CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 845|Reply: 8

[Dunia] Pakistan guna peluru berpandu China paling canggih tembak jatuh jet India?

[Copy link]
Post time 8-5-2025 04:51 PM | Show all posts |Read mode



ISLAMABAD – Pakistan mendakwa telah menembak jatuh lima pesawat tentera India, termasuk jet pejuang canggih Rafale, dalam insiden ketegangan rentas sempadan yang berlaku pada Rabu, sekali gus mencetuskan spekulasi penggunaan peluru berpandu tercanggih buatan China.

Walaupun India belum mengesahkan dakwaan tersebut, beberapa laporan yang memetik pegawai tempatan menyatakan terdapat pesawat yang terhempas di wilayah yang dikawal India di Kashmir.

Fokus kini terarah kepada keupayaan jet JF-17 milik Tentera Udara Pakistan (PAF) yang baru-baru ini dilengkapkan dengan peluru berpandu jarak jauh ke udara paling maju dari China, PL-15.

Beberapa hari sebelum insiden berlaku, PAF telah berkongsi rakaman video yang menunjukkan jet JF-17 mereka membawa peluru berpandu PL-15 yang sebelum ini hanya dipasang pada jet generasi kelima China, J-10.

Menurut bekas Komandor Udara dan juruterbang tempur PAF, Khalid Chishti, jika Pakistan benar-benar telah menggunakan peluru berpandu PL-15 dalam pertempuran ini, ia merupakan kali pertama senjata itu digunakan dalam situasi tempur sebenar.

Lebih mengagumkan, gambar yang dikongsi menunjukkan versi PL-15 yang dikatakan hanya dikhaskan untuk kegunaan tentera China, berbeza daripada versi eksport PL-15E yang mempunyai jarak maksimum sekitar 145 kilometer.

“Saya berada di sebuah pangkalan udara Pakistan baru-baru ini untuk rakaman dokumentari. Saya bertanya kepada juruterbang mengenai jarak peluru berpandu itu dan mereka memberitahu ia melebihi 200 kilometer,” kata Chishti.

Jarak itu jauh lebih panjang berbanding peluru berpandu Meteor yang digunakan oleh jet Rafale milik India.

JF-17 Pakistan juga kini dipasang dengan radar Active Electronically Scanned Array (AESA) yang membolehkan peluru berpandu seperti PL-15 digunakan dengan lebih efektif dalam misi tempur.

“Manusia hanya mampu melihat beberapa kilometer sahaja, selebihnya diserahkan kepada radar untuk mengesan sasaran. Radar berfungsi sebagai ‘mata’ yang menunjukkan laluan kepada peluru berpandu,” jelas Chishti.

Jika benar dakwaan Pakistan itu, kehilangan jet Rafale adalah satu tamparan hebat kepada kerajaan India pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi, yang telah membelanjakan berbilion dolar untuk memperkuatkan armada udara mereka melalui perolehan jet buatan syarikat Dassault Aviation dari Perancis.

“India perlu menilai semula apa yang silap. Ini bukan misi tergesa-gesa. Semua ini dirancang dan dilatih berbulan-bulan dalam waktu aman,” tambah Chishti.

Sekiranya dakwaan Pakistan disahkan secara bebas, ia boleh mengulangi insiden memalukan pada tahun 2019, apabila tentera udara Pakistan menembak jatuh jet MiG-29 India dan menawan juruterbangnya, Abhinandan Varthaman, yang kemudian menjadi tular di media sosial.

Dalam kejadian itu, Pakistan menggunakan jet F-16 dengan peluru berpandu jarak jauh untuk menembak MiG-29 India. India pula mendakwa berjaya menembak jatuh jet Pakistan, namun pegawai Amerika Syarikat kemudiannya mengesahkan semua F-16 dalam inventori Pakistan masih lengkap.

“Kami sendiri jemput pihak Amerika untuk mengira jumlah F-16, dan mereka sahkan semuanya masih ada. Kini, syarikat Rafale pula patut lakukan perkara yang sama dan sahkan jumlah jet India. Secara etika, mereka harus berbuat demikian,” ujar Chishti lagi. -Agensi

SInar Harian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2025 09:57 PM | Show all posts
PL-15 buatan Pakistan yg dapat teknologi transfer dari China, membangunkan bersama dari model J-10C, pesawat tempur 4.5th generation China.
J-10 2nd generation dah phase out.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 10:24 PM | Show all posts
Aku tengok orang Malaysia dalam medsos kemain seronok sembang pasal perang.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2025 08:21 AM | Show all posts
India ni drpd perang, elok le kos tu guna buat  tandas dan upgrade stesen keretapi merangkap kandang lembuuuu... moooooooo
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2025 08:52 AM | Show all posts
Edited by AbukRokok at 9-5-2025 08:56 AM

berita tu dah kira outdated

skrg

JF 17 ditembak jatuh
Mirave V pakistan kne friendly fire
HQ 9 pakistan kne bedil 1 awacs saab 2000 kne shot down
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2025 08:54 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 8-5-2025 10:24 PM
Aku tengok orang Malaysia dalam medsos kemain seronok sembang pasal perang.

mmg la
bila xperang nti sebuk kata asyik kata nak serang2 tak serang2...dasar syiah kuat bertakiyya
dah serang pun masih xpuas hati kata tu semua wayang
tipikal type m dan type I
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-5-2025 09:57 AM | Show all posts
masing2 nak tnjk power peralatan perang diorg
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2025 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni jadi ujian untuk senjata ciptaan China,Rusia, US dan Barat...promosi teknologi masing2 siapa lg hebat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2025 09:58 PM | Show all posts
klinkkk perasan terpaling kuat lepas US, Russia, China rupanya sembang deraih saja.. tak taraa mana pun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2025 11:35 PM GMT+8 , Processed in 0.060603 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list