View: 101|Reply: 5
|
[Tempatan]
Harga telur di Malaysia paling murah
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Harga jualan telur di Malaysia merupakan harga paling murah di rantau Asia Tenggara apabila dijual pada harga hanya RM 0.42 sebiji berbanding negara-negara serantau yang lain.
Menerusi hantaran Majlis Keselamatan Negara cawangan Terengganu di media sosial menerangkan, harga telur yang dijual di pasaran tempatan adalah yang termurah jika dibandingkan dengan beberapa jiran antaranya Thailand dengan harga pasaran RM 0.52 sebiji.
“Harga jualan telur di Kemboja adalah RM 0.87 sebiji, di Myanmar RM 0.84, Filipina RM 0.94 sen manakala di Vietnam kini mencatatkan harga semahal RM 1.03 bagi sebiji telur,” jelas hantaran tersebut.
Terdahulu, kerajaan memutuskan untuk menamatkan sepenuhnya pemberian subsidi bagi telur ayam bermula 1 Ogos ini.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, kawalan harga telur ayam juga akan ditamatkan, manakala kadar subsidi akan dikurangkan daripada RM0.10 kepada RM0.05 sebiji berkuat kuasa esok, sebelum subsidi dihentikan sepenuhnya.
“Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira komitmen pihak industri untuk memastikan pengeluaran telur ayam kekal mencukupi dan terjamin, berikutan kos pengeluaran yang telah stabil.
“Keadaan ini terbukti sepanjang musim perayaan Aidilfitri lalu, apabila bekalan telur berada pada tahap mencukupi dengan harga yang kompetitif,” menurut kenyataan itu.
KPKM menjelaskan bahawa keputusan kerajaan untuk menyasar semula subsidi telur ayam dibuat dengan mengambil kira tempoh kawalan harga dan pemberian subsidi yang terlalu lama adalah tidak mampan bagi kelangsungan industri pengeluar telur tempatan serta kewangan negara.
Sumber: Kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Xde subsidi naiklah harga telur..i mkn 3 ke 4 biji yelur harian...huhu memingkat belanja |
|
|
|
|
|
|
|
1. Ni tanda2 nak naik harga lagi.
2. Kenapa kene tulis RM0.94 sen? Pilih satu je. RM0.94 atau 94 sen |
|
|
|
|
|
|
|
Harga di malaysia lebih rendah dari negara lain...dah lama tak keluar ayat serupa ni...
Teringat dulu macai-macai PH suka troll kerajaan masa kerajaan umum potong subsidi. Mana semuanya? Dah mati ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa suruh jadi negara subsidi, bila nak tarik kan dah susah. Negara lain tu dorang ikut ja harga pasaran. |
|
|
|
|
|
|
|
patut kerajaan tambah utang negara RM5 billion setiap tahun
utang ni khas utk sabsidi telur ayam kpd rekyat
|
|
|
|
|
|
|
| |
|