View: 507|Reply: 5
|
[Tempatan]
Donald Trump hina Universiti Harvard
[Copy link]
|
|
WASHINGTON – Presiden Donald Trump menghina Universiti Harvard semalam selepas pusat pengajian tinggi unggul itu menolak tuntutan untuk menerima pengawasan politik pihak luar.
Trump juga akan membatalkan kontrak penyelidikan kerajaan dan meminta Perkhidmatan Hasil Dalam Negara (IRS) membatalkan pelepasan cukai diberikan kepada Harvard sebelum ini.
“Harvard tidak boleh lagi dianggap sebagai tempat pembelajaran yang baik dan tidak sepatutnya berada dalam mana-mana senarai Universiti Hebat Dunia atau kolej.
“Harvard memalukan, mengajar kebencian dan kebodohan, tidak lagi wajar menerima dana persekutuan,” kata Trump di platform sosial beliau, Truth Social.
Trump berang terhadap universiti yang menghasilkan seramai 162 pemenang Hadiah Nobel itu kerana menolak tuntutan beliau supaya menerima pengawasan, kemasukan dan penggajian oleh kerajaan.
Institusi pengajian tinggi lain termasuk Universiti Columbia akur kepada tuntutan pentadbiran Trump yang mendakwa institusi-institusi pengajian elit kini terlalu berhaluan kiri.
Harvard sebaliknya menolak tekanan tersebut dengan presidennya, Alan Garber berkata, universiti itu enggan berkompromi tentang kebebasan atau hak perlembagaannya.
Sumber: Kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
atok trump ni tgh mereng agaknya... |
|
|
|
|
|
|
|
jealous kot anak trump tak masuk harvard, merepek je atok ni |
|
|
|
|
|
|
|
Menyesal kot sapa yg undi Trump. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by borne at 18-4-2025 10:16 PM
Anak dia si Barron tu masuk Oxbridge Academy ni bunyi je gah semacam.
Nothing to do with England. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Bagusla..Univ Harvard x nak ada campurtangan politik..baru knowledge boleh berkembang.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|