikonion replied at 19-4-2025 06:22 AM
Transgender ni merujuk pd lelaki berpakaian seperti wanita kn? X semestinya dia dh ptg anu dia... Ac ...

masalahnya  bila dah jadi situasi mcm tu..yg lebih concern  pasal keselamatan kita dari malu tak malu.kalo aku.. sanggup keluar  la dari toilet tu
Quote acikonion 20-4-2025 01:01 AM
alesandra replied at 20-4-2025 12:37 AM
masalahnya  bila dah jadi situasi mcm tu..yg lebih concern  pasal keselamatan kita dari malu tak ma ...

Time tu pilihan yg ada kena masuk tandas tu jga sbb kalau terkucil lg malu. Iols dh berundur beberapa langkah tp bladder x bg kerjasama. Tp time iols masuk tu pandangan mata dorg mcm iols yg salah masuk tandas. Hurmm...
Quote Zeelalala 20-4-2025 02:03 AM
Baru bbrp hari lepas nampak 1 video tu, terjadi di US. Dia dah tukar jantina, sblm ni elok dlm passport female. tetapi sejak Trump x iktiraf transgender, pasport dia tukar ke male. Dia skrg mencari lawyer yg boleh bantu dia perjuangkan hak utk dpt gender female tu semula
Quote alesandra 20-4-2025 05:46 AM
acikonion replied at 20-4-2025 01:01 AM
Time tu pilihan yg ada kena masuk tandas tu jga sbb kalau terkucil lg malu. Iols dh berundur beber ...

Pondan2 ni mmg pangai musibat .dulu ada kes budak ni nk membetulkan tudung kt toilet klcc ponen tu mcm nak bergaduh bagi death stare mcm tu laa ..dah lupa.yg x leh blah ada pulak bimbo sekor ni bagi komen suh betulkan tudung kt surau.
Quote acikonion 20-4-2025 07:23 AM
alesandra replied at 20-4-2025 05:46 AM
Pondan2 ni mmg pangai musibat .dulu ada kes budak ni nk membetulkan tudung kt toilet klcc ponen tu ...

Golongan dorg ni mmg tau... Org lain pula nk kena bg dorg ruang, nk mengalah. Dh la mulut hangsuang. Tp bila dorg yg kena cpt koyak.
Quote kakikuDibibirmu 20-4-2025 08:04 AM
Wanita berloceng tersenyum sinis

[youtube]sFBOQzSk14c[/youtube]
Quote sapeka 20-4-2025 09:24 AM
Mental problem
Quote Minami2013 20-4-2025 10:19 AM
Teringat cerita boys dont cry...
Quote zorrro_03 20-4-2025 12:23 PM
boleh tak kalau di peringkat UN buatkan satu syor supaya mana2 jenis pondan gila babee dan bising dilupuskan.  hantar mereka ke pulau terpencil di negara masing2.  bagi pondan gila ni mampus perlahan2.  

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-4-2025 04:11 PM GMT+8 , Processed in 0.089571 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top