CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Donald Trump hina Universiti Harvard

17-4-2025 10:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 660| Komen: 5|Original author: Raline

rf.PNG


WASHINGTON – Presiden Donald Trump menghina Universiti Harvard semalam selepas pusat pengajian tinggi unggul itu menolak  tuntutan untuk menerima pengawasan politik  pihak luar.

Trump juga akan membatalkan kontrak penyelidikan kerajaan dan meminta Perkhidmatan Hasil Dalam Negara (IRS) membatalkan pelepasan cukai diberikan kepada Harvard sebelum ini.

“Harvard tidak boleh lagi dianggap sebagai tempat pembelajaran yang baik dan tidak sepatutnya berada dalam mana-mana senarai Universiti Hebat Dunia atau kolej.

“Harvard memalukan, mengajar kebencian dan kebodohan, tidak lagi wajar menerima dana persekutuan,” kata Trump di platform sosial beliau, Truth Social.

Trump berang terhadap universiti yang menghasilkan seramai 162 pemenang Hadiah Nobel itu kerana menolak tuntutan beliau supaya menerima pengawasan, kemasukan dan  penggajian oleh kerajaan.

Institusi pengajian tinggi  lain termasuk Universiti Columbia akur kepada tuntutan pentadbiran Trump yang mendakwa institusi-institusi pengajian elit kini terlalu berhaluan kiri.

Harvard sebaliknya menolak tekanan tersebut dengan presidennya, Alan Garber berkata, universiti itu enggan berkompromi tentang kebebasan atau hak perlembagaannya.

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 18-4-2025 04:44 PM
atok trump ni tgh mereng agaknya...
Quote manamana123 18-4-2025 09:19 PM
jealous kot anak trump tak masuk harvard, merepek je atok ni
Quote ulamalu 18-4-2025 09:23 PM
Menyesal kot sapa yg undi Trump.
Quote borne 18-4-2025 10:15 PM
Edited by borne at 18-4-2025 10:16 PM

Anak dia si Barron tu masuk Oxbridge Academy ni bunyi je gah semacam.  

Screenshot_2025-04-18-22-13-59-08_e4424258c8b8649f6e67d283a50a2cbc.jpg
Nothing to do with England.
Quote wirazam 20-4-2025 06:14 PM
Bagusla..Univ Harvard x nak ada campurtangan politik..baru knowledge boleh berkembang..

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-4-2025 02:50 PM GMT+8 , Processed in 1.274262 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top