CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3753|Reply: 85

Kutip lebih RM24.8 juta, KRU paling berpengaruh selepas Siti Nurhaliza

[Copy link]
Post time 15-5-2025 10:02 AM | Show all posts |Read mode
MENGHAMPIRI slot nyanyian terakhir konsert GenKRU, seorang peminat berbangsa Cina bangun dari kerusi, berteriak menyanyikan lagu yang meledak di era 90-an dalam kesyahduan. Dia larut dalam perasaan sambil dengan gemalai tangan melambai ke arah trio di atas panggung.

KRU yang dianggotai anak-anak encik Abdul Halim iaitu Datuk Norman, Datuk Yusry dan Edry baru sahaja menciptakan sejarah baharu dengan memegang dua pencapaian dari Malaysia Books of Records (MBR) iaitu Persembahan Terbanyak Dilakukan dalam Satu Siri Konsert dan Penjualan Tiket Terpantas dalam Tempoh 1 Jam.

Saya tidak pasti bagaimana MBR menilai penganugerahan itu melihat kepada konsert pada 2013, Konsert Lentera Timur yang turut berlangsung empat hari berturut-turut. Namun kita serahkan sahaja urusan itu kepada pihak MBR yang sepatutnya lebih pakar.

Bagaimanapun, kita tidak boleh menafikan taring KRU tetap tajam dengan nyanyian secara langsung sambil menari lincah pada usia 50-an.

Dengan kapasiti stadium Axiata Arena yang boleh menempatkan 13,000 hingga 16,000 pengunjung, secara purata, konsert GenKRU dianggarkan mengutip sekurang-kurangnya RM24.8 juta untuk empat hari persembahan dengan kehadiran 52 ribu pengunjung.

Rekod KRU menyaingi Konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota yang diadakan di beberapa lokasi iaitu dua hari di Stadium Axiata Arena diikuti siri jelajah di Spice Arena Penang dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah.

Secara keseluruhan, dianggarkan 41 ribu pengunjung hadir sepanjang konsert tersebut. (Persembahan di Singapura dikeluarkan dalam kiraan ini bagi memberi fokus kepada konsert tempatan)
Walaupun KRU membenamkan rekod Ella dan Datuk M. Nasir dengan kapasiti pengunjung Konsert Cipta M.Nasir sekitar 19,000 pengunjung, namun tiada siapa yang mampu mengalahkan rekod yang dipegang Biduanita Negara, Datuk Siti Nurhaliza pada tahun 2004.

Siti yang ketika itu berusia berusia 25 tahun menjadi satu-satunya artis tempatan yang pernah mengadakan konsert solo, Konsert Fantasia Tour di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan kehadiran 70,000 pengunjung.

Bagaimanapun, Konsert Chow Kit Road Allahyarham Sudirman 1986 yang katanya dihadiri 100,000 pengunjung tidak termasuk dalam senarai ini memandangkan ia adalah konsert percuma di jalanan yang sukar dinilai dengan jelas bilangan pengunjung yang hadir.

Tambahan pula, ketika itu berlangsungnya Persidangan Persatuan Pelancongan Asia Pasifik (Pata) dan Sudirman dipilih bernyanyi di konsert itu memandangkan beliau merupakan duta PATA.
KRU dan sebuah ‘nostalgia marketing’

Kejayaan KRU sebenarnya banyak dibantu oleh kebijaksanaan penganjur, Icon Entertainment dalam merangka sebuah strategi pemasaran yang dipanggil nostalgia marketing.

Nostalgia adalah sebuah perasaan kerinduan, rasa ingin pulang kepada sebuah tempat yang tidak mampu kita kembali. Walaupun tanpa kehadiran internet, 90-an adalah era gemilang untuk industri muzik dengan kemeriahan artis berkumpulan pop di tengah rancaknya band rock kapak.

Dengan rasa nostalgia ini, Icon Entertainment memancing pengunjung dengan menggembalikan kumpulan seperti Elite, Adam AF, Abon sehingga ada permintaan untuk hari keempat. Umpan mereka mengena apabila tiket hari terakhir laris manis sejurus mereka mengumumkan kehadiran Feminin.

Nostalgia sememangnya bersifat menggoda, tambahan pula peminat KRU semua sudah bekerja dan mempunyai kuasa beli yang besar. Saya percaya, dengan bandana di kepala, baju jersey dan placard ‘Kami tinggalkan anak di rumah sebab KRU’, kumpulan itu boleh saja melariskan konsert untuk hari kelima jika ada. -UTUSAN








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2025 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
‘Kami tinggalkan anak di rumah sebab KRU'. Huntung la yg anak dh besar2 skit tu.. hehe. Kalo meols buat mcmni, sah2 nampak cam mak tak sedo diri takpela, belom rezeki berjimba....
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2025 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
sukanyanyi replied at 15-5-2025 10:48 AM
‘Kami tinggalkan anak di rumah sebab KRU'. Huntung la yg anak dh besar2 skit tu.. hehe. Kalo meols ...

anak aku sethn 8 bln.. day 1 aku gi dgn husband.. kakak aku jagakan.. day 3.. aku gi ngan kakak & anak sulong aku.. suami jagakan.. nasib baik husband aku bg..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2025 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Haha bukan main yaa. Tapi betul lah tu. Sebab kan golongan mereka ni lah tiket laris manis terjual
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2025 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
babycc replied at 15-5-2025 11:13 AM
anak aku sethn 8 bln.. day 1 aku gi dgn husband.. kakak aku jagakan.. day 3.. aku gi ngan kakak &  ...

Oo tula untung la uols ade yg nak jagekan n asben bg. Meols anak bwh setaun, so meols tak caye sheben meols leh jaga sensorang. Manakala mak n adik meols tak sanggup nak jagakan kalo reason dia sbb meols nak gi tgk konsert. Camne meols tau? Sbb meols penah try request ni mase nak gi AJL bulan 2 ritu.. tak lepas, beb.. hahaha.. ermm
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2025 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
sheila majid kalah jugak ek sheila majid 1 hari je concert
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-5-2025 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Masih belum move on..hari2 pasang lagu KRU dan setlist GenKRU… memang terbaik penangan KRU kali ni..yang datang semua yang dah stabil, berduit
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2025 02:23 PM | Show all posts
KRU tak buat konsert setahun 2-3 kali...entah bila lagi dorang nak buat konsert..maybe 5 tahun lagi?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2025 02:50 PM | Show all posts
semoga ada konsert lagi. or showcase. or gath. or club membership ke..haha.
aritu depa jual cd and kaset, tp maleh beli sbb xde tmpt untuk play it. depa soh beli for collection je..takmo laa.

unless dia buat collection lagu lama2..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2025 03:00 PM | Show all posts
rm24.8 juta that hugeeee... yela 4 malam di venue yg sama... tokti pun hanya mampu 4 malam di istana budaya sajork... tapi persembahan terbanyak dalam satu siri konsert masih konsert fantasia la bebelas konsert kot pegi setiap negeri. maybe MBR kira yang bertiket...
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2025 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
makgetah replied at 15-5-2025 12:25 PM
sheila majid kalah jugak ek sheila majid 1 hari je concert

Sheila majid x byk lagu mcm KRU. Lagipon SM ni target audien dia lain
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2025 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak KRU lebih untung buat konser dr buat filem … jumlah kutipan x campur lagi yg kat singapore… fuhhh pacik kayo. Dah la lagu depa yg compose juga. Untung betul
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2025 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada news diorg nak buat konsert lagi tak? Sedeh tau mak dengar spotify je kat negara org. Sebab clash dengan date cuti2 lagha.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2025 03:14 PM | Show all posts
tahniah genKRU
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2025 03:25 PM | Show all posts
i pegi day 1.. kalo i pegi konsert memang husb jaga anak ahahah.. dia tak minat pegi konsert tp dia bagi i pegi.. so i enjoy melaghoo dengan kawan kawan i.. hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2025 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah, jadi nak bersara lagi ka

Sementara tgh demand & boleh perform lagi..buat jala konsert....boleh bg inspirasi kat penyanyi2 skg tgk & belajar gitew
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2025 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
1. Konsert Fantasia Tour tu free ka berbayar? Meols tak ingat.

2. Konsert Fantasia Tour tu zaman prime Siti. Kena lagik penangan budak2 AF masa tu kan. Hagaknya tahun 2025 mampo buat konsert sold out berhari2?
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2025 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Why mixed kan konsert percuma dengan yang berbayar?? Konsert Sudirman & Siti tu konsert percuma.. Siti masa penutup jelajah Fantasia Tour (free entry + sekali dengan dak² AF realiti TV yg tengah mendunia masa ni) dia kat Stadium Bukit Jalil, Indo masa ni masih beranak pinak kat sini.. Lain² semua berbayar.. Mcm Sudirman memang susah nak agak berapa ramai sebab buat kat jalanan tapi memang lebih dari 100K laa..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2025 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
KRU ni dorang level EMPAYAR.. Bukan setakat lagu² ciptaan sendiri nyanyian dorang je leh bawak, mcm M Nasir laa dalam konsert dia boleh bawak hits ciptaan dia yang dinyanyikan/popularkan oleh penyanyi lain.. Nak buat direct seminggu pun xde hal lol
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2025 03:48 PM | Show all posts
tahniah genKru!!
tak sia2 aku battle tix day-2 berhempas pulas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2025 01:51 PM GMT+8 , Processed in 0.058086 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list