CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 591|Reply: 8

[Dunia] Trump beku dana persekutuan Universiti Harvard

[Copy link]
Post time 16-4-2025 12:24 PM | Show all posts |Read mode



WASHINGTON: Pentadbiran Donald Trump mengumumkan pembekuan dana persekutuan berbentuk geran berjumlah AS$2.2 bilion (RM9.7 bilion) dan kontrak bernilai AS$60 juta (RM264.5 juta) kepada Universiti Harvard.


Tindakan itu dibuat selepas universiti tersebut menolak tuntutan pentadbiran Trump untuk membuat perubahan dasar di institusi berkenaan.


Sebagai reaksi terhadap langkah pembekuan dana tersebut, Universiti Harvard mengulangi pendiriannya melalui kenyataan terdahulu yang dikongsikan kepada CNN, menegaskan ia tidak akan tunduk kepada tuntutan dasar pentadbiran Trump.


“Jika kerajaan menarik diri daripada kerjasama ini sekarang, ia bukan sahaja menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan berjuta-juta individu, tetapi juga keselamatan ekonomi dan daya tahan negara kita,” katanya.


Universiti tersebut menerima surat daripada pasukan petugas persekutuan minggu lalu yang menggariskan tuntutan dasar tambahan yang akan mengekalkan hubungan kewangan Harvard dengan kerajaan persekutuan.


“Kami telah memaklumkan kepada pihak pentadbiran melalui peguam bahawa tidak akan menerima perjanjian yang dicadangkan.


“Universiti ini tidak akan mengorbankan kebebasan atau hak Perlembagaannya,” kata Presiden Universiti Harvard, Alan M. Garber dalam satu kenyataan.


Sebelum ini, pentadbiran Trump mengugut beberapa kolej di seluruh Amerika Syarikat (AS) untuk memotong dana sekiranya perubahan dasar tidak dibuat, dan Harvard menjadi universiti elit pertama yang secara terbuka menolak tuntutan Rumah Putih.


Antara mandat yang digariskan dalam surat pentadbiran tersebut termasuk pemansuhan program kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman (DEI) di Harvard dan larangan pemakaian pelitup muka semasa tunjuk perasaan di kampus. - UTUSAN





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2025 09:12 PM | Show all posts
harvard universiti liberal kan? sorrylah nak mansuhkan DEI program. hello... dia org ada aset billion2 hasil sumbangan penderma super rich dan org2 berpengaruh di seluruh dunia terutamanya yg hantar anak2 study kat situ
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2025 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Trump nmpak mcm budak tgh tantrum. Macam2 cara nk cari pasal.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2025 10:41 PM | Show all posts
Trump nk apa sebenarnya? Mcm dok cari pasal je
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2025 01:46 AM | Show all posts
dani-rox replied at 16-4-2025 05:12 AM
harvard universiti liberal kan? sorrylah nak mansuhkan DEI program. hello... dia org ada aset billio ...



aii tak suka DEI prog.

Dah kenapa bebudak bijak terlajak (mostly Asian American) tak dpt masuk elite univ just because pelajar hitam, mexican results below par?
Asian American la yg banyak duit/donation banding dgn dua group itu tadi.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2025 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dwdrum at 16-4-2025 03:12 PM
DARSITA replied at 16-4-2025 09:46 AM
aii tak suka DEI prog.

Dah kenapa bebudak bijak terlajak (mostly Asian American) tak dpt masuk  ...


Depa tidak tahu DEI ini tidak ikut merit... di buat selepas BLM riot...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2025 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dwdrum at 16-4-2025 03:32 PM
dani-rox replied at 16-4-2025 05:12 AM
harvard universiti liberal kan? sorrylah nak mansuhkan DEI program. hello... dia org ada aset billio ...


Soros university
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2025 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Di Amerika mereka ada private tapi liberal. Di Malaysia kita ada lobai tapi rasis. Similar paradox mcm tak nyambung but real.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2025 09:44 AM | Show all posts
betul dah Trump buat tu, DEi tu macam Woke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-4-2025 10:04 AM GMT+8 , Processed in 0.458560 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list