CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 656|Reply: 10

[Tempatan] Salun rambut tawar khidmat seks

[Copy link]
Post time 27-5-2025 10:17 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR – Dua premis yang berselindung di sebalik kegiatan salun rambut dengan menawarkan perkhidmatan seks terbongkar dalam serbuan di Kuchai Lama dan Bandar Sri Petaling, di sini semalam.

Serbuan bermula pukul 6 petang itu melibatkan seramai 38 pegawai pelbagai pangkat daripada Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Imigresen (JIM), Putrajaya.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, hasil risikan yang dijalankan selama dua minggu mendapati premis tersebut telah beroperasi sejak dua tahun lalu.

Menurutnya, ketika serbuan, wanita warga asing sedang leka melayan pelanggan yang terdiri daripada warga tempatan dan pelancong asing.

“Seramai tiga lelaki dan 45 wanita terdiri daripada warganegara Vietnam, Indonesia, Bangladesh dan Laos berusia di antara 23 hingga 35 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan.

“Kita turut menahan tiga lelaki tempatan yang disyaki bertindak sebagai ‘penjaga’,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zakaria berkata, modus operandi premis berkenaan adalah dengan mengiklankan pakej dandanan rambut dan cucian muka untuk lelaki selain menawarkan perkhidmatan seks.

“Pelanggan boleh membuat tempahan slot melalui aplikasi WeChat dan memilih wanita warga asing di dalam katalog yang dihantar kepada pelanggan.

“Bayaran langganan sekitar RM150 hingga RM250 dan keuntungan perkhidmatan itu dipercayai boleh mencecah RM1,000 hingga RM1,500 sehari,” ujarnya.

Zakaria berkata, pemeriksaan lanjut mendapati premis terbabit memulakan aktiviti perniagaan bermula pukul 3 petang hingga 2 pagi.

Menurutnya, semua wanita warga asing tersebut didapati tinggal di dalam premis itu yang turut menyediakan bilik tidur seperti asrama.

“Antara kesalahan yang dikenal pasti ialah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, salah guna permit dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Semua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Bukit Jalil untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut,” katanya.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2025 09:03 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2025 09:12 AM | Show all posts
nasib baik korang bgtau kawasan mana, bukan apa, utk mengelakkan dari orang pergi ke kawasan tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2025 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul ke pega*** tertinggi dalam ES tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2025 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Pernah termasuk tempat gini dgn mr hubby tak lama dulu
Silapnya dkt luar tulis pusat mengurut thai. Mr hubby terpelecok time tu mmg mencari le tempat mengurut... Dah le tingkat atas susah payah naik tangga
Awek cina tu urut le juga kena berlakon kan... Peralatan mengurut semua ada
Customer yg dtg kemudian pun blh lepak sembang dgn kitarg tunggu sampai kitarg selesai
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2025 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Kt endah parade ke?
Dolu2 endah parade tu best sangat..meriah ada carrefour,
Ayah iols selalu bawak weols ke sini ..ada kfc bagai..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-5-2025 02:42 PM | Show all posts
takde kerja lain?
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2025 04:10 PM | Show all posts

setakat nak upkan thread tulis ja cenggini 'up'

tu pun nak kena ajar ka...

back to topic kenapa salun rambut jadi pilihan sebagai cover, kedai minuman boleh juga kan?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2025 04:16 PM | Show all posts
dulu2 xbanyak kedai gunting rambut lelaki...so nak xnak kadang tu mmg org lelaki masuk salun rambut mcm ni yg majoritinya cina...now banyak da kedai rambut lelaki, joe barbers dan seangkatan....tiada alasan da org lelaki nk masuk salun2 macam ni...yihhh
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2025 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
mahalnya euwww
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2025 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
sambil menyelam minum air yewww
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2025 04:32 PM GMT+8 , Processed in 0.060653 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list