CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 206|Reply: 2

PRN Melaka: BN tak akan serah kerusi dimenangi kepada PH - Dr Akmal

[Copy link]
Post time 9-5-2025 08:47 AM | Show all posts |Read mode





MELAKA: Pakatan Harapan (PH) Melaka diingatkan supaya tidak terlalu berharap untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.


Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, menegaskan ini kerana BN yang pada ketika ini mendominasi kerusi DUN di negeri itu tidak sesekali akan melepaskan kerusi yang dimenangi pada PRN lalu kepada gabungan berkenaan, termasuk cadangan pembahagian kerusi 14 BN dan 14 PH.


Beliau yang juga EXCO Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, berkata ketika rundingan dibuat menjelang PRN lalu, PH sangat susah untuk bersetuju memberikan kerusi yang dimenangi parti komponen mereka kepada BN.


"Kali ini, senang-senang saja (mereka) nak kerusi yang kami dah menang, BN tidak akan sama sekali memberikannya (kerusi dimenangi) kepada PH.


"Jika nak juga, kita bertanding di tempat yang sama, mudah saja. Untuk beri kamu, tidak sama sekali dan boleh teruskan bermimpi," katanya dalam kenyataan di media sosialnya hari ini.


Kenyataan itu susulan laporan sebuah akhbar berbahasa Cina bertajuk `9 Cawangan DAP Melaka meluluskan resolusi strategi 14 BN + 14 PH pada PRN Melaka akan datang.


Difahamkan, sembilan cawangan itu adalah Bukit Beruang, Ayer Keroh, Kampung Baru Ayer Keroh, Merdeka Jaya, Sunshine, Taman Muzaffar Shah, Bukit Beruang Indah, Kubu dan Taman Kerjasama.


Dalam kenyataan bersama, semua cawangan itu menyokong supaya PH dan BN masing-masing bertanding 14 daripada 28 kerusi DUN di Melaka, selari semangat kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.


Usul itu dikatakan bertujuan memperkukuh mandat rakyat dan memastikan wakil rakyat yang terpilih benar-benar mencerminkan kehendak pengundi, selain mengukuhkan kestabilan politik serta kesinambungan dasar di peringkat negeri dan Pusat.


Melaka mempunyai 28 DUN dengan 21 dimenangi BN, lima PH dan dua PN.


Mengikut rekod, PRN Melaka dijangka diadakan selewat-lewatnya November tahun depan.


Sumber  – BH
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2025 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
tak faham aku bn sekarang 1 pro gomen 1 haluan kiri macam mana dok bawah 1 bumbung kalau tak sependapat..ke wayang je
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2025 04:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha..inilah agaknya salah satu sbb kenapa anak sulung  papa kena  push bertanding jawatan timbalan presiden.agaknyer kalo rafizi pemikiran  mcm aku ..pru nanti bertanding mcm biasa la sundelsss.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2025 12:59 AM GMT+8 , Processed in 0.048698 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list