![]()
WASHINGTON: Pentadbiran Donald Trump mengumumkan pembekuan dana persekutuan berbentuk geran berjumlah AS$2.2 bilion (RM9.7 bilion) dan kontrak bernilai AS$60 juta (RM264.5 juta) kepada Universiti Harvard. Tindakan itu dibuat selepas universiti tersebut menolak tuntutan pentadbiran Trump untuk membuat perubahan dasar di institusi berkenaan. Sebagai reaksi terhadap langkah pembekuan dana tersebut, Universiti Harvard mengulangi pendiriannya melalui kenyataan terdahulu yang dikongsikan kepada CNN, menegaskan ia tidak akan tunduk kepada tuntutan dasar pentadbiran Trump. “Jika kerajaan menarik diri daripada kerjasama ini sekarang, ia bukan sahaja menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan berjuta-juta individu, tetapi juga keselamatan ekonomi dan daya tahan negara kita,” katanya.
Universiti tersebut menerima surat daripada pasukan petugas persekutuan minggu lalu yang menggariskan tuntutan dasar tambahan yang akan mengekalkan hubungan kewangan Harvard dengan kerajaan persekutuan. “Kami telah memaklumkan kepada pihak pentadbiran melalui peguam bahawa tidak akan menerima perjanjian yang dicadangkan. “Universiti ini tidak akan mengorbankan kebebasan atau hak Perlembagaannya,” kata Presiden Universiti Harvard, Alan M. Garber dalam satu kenyataan. Sebelum ini, pentadbiran Trump mengugut beberapa kolej di seluruh Amerika Syarikat (AS) untuk memotong dana sekiranya perubahan dasar tidak dibuat, dan Harvard menjadi universiti elit pertama yang secara terbuka menolak tuntutan Rumah Putih. Antara mandat yang digariskan dalam surat pentadbiran tersebut termasuk pemansuhan program kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman (DEI) di Harvard dan larangan pemakaian pelitup muka semasa tunjuk perasaan di kampus. - UTUSAN |
dani-rox replied at 16-4-2025 05:12 AM
harvard universiti liberal kan? sorrylah nak mansuhkan DEI program. hello... dia org ada aset billio ...
DARSITA replied at 16-4-2025 09:46 AM
aii tak suka DEI prog.
Dah kenapa bebudak bijak terlajak (mostly Asian American) tak dpt masuk ...
dani-rox replied at 16-4-2025 05:12 AM
harvard universiti liberal kan? sorrylah nak mansuhkan DEI program. hello... dia org ada aset billio ...
ADVERTISEMENT