Edited by novlin at 22-5-2025 08:35 AM
Putih indah bunga melati Indah lagi bintang kejora Dengan rasa ikhlas dihati Pantun dititip pembuka bicara
Dari mana datangnya sayang Dari rasa terbit dihati Pada yang terjentik jemput lah bertandang Ke majlis erat silaturahmi
Gugurnya Jebat kononnya derhaka GugurnyaTuah kerana ditikam Jemputlah ziarah bersua muka Ke Majlis silaturahmi Cekak ‘Titik’ Segenggam
Tiadaa agenda mahupun kesumat Hanya semata kasih dan sayang Disediakan tempat untuk merapat Destinasi lokasi bertempat di Kuang
Bermula dari benang Haji Hadi Ditelusuri pula ke bod mistik Tilik diri tanya lah hati Moga harap hati terjentik
Dari 2019 hingga kini Pejam celik serasa bagai semalam Cukup sudah sampai disini Sebab masa dah time Keh keh keh  |