GOPENG – Seorang remaja lelaki ditemui lemas ketika memancing di sebuah lombong di Jalan Kilang Simen, Kota Bahru di sini pukul 9.40 pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan seorang remaja lelaki berumur 18 tahun yang dikenali Muhammad Fazrul Qusry telah lemas semasa cuba menyeberangi lombong.
“Rakan mangsa mengatakan mangsa dikatakan cuba menyeberangi lombong dan apabila sampai di tengah lombong, mangsa terus tenggelam dan tidak lagi kelihatan.
“Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) yang membuat selamat pada 9.28 pagi tadi berjaya menemui mangsa 12 minit kemudian kira-kira 4.5 meter dari lokasi mangsa memancing,” katanya di sini hari ini.
Ujarnya, mayat mangsa dibawa ke tebing dan diserahkan pada polis untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE
|