CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Botol Coca-Cola bakal buang jutaan tan plastik ke laut menjelang 2030

4-4-2025 12:19 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 830| Komen: 7|Original author: tatod

1000006032.jpg


WASHINGTON - Coca-Cola dijangka menyumbang kira-kira 602,000 tan sisa plastik ke lautan dan saluran air dunia setiap tahun menjelang 2030, menurut satu kajian baharu yang diterbitkan oleh organisasi bukan keuntungan Oceana pada Rabu.

Jumlah itu bersamaan dengan plastik yang boleh mengisi perut 18 juta ikan paus.

Laporan ini muncul ketika kebimbangan semakin meningkat mengenai risiko kesihatan manusia akibat pencemaran mikroplastik, yang dikaitkan oleh saintis dengan kanser, ketidaksuburan, penyakit jantung, dan pelbagai masalah kesihatan lain.


"Coca-Cola adalah pengeluar dan penjual minuman terbesar di dunia," kata Matt Littlejohn, ketua kempen Oceana yang menyasarkan pencemaran korporat.


"Kerana skala mereka yang besar, kesan terhadap pencemaran laut juga amat ketara," tambahnya.

Menurut kajian yang diterbitkan dalam Science Advances pada 2024, Coca-Cola dinobatkan sebagai pencemar plastik jenama terbesar di dunia, diikuti oleh PepsiCo, Nestle, Danone, dan Altria.

Kajian Oceana itu berdasarkan data pembungkusan yang dilaporkan oleh Coca-Cola dari 2018 hingga 2023, digabungkan dengan unjuran pertumbuhan jualan untuk menghasilkan senario "perniagaan seperti biasa".

Hasil analisis menunjukkan penggunaan plastik syarikat itu dijangka melebihi 4.13 juta tan setahun menjelang 2030. - Sinar Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sapeka 1-4-2025 05:23 AM
Kenapa buang?
Tak reti recycle?
Quote Supersirap 1-4-2025 10:17 AM
Jika begitu, kita perlu buat sesuatu ke atas perkara ini
Quote Tunakimchi 6-4-2025 12:42 PM
Recycle x boleh ke?
Quote adiwarna 6-4-2025 06:10 PM
Satanic dajjalic corporation! Coke bukak kilang besor kat satu kampung kat Mexico, disedutnya air kat situ sampai rakyat tempatan terkapai2 nak dpt supply air utk kegunaan harian, gali telaga pun kering kontang....kesian! Boycott all drinks from this corporation!
Quote Momohizan 7-4-2025 03:07 PM
adiwarna replied at 6-4-2025 06:10 PM
Satanic dajjalic corporation! Coke bukak kilang besor kat satu kampung kat Mexico, disedutnya air ka ...

Kat Malaysia pun dah nak sama, water catchment area jual kat companycinapek. Padahal area ni kerajaan negeri wajib pegang. TOL pun jangan bagi. Ni belum musim kemarau, masing gelak2 la. Dah mula musim catu air, empangan susut, pulak depa bersorak jual air bejuta botol.
Quote zorrro_03 7-4-2025 03:44 PM
boikotkan je

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-4-2025 01:57 PM GMT+8 , Processed in 0.051169 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top