CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17|Reply: 0

[Sarawak] Pemandu lori cedera selepas merempuh belakang lori di parkir tepi jalan di Jalan Pakan

[Copy link]
Post time 18-5-2025 09:57 AM | Show all posts |Read mode


BINTANGOR:  Seorang pemandu lori mengalami kecederaan setelah lori yang dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah lori yang di parkir di tepi jalan di Jalan Pakan, dekat sini, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, pihak bomba telah menerima panggilan kecemasan berkaitan kemalangan tersebut pada jam 9.41 malam.

"Sejurus menerima panggilan tersebut, sepasukan anggota bomba telah dikerahkan ke lokasi kemalangan yang terletak 51 kilometer dari balai.

"Ketika sampai di lokasi tersebut, pasukan bomba mendapati seorang pemandu lori masih berada dalam lori dan tidak dapat bergerak serta mengalami kecederaan.

"Berdasar situasi tersebut, pasukan bomba telah bertindak menstabilkan mangsa pemasangan cervical collar ke atas mangsa dan seterusnya menjalankan operasi mengeluarkan  mangsa dari dalam lori tersebut," katanya kepada media, hari ini.

Berdasarkan maklumat awal, pemandu lori yang cedera tersebut sedang dalam perjalanan dari arah Bintangor menuju ke Pakan.

Sementara itu, sebuah lagi lori tersebut sedang berhenti di tepi jalan untuk memperbaiki kenderaannya yang rosak.

Menurut Mahmudin, usaha mengeluarkan mangsa yang cedera dari dalam lori telah mengambil masa 45 minit, manakala seorang lagi pemandu lori terselamat dan tidak mengalami kecederaan.

"Sejurus berjaya dikeluarkan dari dalam lori tersebut, mangsa terus diserahkan kepada pihak perubatan dan dibawa mendapatkan rawatan ke hospital berhampiran.

"Dalam masa yang sama juga, pasukan bomba turut membersihkan sisa-sisa tumpahan minyak di lokasi kemalangan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya yang lain," katanya lagi.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2025 03:29 PM GMT+8 , Processed in 0.040372 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list