View: 407|Reply: 12
|
[Tempatan]
Nampak awan bentuk gajah, khurafat!
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Seorang pendakwah bebas menegur sikap segelintir umat Islam yang disifatkan mudah untuk ‘khurafatkan’ sesuatu peristiwa, termasuk insiden anak gajah mati baru-baru ini dengan awan menyerupai haiwan tersebut.
Pendakwah tersebut, Dr. Ahmad Kamil Jamilin membuat teguran berkenaan selepas tular video dan gambar awan dikaitkan dengan bentuk gajah, malah sebelum ini pernah juga dikaitkan dengan pelbagai corak lain seperti kalimah Allah, malaikat, bentuk salib dan sebagainya.
“Lagi teruk bila kita kaitkan dengan kepercayaan atau agama tertentu, konon-konon ia bawa mesej tertentu, atau bukti kepada apa yang kita percaya. Hari ni kita kata, nampak corak kalimah Allah dekat kurma kita makan, tapi kalau esok kita nampak salib pada kurma kita makan, macam mana?
“Kat sini kata nampak awan ada corak kalimah Allah, kat negara barat mereka dakwa nampak awan corak Jesus, Mary. Mereka bakar roti ada nampak corak Mary macam tu.
“Ini semua khurafat, sesuatu peristiwa terutama kematian atau kelahiran seseorang tak ada kaitan dengan fenomena alam,” katanya pada hantaran video di media sosial.
Ahmad Kamil berkata, terdapat istilah ‘cognitive biases’ atau ‘clustering illusion’ dan berdasarkan pembacaan beliau, otak manusia suka menterjemah kepada perkara yang dilihat terutama bentuk atau corak tertentu.
“Kemudian kaitkan dengan imaginasi yang kita cipta sendiri sebab otak kita dah terbiasa dengan corak atau bentuk tertentu. Yelah, senang nak bezakan sesuatu, senang untuk kenal sesuatu.
“Cuma kadang-kadang bila corak atau bentuk tak jelas, kita cenderung untuk nak kaitkan dengan bentuk atau corak tertentu. Itulah yang timbul misalnya awan ni rupa gajah lah, kalimah Allah, ada rupa salib, rupa malaikat, Jesus sebagainya,” katanya.
Beliau turut memetik satu peristiwa di zaman Nabi Muhammad SAW iaitu ketika kewafatan anak baginda iaitu Ibrahim.
“Kebetulan pada waktu itu berlaku gerhana sehingga sahabat pun sebahagiannya menyangka gerhana itu ada kaitan mungkin bersedih dengan kematian anak nabi kita.
“Tapi Nabi Muhammad SAW bersabda, sesungguhnya gerhana matahari atau bulan tidak terjadi dengan kematian atau kelahiran seseorang, tetapi kedua-duanya tanda kekuasaan Allah SWT,” jelas beliau.
Kosmo! sebelum ini melaporkan seekor gajah betina ‘mengamuk’ dan merosakkan sebuah lori muatan ayam selepas anak haiwan liar itu mati dirempuh di Kilometer 80, Jalan Raya-Timur Barat (JRTB) Gerik Jeli, Gerik, Ahad lalu.
Sumber: Kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Lepasni boleh la letak patung gajah depan rumah ramai ramai |
|
|
|
|
|
|
|
Ehh dah balas dendam ke mak gajah? |
|
|
|
|
|
|
|
Saya pun nampak awan tu macam gajah. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak tgk awan macam dalam lukisan van gogh.
|
|
|
|
|
|
|
|
Over nau  |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dah otak senget ke situ. Aku dapat gambar ni dalam group whatsapp sampai ke sudah aku tak tau apa yang orang tengok.
Kasi ja lah puak2 ni gambar awan jesus tu banyak2 biar dorang murtad. Neraka needs you for fuel.
|
|
|
|
|
|
|
|
Orang melayu kalu bab² gini memang terpaling. Pandai sungguh carik dan tilik bentuk awan sesambil memuji kebesaran tuhan.
Namun sikit pun tak terpikir (tak terlintas pun) kenapa berat awan kumulus yang beratus tan kat udara tu boleh terapung.
Benda ni yang nampak hari² tak pulak dikaitkan dengan kebesaran tuhan... yang aneh, jarang nampak dan pelik tu la paling dihebohkan. |
|
|
|
|
|
|
|
anak2 iols selalu imejin awan bentuk itu ini, iols ye kan aje kot celah mana bentuk itik kucing arnab pun tatau la...kdg lepas tgk peppa pig dan2 awan jadi peppa |
|
|
|
|
|
|
|
beriya2 betul babi2 terpaling gajah ni |
|
|
|
|
|
|
|
dr kamilin ni pun kena jelas kan khurafat yang bagaimana, kalau setakat visualize bentuk awan ni seakan object tertentu tapi tidak menisbahkan kepada sesuatu yang lain seperti contoh awan berbentuk gajah adalah reaksi alam yang bersedih atas kematian gajah tu barula ianya khurafat. kalau just imagine dan mengingatkan kita tentang sesuatu perkara, itu bukan khurafat. so kena jelas khurafat macammana |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi kalau betul bentuk awan tu membayangkan rupa gajah ke, kalimah ke, kemudian ke relatekan dgn pergerakan awan semata2 dn ciptaan Allah semata2, apakah itu nak dikira khurafat.
OT, hari ini aku kalau nak beli ambal/permaidani, maupu sejadah, aku akan belek puas2, tengok drp segala sudut lakaran bunga2 d lorek2 yg dicorakkan kerana banyak kali aku terlihat corak2/figura yg tak sepatutnya ada di atas sejadah. Aku nampak sesuatu yg tak sepatutnya aku lihat pada tempat sujud khususya. Samada aku akan ketepikan/tak gunakan lagi atau lapikkan dgn kain atau tudung. Lebih baik gunakan sejadah yg polos dn tidak bercorak. Tak taulah kalau ada orang lain yg sama spt yg aku nampak atau ilusi aku yg berlebihan. |
|
|
|
|
|
|
|
sakit hati ahli keluarga dan rakan taulan palat dalat  |
|
|
|
|
|
|
| |
|