CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Wilma harap diberi watak lebih mencabar

11-4-2025 08:20 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1538| Komen: 21|Original author: tatod

wilma-.jpg


KUALA LUMPUR: Kembali mewarnai dunia lakonan selepas hampir 20 tahun namanya tenggelam timbul, aktres jelita, Wilma Muhamad, 52, berharap mendapat peluang menjayakan watak lebih mencabar.

Pada usia sekarang, kata Wilma, tawaran diterima sangat terhad, kebanyakannya watak ibu.

Biarpun menyedari tidak banyak peluang diperolehi dengan kemunculan deretan pelakon baharu dan muda, namun teraju utama filem Ghazal Untuk Rabiah itu tetap mengharap diberi kepercayaan membawakan watak penting.

"Pelakon seusia saya di luar negara masih lagi mendapat kepercayaan membawakan watak hero dan heroin.

"Tapi, di sini apabila sudah mencapai tahap umur tertentu, pilihan watak sangat terhad. Saya faham kehendak stesen televisyen dan penonton yang lebih sukakan bintang muda.

"Saya tidaklah sedih dengan apa yang berlaku kerana saya pun pernah lalui berada di fasa itu.

"Cuma sekiranya ada peluang dan kesempatan, saya berharap diberikan watak mencabar selain watak ibu," katanya yang ditemui baru-baru ini.



Kata Wilma lagi, disebabkan sering diberikan watak sama, membuatkan dia kurang mengambil 'job'.

Tapi, kata ibu kepada lima cahaya mata itu, dia tidaklah terlalu cerewet hingga menolak daripada membawakan watak sama.

Janji Wilma, dia tidak akan hilang dari radar sebagaimana keputusan pernah dibuat lebih dua dekad lalu apabila memilih menamatkan zaman solo dengan seorang juruterbang pada 2000 ketika namanya sedang berada di puncak.

"Saya takkan tinggalkan lagi industri, tetapi saya akan terima 'job' mengikut kesesuian watak.

"Lagipun sekarang ini saya agak sibuk dengan Koperasi Anak Seni Malaysia Berhad, jadi banyak masa tertumpu di situ.

"Saya ada sahaja berlakon, malah baru sahaja selesai penggambaran telefilem untuk RTM berjudul Bagai Bulan Bertaut Senja," katanya.



Sementara itu, Wilma yang memiliki lima cahaya mata tidak akan menghalang anaknya menjadi pelakon.

Meskipun belum ada yang menunjukkan kecenderungan, namun, katanya, dia akan memberikan sokongan jika ada yang berminat.

"Saya takkan meletakkan apa-apa syarat, apapun paling penting kena ada agama.

"Mereka perlu faham agama kerana apabila adanya kefahaman itu, dengan sendirinya mereka akan kembali ke jalan benar," katanya. - BH Online




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 10-4-2025 11:27 PM
1000043010.jpg
1000043009.jpg
1000043007.jpg
1000043008.jpg
Quote acikonion 11-4-2025 06:27 AM

Terkujut acik nengok pic ni.
Quote KamikuP 11-4-2025 09:55 AM
eH BUKAN laki dia dah meninggal ke?
Quote kucingitam 11-4-2025 11:44 AM
suka tgk wilma berlakon filem pasrah..seksi bethol
Quote rosmahisham 11-4-2025 05:51 PM
Tp sheols berlakon kayu..kt tv npk tua dah..mmg dh gini je cara sheols bertudung..npk leher..bkn ke zmn bersuami kn pilot dulu sheols berniqab skjap!
Quote bankerpencen 11-4-2025 05:58 PM
Cantik dia ni. Masa muda2 cekci2 dulu pun cantik.
Quote Daftpunk_shine 11-4-2025 11:39 PM
Watak mencabar cemana, berlakon kayu kayan. Elok bg ke acik Kismah Johar ke, Fadhilah Mansor ke
Quote tumpanglalu74 11-4-2025 11:42 PM
acikonion replied at 11-4-2025 06:27 AM
Terkujut acik nengok pic ni.

Aku lagi terkezoot tengok gambar dalam Mangga puten terjojol dalam t-shirt belang.  Gambar itam putih, sebelah dia ade zantan produser ke hape.  Siape ingat gambar Mangga ni, angkat tangan.
Quote sharlenetexas 11-4-2025 11:44 PM
Sheols sampai sekarang masih kekayuan.
Tapi iols admire dia cantik untuk usianya.


Quote sharlenetexas 11-4-2025 11:44 PM
Ingatkan aku sorang je tgk dia ni kekayuan.


Quote red_velvet 11-4-2025 11:53 PM
Muda sampai tua berlakon kayu.. Tadak improvement... Tapi  memang lawa n seksi giler  la acik ni masa muda..
Quote lanacondor 12-4-2025 04:59 PM
Masa muda cantik dia ni. Skg Pon untuk usia dia cantik sgt
Quote azimodin 12-4-2025 06:21 PM
Masalahnya watak mak2 lemah x berdaya pon sheouls x mampu ya.. she ain't Liza Abdullah yg boleh berlakon macam2 watak
Quote lucky_peace 12-4-2025 06:40 PM
Yes, even dalam pasrah pon kayu bethol. Masa dia comeback lps suami dia meninggal citer ape tah dia jadi mak amelia henderson pon, mendatar je lontaran suara.
Quote krustykrab 12-4-2025 07:01 PM
Awak tu dah bertutup aurat buat pe la sibuk nak masuk industri maksiat ni. Kemain mintak watak mencabar segala.
Quote Justsha 13-4-2025 12:18 AM
selalu nampak live nya kat tiktok. always genuine smile, tengok very bubbly character nya. aging gracefully, tak nampak tua at all
Quote pocongkiutss 13-4-2025 12:22 AM
Acik jd model muslimah ja lah..awat jakel tak amik dia jd model kategori acik eh. Belakon toksah la.. very the kayu one
Quote kaedahnya 14-4-2025 12:56 AM
Yang dia berlakon dengan Jamal abdillah rambut braided tu wow sangat. Tapi maleh nak Cari gambar hmm
Quote jejaka_hensem 14-4-2025 03:18 AM
Kayu ke dia berlakon?
Boleh la bergabung dgn fatah,
Jadi kayu kuasa 5,meletop

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-4-2025 06:46 PM GMT+8 , Processed in 0.054568 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top