Reaksi isteri kepada pelakon Fadlan Hazim iaitu Aiya Mukhamedsalova yang kelihatan tidak mahu memandang suaminya itu selepas mencukur jambang dan misai mencuit hati netizen.
Bukan sahaja kelihatan geli dengan wajah ‘cleanshave’ tersebut, Fadlan atau Fadlan Hazim Anuwar, 33, juga tidak dibenarkan untuk mencium pipi isterinya selain tidur dengan posisi menghadap ke dinding.
“Dia memang suka tengok muka saya berjambang ini. Jadi, apabila saya cukur, dia geli. Malah, dia tidak pandang muka saya selama dua hati. Mahu cium pipi dia pun tidak boleh, kami tidur pun menghadap ke dinding.
“Disebabkan itu, saya jadi fobia untuk cukur jambang dan misai saya. Kalau nak buat juga, pastikan kena beritahu dia dan diterima,” katanya kepada mStar.
Fadlan memaklumkan perkara itu ketika ditemui semasa majlis doa selamat filem terbaharu lakonannya, Nar’Sata di Wisma Metrowealth International Group (MIG), Petaling Jaya.
Sumber: mStar
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register