|
Khairul Azhar bin Abdul Samad berasal dari Sega, Raub, Pahang ialah seorang pelawak, pelakon, pengacara, penyanyi dan pemain dram yang terkenal di Malaysia pada era 1980-an dan 1990-an.
Beliau dikenali ramai menerusi sitkom komedi popular Santan Berlada, di mana beliau membentuk trio bersama Ali Mamak dan Accapan.
Trio ini turut merakamkan beberapa album komedi yang mendapat sambutan hangat pada ketika itu,
Khairul Azhar memulakan bidang kerjaya seni sekitar tahun 1978 dan merupakan antara tunjang utama dalam sitkom komedi popular Santan Berlada sekali gus melonjakkan namanya dalam industri hiburan.
Beliau beralih dari kerjaya seni hiburan dan berkhidmat di Majlis Perbandaran Klang (MPK).
Pada malam Khamis, 29 Mei 2025, Khairul Azhar ditemui tidak sedarkan diri di dalam keretanya di kediamannya di Taman Sri Andalas, Klang. Beliau disahkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Anak angkat dan pembantu peribadinya, Aizat, menemui beliau dalam keadaan tersebut dan cuba memberikan bantuan pernafasan sebelum pasukan perubatan tiba, namun Khairul telah meninggal dunia.
Allahyarham meninggalkan dua orang anak perempuan, Nor Hafizah (41 tahun) dan Nur Shahirah (25 tahun). Isterinya, Norsidah Ahmat, telah meninggal dunia pada Jun tahun lalu akibat kanser darah.
Khairul Azhar akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja Uda, Klang, selepas solat Jumaat.
*Inna lillahi wainna ilaihi rojiun
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Salam takziah buat keluarga.
Al Fatihah
Sumber : Web/mStar

|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|