CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 142|Reply: 7

[Tempatan] Ibu anak 4, lelaki bujang mengaku suami isteri dicekup berkhalwat

[Copy link]
Post time 18-5-2025 09:58 AM | Show all posts |Read mode


KULIM – Seorang ibu kepada empat anak yang berstatus isteri orang dicekup berkhalwat dengan kekasihnya, seorang pemuda berusia 23 tahun di sebuah rumah di Padang Serai, di sini awal pagi ini.


Mereka ditahan dalam serbuan pencegahan jenayah syariah oleh Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) di rumah sewa wanita berusia 29 tahun itu kira-kira pukul 1.45 pagi tadi.


Pegawai PADK, Anwar Sharifuddin Mat Saad berkata, serbuan dilakukan susulan maklumat awam berhubung kes jenayah syariah tersebut.


“Pihak kami mengetuk pintu sambil memperkenalkan diri dan memaklumkan tujuan kehadiran. Kira-kira lima minit kemudian seorang wanita memakai baju T dan berkain batik membuka pintu.


“Hasil pemeriksaan di dalam rumah menemui seorang lelaki yang tidak memakai baju dan hanya berseluar jeans bersembunyi di sebalik pintu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Katanya, selepas disoal siasat, wanita itu mengaku lelaki itu adalah teman lelakinya yang baru dikenali empat bulan lalu di sebuah pasar raya, di sini.


“Pasangan itu gagal menunjukkan sebarang dokumen membuktikan mereka mempunyai hubungan suami isteri atau mahram ketika disoal siasat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2025 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm dejavu je..ke news lama yg diulang siar like astrokkk
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2025 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
wirazam replied at 18-5-2025 10:11 AM
Mcm dejavu je..ke news lama yg diulang siar like astrokkk

Macam drama Melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2025 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Berita bosan
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2025 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Wartawan baru belajar mengarang ka? Pergi balik tanya mana laki pompuan tu acik2 nak tau.

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2025 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
wirazam replied at 18-5-2025 10:11 AM
Mcm dejavu je..ke news lama yg diulang siar like astrokkk

Jap..rasanya yg sblm ni yg si pompuan tu drive dari Pahang kan..jumpa pakwe diye...kt belah2 Kulim la jugak...

Kadang2 iols terpikir..couple yg kantoi berkhalwat ni..diaorg tak tau ke area Kedah ni mmg rajin buat rush...line panas..

Bukan jauh pun nk drive ke Pineng...Pineng byk tempat line clear..

Takpun pegi naik smpai ke Danok tu...prepare passport dgn geran kenderaan siap2...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-5-2025 02:20 PM | Show all posts
semoga diperludahkan urusan
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2025 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Gatal2 ke pompuan kedah ni...asyiklah berita khalwat je..yg pompuan bini org...apa laki x servis ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2025 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.043357 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list