![]()
Kuala Lumpur: Anggaran kerugian akibat insiden letupan paip gas bawah tanah di Putra Heights, Subang dekat sini, Selasa lalu mampu mencecah lebih RM1 bilion, sekali gus mencetuskan persoalan besar siapa yang akan menanggung pampasan kepada lebih 250 pemilik kediaman yang terjejas. Pensyarah Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan, Universiti Tun Abdul Razak (Unirazak), Profesor Emeritus Barjoyai Bardai berkata, jumlah itu merangkumi kerosakan fizikal kediaman, kemusnahan kenderaan dan pelbagai barangan rumah termasuk barangan elektrik, selain penurunan nilai hartanah secara menyeluruh di kawasan terjejas. Katanya, setiap kediaman yang dibeli pada harga sekitar RM500,000 ke RM1 juta mungkin menanggung kerugian berlipat ganda apabila mengambil kira kerosakan kenderaan, perabot, peralatan rumah dan pembaikan struktur.
"Infrastruktur seperti pendawaian dan sistem paip juga dianggap tidak lagi boleh digunakan kerana menerima tekanan haba tinggi melebihi 1,000 darjah Celsius. "Kos pembinaan semula infrastruktur, termasuk sistem paip dan saliran, turut menyumbang kepada angka kerugian yang besar. "Malah, kemungkinan besar keseluruhan kawasan perlu dikosongkan dan dibina semula bagi memastikan keselamatan jangka panjang," katanya ketika dihubungi Harian Metro. ![]() Katanya, kerajaan sebelum ini mengumumkan bantuan segera RM5,000 kepada setiap keluarga terjejas, namun jumlah itu tidak mencukupi kerana anggaran kerugian minimum setiap keluarga mencecah RM100,000. Menurut Barjoyai, kejadian itu bukan kemalangan atau bencana biasa, sebaliknya berpunca daripada risiko berkaitan infrastruktur perniagaan dan wajar ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang bertanggungjawab. "Ia perlu satu siasatan menyeluruh. Sekiranya terbukti berpunca daripada kelalaian pihak tertentu maka hampir keseluruhan kos mungkin perlu ditanggung pihak berkenaan. "Persoalannya kini, berapakah jumlah pampasan diperuntukkan dan siapa yang akan menanggungnya kerajaan atau syarikat?" katanya. ![]() Beliau turut menyarankan pampasan diberikan 100 peratus daripada nilai hartanah, memandangkan insiden ini bukan bencana alam seperti banjir atau kebakaran biasa, sebaliknya berpunca daripada faktor teknikal dan pengurusan risiko perniagaan. Tambahnya lagi, insiden berkenaan membuka lembaran baharu terhadap aspek ketelusan dan ketelitian sistem pemantauan projek mega seperti pemasangan paip gas sepanjang 1,400 kilometer (km) yang dilaksanakan. "Sepatutnya ada kawasan penampan (buffer zone) yang tertutup dan tidak boleh diakses oleh awam. Namun, kita lihat lokasi ini seolah-olah terbuka dan mudah dicapai oleh mesin serta manusia. "Perlu ada sistem pemantauan berterusan bagi memastikan keselamatan paip dan komuniti sekitar untuk jangka panjang," katanya. Beliau berkata, insiden kali ini bernasib baik kerana berjaya dikawal dalam masa lebih tujuh jam, tapi ia juga mendedahkan kelemahan potensi risiko dalam kawasan penempatan moden negara. Selain itu, beliau turut memuji kecekapan pasukan bomba dan penyelamat dalam mengawal situasi, namun menekankan perlunya pelan risiko yang lebih ketat bagi projek membabitkan bahan mudah terbakar seperti gas, petroleum dan elektrik. - Harian Metro |
tungkai replied at 7-4-2025 04:12 AM
Kenapa asik highlight rumah2 kat Putra Heights tu aje? Yg rumah2 kampung tu tak terjejas ke?
FOTHER-MUCKER replied at 7-4-2025 11:30 AM
Saya tengok di YouTube ada satu tempat laluan paip gas di gombak ada satu signboard bertulis dilaran ...
pengecatbintang replied at 7-4-2025 11:15 AM
gomen ler kena bayo pampasan RM1 billion ni
dulu tahun 2021
The Peninsular Gas Utilization (PGU) is the longest pipeline in Malaysia. The 2,623 km (1,630 mi) pipeline transports sales gas to power sectors, petrochemical plants, and industries across Peninsular Malaysia, including exports to Singapore, with four entry points: Kertih, Pengerang, Sungai Udang, and Thailand. It is owned and operated by Petronas Gas Berhad on behalf of its holding company Petronas.
Phase II: West and South Peninsular Malaysia
Phase II, completed in 1992, extended the pipeline to the western and southern parts of Peninsular Malaysia as well as Singapore. Under this phase, three more GPPs were built. The construction of this phase originally began in July 1988.
ninja boy replied at 7-4-2025 03:23 PM
Pipeline gas ni patut lalu hutan dan sawit jah apa brg lalu kawasan penempatan dekat 30-50meter, pat ...
pengecatbintang replied at 7-4-2025 11:15 AM
gomen ler kena bayo pampasan RM1 billion ni
dulu tahun 2021
pengecatbintang replied at 7-4-2025 11:15 AM
gomen ler kena bayo pampasan RM1 billion ni
dulu tahun 2021
ninja boy replied at 7-4-2025 03:23 PM
Pipeline gas ni patut lalu hutan dan sawit jah apa brg lalu kawasan penempatan dekat 30-50meter, pat ...
ADVERTISEMENT