![]()
![]()
![]() Setelah bertungkus lumus memadamkan kebakaran, akhirnya pihak bomba berjaya mengawal api daripada merebak ke kawasan perumahan yang terletak berhampiran dengan kawasan kilang. Kesan daripada kebakaran yang tidak dijangka ini akhirnya membongkar penemuan yang tidak disangka. Kilang mercun yang telah beroperasi sejak tahun 1978 ini rupa-rupanya mempunyai tempat simpanan bahan bakar di bawah tanah. Akibat daripada itu, anggota bomba tidak dapat menjalankan tugas kerana khuatir letupan akan kembali berulang berikutan masih ada sekurang-kurangnya tiga lagi tempat simpanan bahan letupan bawah tanah itu yang masih belum meletup. Sementara itu, dua daripada tempat simpanan itu sudah pun meletup dengan meninggalkan kesan seperti kawah sedalam kira-kira enam meter. Sehingga jam 5:00 pagi, tiada lagi letupan yang berlaku. Sekelip mata, seluruh kawasan di sekitar kilang mercun musnah. Ekoran kejadian itu, Sungai Buloh di Selangor mendapat liputan meluas daripada media antarabangsa. Hampir semua akhbar melaporkan tragedi ini. Rahsia kilang mercun terbongkar Sehari selepas kejadian itu, gerakan mencari mangsa menemui 21 mayat yang terbunuh. Salah seorang daripada mayat itu disahkan seorang ahli kimia dari Hong Kong yang bekerja di kilang berkenaan dan juga dikatakan pengurus di kilang tersebut. Seramai 83 orang mangsa yang cedera parah dirawat di hospital. Malapetaka ini juga telah menyebabkan hampir 37 buah rumah dan beberapa kilang rosak teruk selain berpuluh-puluh kenderaan musnah. Malah ada juga mangsa yang masih tidak dijumpai dan mungkin tertimbus. ![]() Tidak semua identiti mangsa yang hilang dapat dikenal pasti disebabkan kebanyakan pekerja tidak didaftarkan oleh pihak majikan. Pihak polis mengesahkan bahawa kilang mercun dan bunga api itu beroperasi secara haram selain bertindak menyalahi undang-undang apabila menggaji pekerja di bawah umur. Punca utama kebakaran disahkan berpunca daripada kelalaian pekerja di bahagian makmal yang menjalankan kerja-kerja menguji bahan bakar yang telah siap untuk dipasarkan. Ujian bahan letupan itu dikatakan terkena longgokan simpanan mercun yang terletak di kawasan berhampiran seterusnya mengakibatkan satu letupan besar. Bertitik tolak daripada itu, ia sekali gus mengubah polisi negara untuk terus mengharamkan sebarang aktiviti mercun waima bunga api sehingga ke hari ini. Larangan ini juga berkuat kuasa untuk apa jua sambutan perayaan. Ia hanya dibenarkan bagi sesetengah upacara yang mendapat kebenaran daripada pihak berwajib sahaja. - Utusan TV |
kakikuDibibirmu replied at 6-4-2025 08:41 PM
Larang-larang pun tetaplah Putra Height meletop jua hendaknya
Binodino replied at 7-4-2025 09:48 AM
Haramkan mercun tapi bersepah jugak gerai jual mercun. Kat tempat aku ni polis bantuan pun ada jual ...
cikatilia replied at 7-4-2025 10:58 AM
rumah aku jarak dlm 10km dari kilang mercun
masa benda ni jadi aku baru darjah 6. letupan tu tersgt ...
cap_ayam replied at 7-4-2025 02:54 PM
Boleh saya tau kat mana location kilang ni? Sg buloh area mana? Tq ye.
cikatilia replied at 7-4-2025 10:58 AM
rumah aku jarak dlm 10km dari kilang mercun
masa benda ni jadi aku baru darjah 6. letupan tu tersgt ...
cikatilia replied at 7-4-2025 03:38 PM
Alamat dia :-
Address: 38, Jalan Forest, Kampung Baru Sungai Buloh, 40160 Shah Alam, Selangor
BoongaKertas replied at 7-4-2025 04:29 PM
kalau sg buloh efek sampai ke selayang, mcm scarry betul ni. menarik fakta ni, iols x lahir lg time ...
Claudia_Lestat replied at 7-4-2025 10:34 AM
Uiksss mudanya chuols x lahir lagi 1997 ni. Terasa kertu aiols .
Bila jadi tu mmg berapa hari ...