CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Restoran dikecam kerana diskaun ikut saiz badan, ada unsur 'body shaming'

9-4-2025 11:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1096| Komen: 8|Original author: tatod

1000012064.png


Bangkok: Sebuah restoran di Chiang Mai, Thailand, dikecam netizen selepas didakwa mendiskriminasi individu bertubuh besar apabila menawarkan diskaun kepada pelanggan berdasarkan tahap 'kekurusan' mereka.

Portal Thaiger melaporkan, restoran Chiang Mai Breakfast World memberikan potongan sehingga 20 peratus daripada jumlah bil jika pelanggan berjaya melepasi celahan palang logam sempit yang disediakan khas di premis berkenaan.

Cabaran itu mempunyai lima tahap, dengan setiap celah semakin sempit pada setiap peringkat. Pelanggan yang berjaya melepasi tahap mudah boleh menikmati diskaun antara lima hingga 15 peratus.

Bagi yang gagal melepasi sebarang celah, mereka hanya disambut papan tanda yang tertulis: "harga penuh, maaf".

Promosi luar biasa itu menjadi tular selepas sepasang blogger pelancongan dari Britain memuat naik video mengenainya di Instagram (IG) pada 6 April lalu, dan meraih lebih 58,000 tanda suka serta lebih 2,000 komen.


"Yang mana satu awak boleh lepas?" soal Amina, salah seorang blogger dalam kapsyen video itu.

Seorang pelanggan yang hanya memperoleh diskaun lima peratus kedengaran berkata, "lebih baik daripada tiada langsung".


Ada juga netizen berseloroh dengan berkata: "Saya rasa saya kena caj tambahan!"



Namun, tidak semua bersikap positif. Beberapa pengguna media sosial menyelar promosi itu yang didakwa menggalakkan budaya pemakanan tidak sihat serta memperlekehkan tubuh individu.

Seorang netizen membidas: "Sangat membimbangkan... budaya 'body shaming' dan obsesi berat badan di Asia."

Seorang lagi menulis: "Saya takkan rendahkan maruah diri hanya kerana nak dapat diskaun. Tak akan makan di sana."

Meskipun berdepan kritikan, restoran yang terkenal dengan sajian sarapan antarabangsa itu masih mengekalkan penarafan 4.3 bintang di Google dengan lebih 1,700 ulasan. - Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missbigrockstar 9-4-2025 01:05 PM
Komen2 yang bitter tu sebab masuk kategori gemuk, obese kot?
Quote Decaffeinated 9-4-2025 06:30 PM
"Saya takkan rendahkan maruah diri hanya kerana nak dapat diskaun. Tak akan makan di sana."

Sebab tau tak dapat diskaun la tu.

Anyway, ramai ja orang kurus yang kuat makan ya rabbi ya. Metabolic rate depa tinggi.
Quote lightheaded67 9-4-2025 06:44 PM
xpyh le smua nk sentap
Quote cm_vungtau 9-4-2025 07:01 PM
Omputih tak lepas ler. Yang lepas yang chinese yang halus2 tu aje p/s: jadahnya sekarang aku tengok orang melayu besar2 gila? Punggung aje dah penuh koridor. Gila betul.
Quote noor2 9-4-2025 07:12 PM
Kahkah....padan muka yg gemok2 x leh masuk
Quote PULANGKAN 10-4-2025 12:57 AM
Decaffeinated replied at 9-4-2025 06:30 PM
"Saya takkan rendahkan maruah diri hanya kerana nak dapat diskaun. Tak akan makan di sana."

Sebab t ...

true. Iols sejenis badan tinggi, besar la daripada average. tapi bila makan, nasi setengah pinggan, burger nak habis seketul pun struggle. kalau makan nasi goreng kat restoran lagi la, rugi rasa bayar. makan ciput je kenyang, tak kuat makan
kawan Iols, kuruih. sheols kalau makan, dah serupa bela saka. takde la pelahap, tapi tak berhenti. kalau ajak buffet, memang tak berhenti mengunyah. Iols yang nak muntah tengok dia makan, sebab banyak gila. tapi tak gemuk-gemuk
Quote pisanggoreng 10-4-2025 01:26 AM
Screenshot_20250410_012432_Chrome.jpg
Quote acikonion 10-4-2025 08:07 AM
Acik pasrah kena byr full. Tlg jgn buat mcm ni kt malaysia.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2025 01:10 AM GMT+8 , Processed in 0.051731 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top