View: 150|Reply: 0
|
Peminat Filipina sanggup rempuh perjalanan jauh demi konsert genKRU
[Copy link]
|
|
Bukan sahaja popular di tanah air, malah nama trio adik-beradik KRU turut menarik perhatian peminat dari negara sebarang, Filipina.
Seorang peminat, dikenali sebagai thefangirlmom berkongsi momen indah apabila hadir menyaksikan Konsert GenKRU anjuran Icon Entertainment secara live pada malam kedua konsert di Axiata Arena Bukit Jalil pada 4 Mei lalu.
Wanita terbabit menerusi TikToknya berkongsi video keseronokan menyaksikan persembahan Norman, Yusry dan Edry ini.
Menurutnya, sejak kecil dia hanya menonton KRU di MTV dan tidak pernah terfikir akan bertemu mereka.
Konsert genKRU menjadi sebab pertama dia menjejakkan kaki ke luar negara. Dia turut menganggap mimpinya selama ini menjadi kenyataan.
Perkongsian ini mendapat 18,800 tanda suka dari pengguna TikTok.
Menerusi komen-komen yang ditulis, ada yang melahirkan perasaan terkejut dan kagum kerana KRU mempunyai peminat di luar negara.
KRU pernah menghasilkan album Inggeris dan berjaya mencipta nama diluar negara menerusi lagu berjudul The Way We Jam yang popular terutamanya di Australia.
Lagu-lagu dari album itu sering dimainkan di MTV dan Chanel V.
Sementara itu, sambutan hebat terhadap Konsert genKRU menyaksikan Icon Entertainment menambah lagi persembahan untuk hari keempat pada malam esok.
Selepas menampilkan artis jemputan seperti Adam serta kumpulan Elite, KRU dijangka mengundang satu lagi kumpulan wanita legenda tanah air, Feminin.
Pengasas Icon Entertainment, Iman Tang berkata, permintaan luar biasa peminat KRU meminta penganjur mengadakan konsert hari keempat satu pencapaian sangat membanggakan.
Sumber : Harian Metro
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|