View: 559|Reply: 5
|
[Tempatan]
Imam muda dan anak maut, 4WD dinaiki terbabas dalam gaung
[Copy link]
|
|
Segamat: Imam Muda Masjid Nurul Falah Felda Redong serta anak perempuannya maut selepas pacuan empat roda (4WD) jenis Toyota Hilux dinaiki terbabas ke dalam gaung di Jalan Labis-Segamat dekat Kampung Kwongsai, di sini semalam.
Mohd Fitri Md Said, 38, dan anaknya dikenali Nurin Insyirah yang terperangkap di bawah kenderaan, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Sementara, isteri serta dua lagi anaknya yang belum diketahui identiti cedera dan menerima rawatan di Hospital Segamat.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Segamat, Zainal Abidin Che Deraman berkata, pihak menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 6.47 petang sebelum menggerakkan tujuh anggota ke lokasi.
Katanya, terdapat lima mangsa di dalam kenderaan, namun tiga daripadanya berjaya keluar sebelum ketibaan bomba.
"Dua mangsa masing-masing lelaki dan kanak-kanak tersepit di bawah 4WD yang terbalik selepas dipercayai terbabas ke dalam gaung.
"Pasukan Keluaran Operasi (PKO) menggunakan peralatan hidrolik serta peralatan lain bagi menstabilkan kenderaan sekali gus membolehkan mangsa dikeluarkan," katanya dalam kenyataan.
Menurutnya lagi, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Katanya, tiga terselamat dihantar ke Hospital Segamat bagi rawatan.

|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bawak laju ni...hilux dan lain2 4WD mmg bnyk yg laju gila kat jalan raya |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahwainnalillahirojiun |
|
|
|
|
|
|
|
Inna lillahi wainna ilaihi raajiuun..
|
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 29-5-2025 11:28 AM
Bawak laju ni...hilux dan lain2 4WD mmg bnyk yg laju gila kat jalan raya
Haah
Raja atas dari myvi neh..
Dia punya bawak takde tengok kiri kanan punya kalau driver bawak 4x4 ni |
|
|
|
|
|
|
|
Aku as ex-driver Hilux, kenderaan ni power mmg blh laju tp handling out. Even ko bw laju kat jalan lurus pun tetiba jalan x rata ha mcm nak out of control. |
|
|
|
|
|
|
| |
|